'Aidan. Kau dah balik?'
'Dah, knp awk?'
'Blh ambil aku dkt mall? Aku mls nak balik U lgi.'
'Blh awk. Tunggu kjp ya.'
'Ya.'
Semudah ABC je Aidan nak ambil dia. Tak payah nak bertarik alur dulu.
"Hah, apa dia jawab?"
"Dia nak ambil aku."
"Tu kan. Confirm dia nak. Jadi kau nak tunggu mana ni?"
"Pergi depan mall-lah. Biar senang dia cari aku."
"Okay. Lona, jom temankan dia."
"Okay, jom."
Mereka bertiga berjalan menuju ke depan mall hanya dalam beberapa minit. Kafe yang mereka pergi tidak jauh dari pintu keluar utama.
"Awak." Aidan menyapa sembari mendekati mereka bertiga. Marsha memandangnya laju.
"Korang. Aku balik dulu." Dia mengatakan itu sebelum mendekati Aidan.
"Ya. Aidan, jaga elok-elok Sha ni. Jangan buat bukan-bukan pula." Awas, kawan Marsha dah warning awal-awal tu. Nahas kalau tak jaga elok-elok.
"Jangan risau, saya bukan lelaki bangsat."
"Alright. Sha, nanti chat ke call ke kalau dah balik."
"Ya."
.....
Perjalanan sepanjang pulang dilalui dengan lancar sehingga tidak terasa sudahpun sampai di hadapan rumah.
"Aidan. Thanks and sorry ganggu kau malam-malam."
'Muach.' Terdengar jelas ciuman Aidan di tangan Marsha. "Tak apa. Saya tak kisah kalau awak yang ganggu saya."
Ditenung pula wajah Aidan dengan muka seakan-akan berkata 'Biar betul budak ni?'.
"Awak, termenung apa? Nak stay dengan saya ae?"
"Mana ada. Dahlah, aku masuk dulu."
"Okay, awak. Jumpa esok."
"Ya."
"Awak." Dipanggil lagi Marsha yang sudahpun memasuki pagar rumah. Nak cakap apa lagi Aidan ni?
"Apa?"
"Good night."
"Ya."
"Jawablah betul-betul."
"Good night." Ikutkan sajalah kemahuan dia, nanti tak pasal-pasal Marsha berdiri lama-lama dekat luar ni. Sejuk.
"Tidur elok-elok."
"Ya Dahlah, bye."
"Bye." Sudahlah tu Aidan. Masuklah rumah kau, Marsha dah tak menahan sejuk tu.
"Dari mana baru balik sekarang?" Mamanya menyoal sambil matanya fokus melihat ke layar televisyen yang terpapar drama Melayu, confirm senang nak teka macam mana cerita dia.
"Lepak dengan kawan."
"Balik dengan siapa?"
"Aidan ambil."
"Kamu jadikan dia kemudahan kenderaan ke apa ni?"
"Ma, dia yang minta macam tu. Dia yang suruh Cha bagitau dia kalau Cha nak balik. Nanti Cha balik dengan kawan nanti, bakal menantu KESAYANGAN mama tu bising pula."
"Dah balik dengan dia, ada singgah mana-mana tempat?"
"Tak ada. Cha dah penat sangat-sangat."
"Penat sebab lepak? Biar betul kamu ni?"
"Ma, macam mama tak tahu macam mana jenis lepak Cha ni. Kan sambil belajar, mesti otak pun penat."
"Kenapa tak bawa Aidan sekali masa kamu lepak?"
"Diakan budak baru dekat U, manalah kawan-kawan Cha selesa kalau tiba-tiba ada orang baru ikut kitorang."
"Dia tu bakal suami kamu tau, patutnya kamu lebih banyak masa dengan dia."
"Kan dah jumpa dekat U, takkan nak 24 jam dengan dia."
"Dekat U, korang belajar. Bukan bercintan-cintun. Tak ada masa kamu untuk dia. Jadi masa kamu tak belajar dekat U, kamu patutnya ambil peluang tu nak dekat dengan Aidan."
"Stop it-lah. Aidan, Aidan, Aidan. Aidan terus yang nak dibahas. Penat tau tak. Dahlah dia terlebih manja, mama pula terlebih nak defense dia macam anak sendiri."
"Marsha. Mama cuma nak-"
"Dahlah, ma. Cha penat, Cha tak nak gaduh dengan mama semata-mata Aidan. Bye." Tak menunggu lama untuk masuk ke dalak bilik. Sebaiknya dia cepat-cepat melarikan diri sebelum dia 'BOOM!' , meledak.
Di masa yang sama, Aidan menunggu Marsha benar-benar masuk ke dalam rumah sebelum dia memasuki perkarangan rumah dia yang hanya bersebelahan dengan rumah Marsha, memang sebegitu sejak dulu.
"Dan, kamu dari mana?" Disapa oleh mama yang entah buat apa di ruang tamu, dilihat televisyen, tidak pula menyala.
"Baru ambil Cha Cha tadi."
"Dia minta ambil ke?"
"Ya. Dan suruh dia chat kalau dia dah nak balik."
"Kamu ni memaksa betul Cha Cha sukakan kamu. Tak risau dia benci kamu nanti?"
"Mama janganlah cakap macam tu. Nanti jadi betul-betul."
"Kamu bagilah dia space sendiri. Kamu berdua tak ada hubungan khusus tau. Kawan pun kalau betul-betul Cha Cha masih fikir kamu tu kawan dia."
"Dah tu nak buat macam mana supaya Cha Cha sukakan Dan balik?"
"Rapat dengan dia pelan-pelan. Jangan tergesa-gesa macam ni."
"Lambatlah."
"Sabarlah sikit. Sebelum ni sabar balik sini, okay je."
"Itu sebab Cha Cha tak ada dekat dengan Dan. Bolehlah sabar."
"Ma, orang tu dah cinta mati dengan Si Marsha tu. Tak ada maknanya dia nak tunggu lama-lama. Dia kalau dapat, esok juga nak kahwin dengan Marsha." Sampuk kakaknya yang mahu ke dapur, mungkin dahaga.
"Elsa, tegur-tegur Aidan ni. Kesian dengan Marsha tu, Aidan asyik melekat dengan dia."
"Nak tegur macam mana, ma? Tak ada harapan dah. Kecuali Marsha sendiri cakap dia tak suka Aidan macam tu."
"Aidan, Cha Cha ada cakap apa-apa pasal perangai kamu?"
"Tak ada."
"Jaga-jaga, Aidan. Mungkin sekarang dia masih bertoleransi tapi cuba kalau kamu terus macam ni?"
"Janganlah buat Dan risau. Dan tak nak jauh dengan Cha Cha."
"Jadi jagalah tabiat kamu. Kamu kena faham, korang dah berpisah lama, bagi Cha Cha biasakan diri dulu dengan kamu."
"Yelah." Cemberut sudah wajahnya mendengar ucapan yang keluar daripada mulut mamanya tapi bila difikir lagi, memang betul juga apa yang mama cakap tu.
Share this novel