"Jahat."
"Bos. Bos?" Lamunan Aidan kembali ke waktu realiti.
"Bos mengkhayal ke?"
Aidan memicit pangkal hidungnya seakan sakit kepala atau pening. Boleh-bolehnya dia termenung tadi.
"Bos, rehatlah dulu."
Diangguk-anggukkan kepala sambil menyandarkan badan ke sofa. "Aku nak tidur sekejap. Nanti lima ke sepuluh minit macam tu, bangunkan aku."
"Ya, bos."
Laptop di riba disisihkan ke tepi. Mata dipejamkan untuk ralit ke alam mimpi.
.....
Bukan lima, bukan sepuluh minit tapi sejam juga Aidan tidur. Itupun dia terbangun, cuba kalau tak terbangun, entah bila diorang nak bangunkan dia.
"Dah segar, bos?" Tanya Ryan, prihatin betul dengan Aidan.
Aidan hanya sekadar memandang Ryan kosong, mungkin masih mamai.
"Mana Marsha?" Itu benda pertama yang dia sedar tak ada di depan dia bila dia tersedar.
"Dia pergi dapur, buat minuman lagi."
"Kenapa tak kejutkan aku?"
"Bos dah lena. Takkan nak bangunkan."
"Kau sengaja nak aku lambatkan kerja-" Terkejut ada tapak tangan berhenti di hadapan muka dia.
"Kau kenapa?" Aidan tanya Marsha yang berada di sebelahnya dengan teko di tangan sebelah.
"Ingatkan masih mamai tiba-tiba marah."
"Kau pun sama. Kenapa tak bangunkan aku?" Dia menggenggam rambutnya kerana sakit yang tidak tertahankan.
"Kenapa mesti bangunkan?"
"Buat kerjalah takkan nak berjoget pula."
Terhambar senyuman Marsha dengar.
Laptop diambil kembali ingin menyambung kerja yang tergendala tadi, begitu juga dengan Aidan. Baru celik mata, dah ingat kerja.
Ryan pula sebaliknya, dia dah alihkan laptop dari depan muka dia ke tepi. Kerja bahagian dia dah siap, tinggal dua orang tu lagi.
"Kerja aku dah siap, aku nak balik dulu takpe kan?"
"Jangan dulu." Dibantah oleh Aidan kalau Ryan dah nak balik, mana mau Marsha nak berdua dengan dia je.
"Tak bolehlah, bos. Nanti tertidur dekat sini, susah."
"Kau dah bawa baju kau, kan? Takde masalah pun kau bersiap sini."
"Okay, bos." Dengar jelah cakap Aidan, padahal dia nak bagi Aidan dengan Marsha berdua. Kot-kot diorang berbual, hilanglah sengketa.
"Bos, bagi jelah dia balik. Mungkin dia tak selesa kalau tidur sini." Kesian Marsha tengok Ryan tak dikasi pulang padahal kerja dia dah siap, mesti mengantuk sebab penat.
"Kalau dia balik, confirm aku pun kena balik. Aku malas nak pindah-pindah dah."
"Lah, siapa kata bos balik?" Pelik sekejap, ada ke sesiapa bagi peraturan macam tu?
"Memangnya kau nak berdua dengan aku?"
"Saya tak kisah, bukannya bos nak buat apa-apa pun dekat saya." Beradu pandang pula mereka berdua ni. Ryan hanya mampu melihat tapi boleh tahan percaya juga Marsha dengan bos ni. Percaya tak buat apa-apa.
"Huh. Okay, Ryan. Kau boleh balik."
"Thanks, bos. Thanks, Marsha tolong pujukkan." Cepat-cepat dia bekerja pulang, dia dah tak tahan nak merebahkan bantal di katil. Padahal baru satu malam tak tidur atas katil. Untung rumah dia tak jauh sangat dari perumahan diorang ni.
"Bos, nak kopi?" Dia mempelawa sementara dia pun nak tuang kopi dalam cawan dia.
"Nak."
Kopi yang dituang diberikan kepada Aidan untuk diminum. Berkerut dahi Aidan terminum air buatan Marsha ni. "Kau memang suka macam ni pahit ke?" Nasib baik boleh ditelan.
"Kadang-kadang."
"Aku tumpang dapur jap." Tak boleh dia nak telan banyak2 kopi pekat Marsha ni, baik dia tambah air sendiri. Itupun kalau berkesan hilangkan pekat kopi ni.
"Bos ni, tak gentleman lah tak minum kopi pekat."
"Kau cakap apa?" Sakit pula telinga dia dengar Marsha cakap macam tu.
"Bos. Tak. Gentleman."
"Tak gentleman kau cakap. Sekali kau tidur dengan aku, mengandung kau kejap lagi."
"Ee, gatal. Tiba-tiba masuk bab tu."
"Kau fikir aku tak sakit hati kau cakap macam tu."
"Betullah tu tak gentleman. Tinggalkan orang tiba-tiba."
"Aku dah cakapkan aku memang childish masa tu. Kau tak puas hati apa lagi?" Geram sudah dia melayan. Kerenah Marsha jauh berbeza berbanding empat tahun lalu, dia tak selesa macam ni.
"Saya tak puas hati kenapa saya mesti jumpa bos sebagai bos saya. Saya malaslah nak jumpa bos setiap minggu. Nak resign, tak boleh pula." Tiba-tiba terluah perasaan hati yang dipendam sejak beberapa hari lalu terutama bila surat resign dia tak diterima.
"Aku masih nak dengan kau. Takkan aku nak lepaskan peluang aku bila kau kerja dengan aku. Aku tak kisah kau tak suka atau benci aku sekalipun, aku tetap nak perbaiki hubungan kita. Cuma kau je tak nak bagi peluang."
"Dah bagi peluang pun, dibuang sia-sia."
"Aku tak tahu kau dah sukakan aku. Kau sendiri tak tunjuk pun yang kau suka aku. Kau-" Dia berhenti dulu, risau kang termarah pula. "Kau pun tak bagitahu aku pasal apa jadi antara kau dengan Danial tu. Malah aku terdengar daripada bualan orang, macam mana aku tak sakit hati, Marsha? Kau cakap dengan aku. Apa sepatutnya aku buat supaya masa tu aku tak sakit hati?" Keluarkan semua. Dia pun ada benda nak luah dengan perangai Marsha yang sebelum ni terlalu menutup diri dengan dia. Hanya beberapa perkara saja Marsha ingin dia tahu.
Cemberut sudah muka Marsha, mungkin terasa hati atau tak terima dengan apa yang Aidan cakapkan. Dia mahu pergi.
Tangan ditarik oleh tangan besar yang dimiliki oleh Aidan mendekati tubuh Aidan. Lantas kedua-dua tangan menggenggam bahu Marsha.
"Jangan lari."
"Saya tak ada apa lagi nak dengar." Enggan dia melihat ke wajah Aidan.
Sebelah tangannya menurun dari bahu ke telapak tangan ingin membuka buku lima yang dikepal Marsha, agak keras juga nak membuka awal-awal tu.
"Okay, kita cakap elok-elok. Sorry tadi aku tertinggi suara." Emosinya tadi seketika tidak terkawal dek sakit hati yang melanda tapi tak kuat mana pun suara dia.
Marsha terkaku tak mahu bersuara, seakan menjadi patung yang realistik.
"Meh, duduk." Tubuh Marsha perlahan-lahan dibawa duduk dan dia duduk sekali di sebelah. Hal kerja, ketepikanlah dulu. Lagipun macam dah tak banyak sangat nak urus, tergendala sampai esok pun masih ada masa nak siapkan.
"Marsha, pandang aku."
"Tak nak."
"Fine." Dia memeluk dari tubuh samping Marsha lalu menyandarkan dahi di tepi bahu. Erat pelukan sedikit menyesakkan pernafasan Marsha.
"Marsha, aku rindu kau. Kau tak rindu aku ke?" Sayu dia mengucapkan perkataan tadi bilang mengenang beberapa tahun ni dia cuba untuk menahan rindu terhadap Marsha.
Share this novel