13

Romance Series 2125

"Awak, sorry pasal kelmarin. Saya harap apa diorang cakap tak terlalu sakitkan hati awak tapi awak tak marahkan saya, kan?"

"Entahlah."

"Awak. Jangan marah saya. Saya betul-betul tak tahu diorang nak cakap macam tu."

"Dahlah. Aku terlanjur bad mood gara-gara diorang."

"Awak." Belum sempat berkata lebih, Marsha sudah melarikan diri memasuki bangunan universiti.

"Sha, Sha, tunggulah."

"Jangan kacau akulah."

"Awak, tak nak macam ni."

Langkah semakin pantas menjauhi Aidan yang mengekorinya sehingga ke kelasnya.

"Aikk, awal pagi dah main kejar-kejar. Apa pasal ni?" Tanya Lona yang asyik memerhatikan mereka berdua.

"Sha marah dengan saya."

"Sha marah? Wah, benda rare ni."

"Kau diam, Lona." Suaranya agak keras memperingat Lona untuk tutup mulut."

"Sha, kenapa ni marah-marah?"

"Tak payah masuk campur."

"Haih, saya pun kena marah. Awak dah buat apa ni, Aidan?"

"Saya-"

"Diam, Aidan. Tak payah nak bagitahu semua orang." Belum habis ucapan Aidan, dia sudah menyampuk.

"Takpelah, Aidan. Nanti awak datang sini lagi pujuk dia. Sekarang bukan masa sesuai nak pujuk dia." Lona mahu Aidan memberi waktu untuk Marsha meredakan amarahnya dulu.

"Tak payah datang, lagi bagus." Cela Marsha.

"Sha, control sikit marah tu. Tak kesian ke Aidan dah berusaha nak pujuk kau."

"Ceh."

"Awak, nanti saya datang lagi. Jangan marah sangat tau." Aidan rasa sudah tiba masanya untuk masuk kelas, mungkin dia akan mencari Marsha waktu lunch nanti.

Marsha tak mahu langsung melihat wajah Aidan, entah mengapa perasaannya sungguh sakit dengan ucapan kawan-kawan Aidan kelmarin. Padahal bukan Aidan yang cakap macam tu tapi Aidan menjadi tempias amarahnya.

"Sha, apapun masalah, cakaplah elok-elok. Kesian aku tengok Aidan tu melayan perangai kau macam ni."

"Siapa suruh dia nak dekat aku. Kenalah terima perangai aku."

"Sha, jangan keras kepala, please."

"Ceh. Nak sangat back-up Aidan tu."

"Sha, jarang tau ada lelaki tahan perangai sebenar kau macam Aidan tu buat. Jadi aku tak kisah kalau nak tolong Aidan dapatkan kau."

Jelingan maut menerpa Risa yang seperti sama dengan Lona yang suka membantu Aidan.
.....

"Kau masih mengharap dengan Marsha tu?"

"Kau nak apa dengan aku?" Muncul pula Danial di depan mukanya bila hendak menemui Si Jantung Hati.

"Kau menjauh daripada Sha."

"Dah kenapa pula aku nak ikut cakap kau?"

"Kau tak takut menyesal? Kot dia sebenarnya dah tidur dengan banyak lelaki, kau bukan tahu."

"Kau kalau kena tolak, tak payah nak burukkan nama orang."

"Banyak jelah yang cakap macam tu, dari dulu lagi sampai mengandung pun ada."

'DUSH!' Buku lima mendarat di pipi Danial tanpa dia mampu mempertahankan diri terlebih dahulu.
"Kau tak payah nak burukkan Sha depan aku! Aku tahu Sha dah berubah tapi dia takkan berubah yang macam tu."

"Kau tak boleh nafikan terus, aku sendiri pernah nampak dia keluar hotel berdua dengan lelaki seumuran kita. BERDUA!"

'DUSH!' 'DUSH!' Beberapa kali Aidan membelasah Danial lantas dibalas kembali, orang di sekeliling mereka hanya melihat sebelum kawan mereka meleraikan mereka.

"Apa korang buat ni?" Suara ini membuat kedua-dua mereka terkejut, kenapa Sha boleh tahu diorang bergaduh ni? Sudahlah luka dan lebam di wajah mereka.

"Aidan, kau kalau marah dekat aku, tak payah tempias dekat orang lain." Seloroh Marsha yang tak tahu-menahu soal kejadian tadi, dia hanya datang akibat diberitahu salah satu rakan sekelasnya.

"Saya tak marah awaklah, dia yang cari pasal." Marsha memandang Danial.

"Aku bercakap je, dia mula pukul aku." Cuak sebentar bila Aidan mengadu namun itu membuat pandangan Marsha terarah kembali pada Aidan.

"Dah dia cari pasal."

"Argh, lantaklah siapa mula dulu tapi korang malukan diri sendiri. Kau ikut aku." Tangan Aidan ditarik mengikut langkahnya ke bilik rawatan namun sebelum semakin jauh, Aidan memberikan wajah sombong melihat Danial yang ingin mengatakan Marsha akan menerimanya.

"Kau cakap jujur dengan aku, apa hal kau pergi bergaduh dengan Si Danial tu?"

"Dia cakap awak tidur dengan banyak lelaki sampai pernah mengandung sebab tu saya marah."

"Serius?" Terkejut didengar seperti itu tapi raut wajah Marsha lebih menunjukkan kerisauan.

"Serius. Awak tak percaya saya?"

"Bukan, tanya je."

"Tadi awak cuak, benda tu betul ke?"

"50/50"

"Yang mana satu betul?"

"Tidur dengan lelaki. Aku-" Lidahnya tersekat seakan tak mahu meluahkan kebenaran. Ludah ditelan perit.

"Awak?"

"Aku pernah tidur dengan ex aku."

"Oh."

"Itu je reaksi kau?"

"Awak nak saya bagi reaksi yang macam mana?"

"Kau tak jijik aku dah tak perawan?"

"Buat apa nak jijik? Saya nak awak, bukan keperawanan awak. Lagipun dari kes June tu lagi saya tahu awak tak perawan."

"Aku bukan ada satu ex je tau."

"Tak apa, saya tak ada hak nak larang awak ada banyak ex. Asalkan awak nak terima saya." Tangan Marsha yang sibuk menyapu ubat di mukanya dibawa ke pipi untuk membelainya, sempat juga dia mencium telapak tangan Marsha.

Marsha memandang Aidan yang bermain dengan tangannya, dia kembali berasa bersalah akibat perbuatannya di awal pagi tadi. Setelah mendengar jawapan tadi, sepertinya sudah sampai masanya untuk dia betul-betul terima Aidan.

"Awak"

"Ya?"

"Awak pernah mengandung?"

"Tak"

"Okay."

"Kalau aku dah pernah mengandung, kau dah tak nak dengan aku ke?"

"Bukan macam tu, just nak tahu awak gugurkan atau lahirkan."

"Yelah"

"Awak, dah tak marah saya?"

"Dah tak marah."

"Yeah, tak nak awak marah saya. Saya tak suka jauh dengan awak."

"Yelah, Aidan."

"Saya cakap betul-betullah." Aidan perasan muka Masha seakan tidak percaya dengannya.

"Ya."

"Awak, lapar."

"Pergilah makan."

"Awak teman?"

"Ermm~" Jam tangan dilihat sama ada masa masih panjang atau tidak untuk kelas seterusnya.

"Temanlah, awak."

"Okay tapi kau nak pergi dengan muka kau macam ni ke?"

"Ya, takkan nak operate lagi?"

"Lain aku maksudkan, lain kau cakap."

"Ish, dah tu takkan saya nak tutup muka semata-mata nak sembunyikan luka ni?"

"Aku pergi belikan makanan jelah."

"Tak nak susahkan awak."

"Kau nak ke tak aku temankan makan?"

"Nak."

"Ikut apa aku cakap. Kelas kau mana sekarang?"

"Kelas 4 dekat bangunan 2."

"Kau tunggu sana. Aku belikan makanan. Kau nak makan apa?"

"Nasi lemak."

"Minum?"

"Tak naklah, minum air putih je."

"Okay."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience