"Diamlah." Sakit pula hatinya, dia ingin melarikan diri dengan berjalan pantas.
"Sha. Sha."
Tak mau Marsha menoleh, ditinggalnya kawan dengan bakal tunang dia.
"Awak, awak suka ae dengan Marsha?"
Aidan menjawab dengan anggukan.
"Teruskan effort ya ambil hati Marsha. Nanti pandailah tu dia jatuh hati. Saya support awak. Jangan risau."
"Terima kasih."
"No problem. Okay-lah, saya pergi kejar Marsha dulu."
"Kejap, mana pejabat am?"
"Tanya Marsha. Tunggu saya suruh dia hantarkan awak dulu."
"Nak ke dia?"
"Confirm nak. Tunggu sini dulu."
"Okay." Aidan membiarkan saja kawan Marhsa pergi. Semoga dia mampu membuat Marsha kembali menemuinya.
"Oii." Sapa Marsha setelah beberapa minit Aidan menunggu kemunculannya.
"Awak." Dia memang sudah di hadapan Aidan namun bagaimana kawan Marsha tadi mampu membuat dia kembali ke sini, itu tak pasti.
"Jalan."
"Saya ingatkan awak tak nak jumpa saya dulu."
"Aku masuk kelaslah macam ni."
"Janganlah." Tangan Marsha digapai dengan cepat.
"Cepatlah jalan."
"Okay." Tersengih-sengih Aidan berjalan sambil memegang tangan Marsha.
"Lepas tangan kau."
"Tak nak."
"Lepas."
"Tak nak. Nanti saya sesat macam mana?"
"Jangan nak mengarut. Kau bukannya kecil lagi. Kalau sesat pun, boleh cari jalan sendiri."
"Tapi tak berpisah dengan awak."
"Annoying-lah kau ni."
"Sorry tapi saya suka macam ni dengan awak."
"Mengada."
"Dengan awak je."
"Ni kalau ada yang cakap kita couple. Awas kau."
"Tak apapun, kan? Lagipun kita dah nak tunang."
"Baru 'nak', belum lagi jadi."
"Akan terjadi juga."
"Suka-suka kaulah. Dah jom jalan. Makin lambat nanti."
"Okay."
Sepanjang menuju ke pejabat, ada saja mata-mata yang melihat tajam bahkan kepelikan dengan tingkah laku mereka berdua yang berpegangan tangan.
"Awak."
"Apa?"
"Awak famous ae dekat sikit?"
"Tak."
"Kalau tak, kenapa saya ada rasa aura-aura kecemburuan dekat orang lain?"
"Mana aku tau."
"Serius ni tak tau?"
"Ya."
"Yelah. Awak, awak."
"Erm?"
"Awak free tak petang nanti?"
"Tak."
"Kenapa? Awak buat apa?"
"Lepak."
"Alah. Lepak je pun."
"Kalau aku free pun, aku akan cakap aku sibuk."
"Awak."
"Shutt. Jangan banyak mulut."
"Bagitau mama awak tau, awak buat saya macam tu."
"Eh, eh kau. Gunakan mak aku pula."
"Siapa suruh awak tak nak layan saya."
"Sedap mulut kau je kan. Aku balik kelaslah macam ni." Tangan Aidan dilepas paksa dari terus menggenggam tangannya.
"Cha Cha."
"Ih, aku dah cakap jangan panggil nama tu, kan?"
"Awak jahat."
"Kalau jahat, tak payahlah kau kahwin dengan aku."
"Tapi saya nak awak."
"Gilalah kau ni."
"Memang pun, gilakan awak."
"See. Pergilah kau dekat pejabat am tu."
"Ish, dah sampai."
"Aikk, bukan kau nak pergi pejabat am ke?"
"Yelah tapi nanti awak dah nak masuk kelas."
"Eee."
"Kenapa?"
"Tak ada apa. Pergilah kau. Bye!"
"Ya."
Aidan ingin ke pejabat am untuk melapor diri kedatangannya. Lagi pula dia perlu tahu mana kelas yang akan dia masuk begitu juga dengan jadual kelas dia nanti.
.....
"Awak."
"Engkau. Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Boleh pula dia berjumpa Aidan di kelas perniagaan dia sendiri. Takkanlah diorang sama kelas?
"Oh, tak tau pun. Nampak awak dekat sini tadi."
"Kau stalk aku, kan?"
"Taklah."
"Mustahil kau nampak aku dalam kelas."
"Saya tanya orang tadi."
"Sha, siapa ni? Stalker?" Tanya Danial. "Kau siapa nak kacau-kacau Marsha?" Tanya dia lagi tapi sedikit kasar apabila dia menggenggam kolar baju Aidan.
"Danial, aku kenal dia. Tak payah macam tu."
"Siapa dia ni?"
Marsha membuat tangan Danial melepaskan kolar Aidan. "Kaw-"
"Bakal tunang." Sampuk Wylona yang bertemu Marsha di awal pagi tadi.
"Bakal tunang?"
"Lona, diam-diam sudahlah."
"Kenapa nak diam. Kan betul tu."
"Awak." Aidan menggapai tangan Marsha untuk mendekatinya. "Jom lunch sama-sama."
"Tak boleh. Marsha lunch dengan kitorang." Danial menghalang Aidan mengambil Marsha begitu saja.
"Cha, nak lunch dengan awak." Aidan cuba memujuk lagi, dia sungguh mahu bersama Marsha di setiap masa namun perlu difikir juga kalau Marsha perlukan masa untuk diri sendiri.
"Sha, kau bawa je lah dia join kita semua. Senang cerita." Cadangan bernas Lona perlu dipuji, namun keputusan ada di tangan Marsha.
"Kalau aku tak dengan kau?"
"Fine." Aidan melulu keluar dari kelas Marsha dnegan muka cemberutnya.
"Sha, kenapa tolak?"
"Lona, dia tu bakal tunang je, kenapa nak kisah sangat?"
"Tak baik tau, macam tu."
.....
Waktu berlalu menunjukkan hari akan larut menjadi malam tidak lama lagi. Marsha pergi ke parkir motor mencari keberadaan adiknya.
"Marvin."
"Apa, kak?"
"Kau dah nak balik?"
"Ya."
"Ikut."
"Tak boleh, nanti mama marah."
"Sebab?"
"Mama nak akak datang dan balik U dengan Aidan je."
"Kau nak aku dengar cakap mama tu?"
"Ikut je lah, kak. Aku tak nak mama marah-marah aku."
"Bin. Aku tak nak."
"Apa boleh buat, kak."
"Ish."
"Bye, kak."
"Bye." Kegelisahan di hati Marsha menyebar ke seluruh tubuh memikir apakah Aidan akan menumpangkan dia balik ke rumah? Setelah dia buat Aidan sakit hati tadi.
Share this novel