Malam tiba sebelum hari dia bekerja, masa tu jugalah dia dengar Aidan baru balik dari overseas. Serasa kebahagiaan yang diliputi kesengsaraan. Bila diingat kembali, sakit hati dia kena tinggal macam tu je dengan Aidan. Tahulah dia tak confess apa-apa, tak bawa Aidan couple tapi tak boleh ke inform nak pergi sambung study. Masa orang dah suka, sibuk pula nak lari.
"Cha tak datang, Carla?" Tercari-cari pula Esther bila Marsha tak datang rumah. Lagi pula, ini jamuan kecil-kecilan je, takkan Marsha tak selesa nak datang.
"Tak, dia baru-baru je balik lepas kursus. Agaknya penat, lama memandu lagi." Betullah tu apa Carla cakap, lagipun dia tahu Marsha takkan datang kalaupun dia tak pergi kursus.
"Kursus apa?"
"Kursus buat dessert. Jauh pun dia sanggup pergi."
"Jadi pecinta dessert dah tu."
"Macam tulah dia. Sejak jadi baker, mana-mana kursus pasal dessert, confirm nak pergi."
"Dah minat dia kan."
"Ya. Aidan, lama tak jumpa ni, kenal aunty lagi ke tak ni?" Saja nak mengusik Aidan yang dari tadi diam seakan mengamati perbualan emak-emak berdua ni.
"Mesti kenal aunty. Mustahil lupa."
"Lepas ni sambung belajar lagi?"
"Tak. Kerja terus."
"Dah konvo?"
"Belum lagi tapi malaslah nak tunggu. Yang penting results je."
"Tak sayang ke tak ikut konvo? Yang sebelum nipun kamu tak ikut konvo."
"Tak kisah sangat konvo ni. Asalkan habis study."
"Dengar tu, Bin. Jangan difikirkan sangat majlis konvo tu."
"Bin belum habis belajar ke sambung?"
"Akukan ambil medic, jadi lama sikit daripada kau. Inipun dah kira degree juga."
"Bakal doktorlah ni?"
"Macam tulah."
Aidan mendekati Marvin untuk bertanya sesuatu tanpa mahu mama atau aunty Carla dengar apa dia nak berbual dengan Marvin.
"Kakak kau memang ada kursus ke mengelak?" Ditanya dengan nada perlahan.
"Dua-dua. Kenapa? Kau mengharap dia nak sambut kau lepas kau tinggalkan dia?" Marvin mahu menyindir Aidan.
"Tak mengharap sangat pun."
"Baguslah."
"Dia kursus buat dessert kan?"
"Ya."
"Dah minat buat dessert sekarang?"
"Macam tulah."
"Dia dah ada boyfriend?" Curious dia nak tahu Marsha dah cari pengganti dia atau belum.
"Rasanya takde. Kau nak test market lagi ke lepas kau tinggalkan dia macam tu je?"
"Taklah test market tapi mungkin kali ni lagi bagus."
"Aku tak guarantee dia masih suka kau."
"Tak salah mencuba."
"Kalau kali ni kau sakitkan hati dia lagi, aku pastikan kau takkan pernah jumpa dia lagi." Tajam matanya memandang ke wajah Aidan untuk memberi amaran awal.
"Takkan terjadi." Dengan yakin dia menjawab. Sure ke tu, Aidan?
Mengeluh kecil Marvin di sana memikirkan kehidupan kakak dia lepas ni akan diganggu lagi dengan kehadiran Aidan. Bukan dia tak tahu Aidan ni jenis suka melekat dengan apa yang dia suka. Bertabahlah kakak Marvin.
~~~~~
Malam yang panjang dihabiskan dengan tidur yang lena, mood dia nampak baik hari ni. Berharap takkan ada yang ganggu emosi dia hari ni macam hari-hari sebelumnya. Tuala diambil memasuki bilik air untuk membersihkan badannya sebelum bersiap untuk bekerja.
"Wah, smart-nya dia nak pergi kerja. Happy lagi." Tersenyum lebar Carla memandang anak perempuannya kemas berpakaian formal ditambah manis senyuman.
"Mana ada. Biasa je ni."
"Masuk dengan balik kerja jam berapa?"
"Jam 9 sampai jam 5."
"Kamu lepas ni dah nak gerak ke? Baru nak jam 8."
"Saja nak awal. Nak tengok jammed ke tak."
"Yelah."
Kerusi ditarik lalu menghempap punggung ke kerusi. Ditarik pinggan mencedok nasi goreng yang dimasak mama. "Semalam dengar ada jamuan rumah sebelah, Aidan dah balik?"
Pantas Marsha berpaling melihat papa yang bertanya begitu. Dia tak rasa dia patut dengar nama tu di awal pagi yang ceria nan harmoni ni. Please, jangan rosakkan mood dia. Dia malas nak dengar nama lelaki tu.
"Ya. Sebenarnya dah dua minggu balik tapi baru semalam dapat buat jamuan."
"Sihat budak Aidan tu?"
"Sihat je saya nampak."
Tanpa sedar, sudah terpasang wajah tak suka di wajah Marsha yang kelihatan jelas di mata mama. Mama pula yang risau nak berbual dengan papa pasal Aidan ni.
"Ermm, hari ni pulang jam berapa?" Mama berasa dia patut larikan topik.
"Jam 7 kalau tak ada urgent."
Marsha menyegerakan suapan nasi goreng ke mulutnya. Dia mahu segera pergi. "Ma, pa. Cha pergi kerja dulu."
"Ya, hati-hati, Cha."
"Okay, ma."
Sebelum mood dia betul-betul rosak, mari menghindar kekesalan. Tak pasal-pasal dia bagi reputasi buruk hari ni nanti.
"Selamat pagi. Boleh tahu siapa Encik Ryan? Saya secretary baru." Marsha bertanyakan orang yang berada di kaunter, untungnya sudah ada yang bersedia di kaunter. Cuba bayangkan tak ada orang dan Marsha pun buntu nak ke mana. Sah, first day dah dikira lambat datang kerja.
"Encik Ryan tak sampai lagi. Jam 8.50 nanti dia sampai. Selalunya macam tu."
Ber'oh' saja Marsha di sana. Nak kena tunggu lima minit lagi ni kalau macam ni.
"Awak tunggulah dulu ya. Sana ada kerusi." Ditunjukkan ke arah terdapat beberapa kerusi yang layak untuk diduduk.
"Okay, thanks." Dia diberikan senyuman. Ramahnya cara bercakap. Boleh ke dia macam tu dengan customer? Jangan dibawa berdebar sudahlah.
"Cik Marsha." Beberapa minit berlalu pantas bila bermain telefon ni, sedar tak sedar dah kena panggil.
"Ya?"
"Mari masuk office. Aku tunjukkan tempat kau. Harap Cik Marsha okay aku ber'aku-kau'."
"Ya. Encik Ryan ke?"
"Ya. Sekarang bos tak sampai lagi, mungkin jam 9.30 macam tu."
"Kita kena guna panggilan 'bos' ke?"
"Tak juga. Ada je panggil bos guna 'Tuan' dengan 'Encik'. Ikut keselesaan Marsha nak panggil apa. Jangan 'Sayang' jelah."
Tertawa kecil dibuatnya. Pandai melawak juga Encik Ryan ni.
"Awak, nak tanya, boleh?"
"Boleh."
"Awak kerja apa dekat sini?"
"PA je."
"Oh, bos kita dah tua ke?"
"Kenapa fikir macam tu?"
"Sebab syarikat ni dah berjalan hampir 40 tahun."
"Salah. Bos kita masih 20-an. Marsha tengok dekat google ke?"
"Ya."
"Rasanya data belum update lagi sebab kita baru-baru ganti CEO. And bos kata dia kenal Marsha. Confirm Marsha pun kenal dia."
"Hah, siapa?"
"Tunggulah nanti."
Okay, Marsha mula curious dsn suspicious. Jangan cakap dia diterima kerja semata-mata bos dia kenal dia. Mampuslah kalau tiba-tiba bos dia tu orang yang dia tak suka. Mampus.
Share this novel