Kelas terakhir Aidan dan Marsha hari ini berakhir di waktu yang sama membuat mereka dapat pulang bersama, Aidan masih dengan keterujaan ingin bertemu Marsha menunggu di depan kelas Marsha.
"Excited betul kau. Nak ke mana?" Marsha bertanya sebaik dia berdiri bersebelahan Aidan.
"Excited nak jumpa awak sebenarnya."
"Mengadanya."
"Dengan awak je."
"Jalanlah." Ni kalau tak dikawal keadaan, merana Marsha mendengar ucapan mengayat Si Aidan ni yang tak terhentikan nanti.
"Awak. Kenal June?"
"June mana?"
"Yang satu class dengan saya."
"Oh, kenal."
"Perangai dia macam mana?"
"Setahu aku, friendly."
"Oh."
Krik. Krik. Sunyi seketika sehabis Aidan mengungkap ucapannya tadi.
"Awak tak nak tanya kenapa saya tanya pasal dia?"
"Kenapa dengan dia?" Minta perhatian betullah Aidan ni.
"Dia bawa saya jalan-jalan round kawasan sini."
"Oh, pastu?"
"Dia kata badan saya menggoda. Betul ke?"
"Entah."
"Awak, cakaplah betul-betul."
"Ya."
"Awak suka?"
"Tak ada perasaan."
"Awak suka badan saya yang macam mana?"
"Macam manusia."
"Awak, jangan buat lawak."
"Tak melawak."
"Sekarang ni, bukan macam manusia ke badan saya?"
"Bukan macam tu maksud aku. Aku tak kisah badan kau macam mana sekalipun. Bukan urusan aku."
"Tapi saya nak ada badan lelaki ideal awak."
"Tak ada."
"Yelah."
'PAPP!' Sebuah tangan melayang mencium pipi kiri Aidan yang baru saja sampai di tapak parkir kereta.
"Balasan untuk you. Berani-berani you cakap pasal maruah I." June yang tadi bertemu Aidan yang mendatangi mereka. "Macam ni ke yang kau nak jadikan bakal suami, Marsha?!"
"Apa dia buat dekat kau?" Marsha dengan tenang bertanya dengan langkah kaki mendekati June.
"Dia cakap dia tahu perempuan dekat U ni tidur dengan banyak orang. Bukan ke sama je dia mengata kau?"
"Kan memang fakta tu. Kau bukannya dara lagi, kan?"
"Kalau ya pun, tak bermakna dengan banyak lelaki. Kau pun sama je kan." Sinis senyuman Marsha menanggapi percakapan June ni.
"Aku dengan orang tertentu je, bukan semua lelaki macam kau."
"Aku bukan macam tu!"
"So?"
"Aidan tak sepatutnya suka dekat kau dah tidur dengan lelaki lain."
"Tak ada kena mengena. Oh ya, untuk pengetahuan tambahan. First kiss Aidan, aku yang dapat. Mungkin sebab tu dia susah berpaling nak dekat kau." 'PAPP! PAPP!' Dua tamparan sekali gus Marsha berikan kepada June dengan wajah yang datar. "Kalau orang dah tak suka, jangan nak memaksa. Aku tahu kau suka dia."
"Apa kata kau cakap benda tu dekat Aidan! Dia terkejar-kejarkan kau padahal kau layan dia acuh tak acuh!" Memerah kedua-dua belah pipi June dengan tangannya menyapu pipi untuk meredakan rasa sakit.
"Dia ada sebab buat macam tu dan aku ada sebab kenapa tak menjauh daripada dia."
"Tak guna!"
"Who's care? Aidan, mari pergi." Mereka berdua lantas memasuki kereta dengan langkah pantas begitu juga Aidan yang terus memandu.
"Awak, bila masa kita ada kiss dekat bibir? Bukan dekat pipi je ke?"
"Shhh."
"Awak betul-betul ke bergurau je?"
"Betul."
"Bila?"
"Masa kecil."
"Kenapa saya tak ingat?"
"Mana aku tau."
"Tak apalah. Setidaknya saya betul-betul ada cium awak. Jadi, apa sebab awak tak menjauh daripada saya? Saya tau saya selalu buat awak annoying."
"Rasa bersalah."
"Sebab apa?"
"Aku dah berjanji, jadi tak elok aku tiba-tiba mungkir janji."
"Padahal awak tak ingat pun janji tu."
"Aku percaya kau tak tipu pasal janji tu. Kalau diingat-ingat, aku rasa aku memang ada berjanji macam tu dengan kau."
"Saya happy." Lagi-lagi tangan Marsha ditarik ke bibirnya dengan sentuhan bibir yang agak lama sambil dia menghidu aroma Marsha yang dia impikan.
"Kau kenapa suka cium tangan aku ni?"
"Bukan saya dah bagitau ke sebelum ni? Saya cium tangan awak sebab saya tak boleh cium pipi awak. Kalau boleh, bukan setakat cium, siap gigit-gigit lagi pipi comel awak."
Tergamam sekejap dengar apa Aidan cakap. Apasal jujur sangat ni!?
"Jangan risau, saya takkan buat kalau awak tak benarkan."
"Erm."
"Awak, malam ni free?"
"Tak. Kenapa?"
"Saja nak spend time dengan awak."
"Esokkan kita lunch sama-sama."
"Tapi itu tak lama. Paling lama pun, mungkin 20 minit je."
"Datang je lah rumah. Nanti aku belajar dekat ruang tamu."
"Tak nak kacau awak belajar."
"Suka hati kaulah. Bukan aku tak jemput."
"Naklah, nak. Jam berapa saya boleh datang?"
"Jam 8."
"Okay, nanti saya datang."
.....
"Aidan, dah makan malam ke?"
"Dah, aunty."
"Kenapa tak bagitau nak datang, boleh dinner sama-sama."
"Takpelah, aunty. Saya datang nak jumpa Cha Cha je."
"Yelah. Aunty masuk dapur dulu. Boraklah dengan Cha Cha ya."
"Okay, aunty."
Carla meninggalkan anak-anak tadi untuk ke dapur, ada tetamu ni kenalah sajikan setidaknya air minuman, kan?
"Rajinlah, awak ni. Memang setiap malam macam ni?"
"Tak."
"Awak. Masih suka donut?"
"Ya."
"Kalau pin rambut?"
"Masih. Kenapa kau tanya ni?"
"Saja Nak fikir apa perlu saya bagi sebagai hadiah awak."
"Hadiah apa?"
"Birthday awaklah. Kan tak lama lagi tu."
"Hah?" Dia cuba memproses ucapan Aidan sekejap. Tak perasan pula birthday dia tak lama lagi.
"Takkan birthday awak sendiri, awak lupa."
"Erm."
"Awak ada nak saya bagi apa-apa?"
"Tak ada. Bagilah apa kau nak."
"Wish something yang saya boleh buat untuk awak."
"Tak tahulah nak wish apa."
"Please."
"Jalan-jalan, maybe?"
"Boleh."
Share this novel