8

Romance Series 2125

"Sha, dah berapa kali dia confessed? Awak tak bagitahu pun." Menyibuk pula Lona mahu mengetahui hal Danial meluahkan perasaanya terhadap Marsha.

"Aku tak kira berapa kali."

"Ermm, lebih lima kali tak?"

"Err." Dia mengingat sekejap. "Ya."

"Gilalah, Danial. Diam-diam confessed. Patutlah dia macam tak suka Aidan walaupun baru first-time jumpa sebelum ni."

"Ya tapi jangan bagitau benda ni dekat kawan lain. Aku tak nak nampak kekok sangat dengan Danial tu."

"Kau still nak kawan dengan dia ke?" Ucap Risa yang sedikit bingung dengan perkataan Marsha.

"Takkan tiba-tiba nak jadi stranger dengan dia pula? Baik aku menjauh dari circle korang terus kalau macam tu."

"Eh, jangan, jangan. Aku tak nak yang macam tu."

"Sebab tu, aku tak nak korang cerita dekat yang lain. Kau lagi Aidan, jangan cerita benda ni dekat mak aku. Awas kau."

"Ya, saya zip mulut." Jari telunjuk dan jari ibunya disentuhkan di bibir dari hujung ke hujung satu lagi seakan mengezip sesuatu. Masih lagi Aidan ni berkelakuan seperti mereka masih kecil.

Bukan tanpa alasan Marsha memberi amaran sebegitu kepada Aidan kerana dia tahu dia akan lebih terkekang oleh mamanya kalau dapat tahu hal ini, mama mungkin minta Aidan 24 jam dengan dia.

"Awak. Balik nanti awak masih nak dengan Marvin?"

"Ya."

"Tak nak balik dengan saya?"

"Kenapa nak balik dengan kau?"

"Saja."

"Ish, kau ni, Sha. Takkan tak faham dia nak berdua dengan kau."
Marsha menyepetkan matanya memandang Aidan seakan dia beranggapan Aidan mahu melakukan sesuatu terhadap dia.

"Kenapa awak pandang macam tu?" Tanya Aidan.

"Aku tolong translate-kan. Dia assume kau nak buat yang naughty-naughty." Kalau bab-bab reaksi muka ni, memang lelaki noob sikit. Jadi kena tolong biar tak salah faham. Risa dengan Lona suka dengan kapal dah nak berlayar diorang tu.

"Saya takkan buat apa-apalah. Balik rumah macam sebelum ni je."

"Okay-lah."

.....

"Hai, awak." Salah seorang classmates Aidan tiba-tiba menegurnya yang sedang melihat buku rujukan subjek selepas ini.

"Hai."

"Awak boyfriend Marsha ae?"

"Tak."

"Aik, takkan suami?"

"Tak."

"So, apa hubungan awak dengan dia?"

"Bakal tunang."

"Oh, BAKAL tunang. You, jom keluar jalan-jalan lepas class?" Amboi, tiba-tiba ajak orang keluar ni kenapa?

"Untuk apa?"

"Saja, jalan-jalan. You tak stress kena hadap belajar je? Lagipun you baru pindah sini, mesti tak round-round lagi, kan?"

"Tak payahlah."

"Lah, kenapa? Takut Marsha marah?"

"Tak."

"So, why? Kenapa tak nak enjoy-enjoy?"

"Tak nak je."

"Confirm ada something. Marsha ada buat apa-apa dekat you ae?"

"Tak ada."

"Come on, Aidan or should I call you 'Dan Dan'?"

"Panggil Aidan je."

"Fine but you still. You kena keluar juga dengan I."

"Untuk?"

"Come on, Aidan. I already said we can enjoy and enjoy masa kita bersama."

"Tak perlu kot."

"Please, Aidan. You dengan Marshakan baru bakal tunang, bukan tunang pun. So, chill-lah."

"Awak, elok kot awak pergi dengan kawan awak. Kita ni tak berkenal langsung."

"Kita boleh berkenalan sekarang. I, Sweety. Your Sweety."

"Jangan main-main dengan saya."

"Okay, okay. I, June. Bulan Jun in English. And you, Aidan. I know already."

"Awak sebenarnya nak apa dengan saya?"

"Nothing just-" June meliarkan matanya melihat lengan dan dada Aidan dengan sedikit menggoda. "Badan you menggoda I untuk pergi dekat you."

"Tak perlu kot sampai macam tu."

"Sorry, but I dah tergoda dengan you."

"Dah berapa lama kau buat kerja macam ni? Dah berapa jantan yang kau tidur?"

"You, kenapa tanya I macam tu?"

"Kau fikir aku tak tahu ke perangai budak U macam mana. Susah nak cari perempuan yang masih dara."

"You!"

"Betulkan apa aku cakap?"

"Eh, you cakap macam tu, sama je lah macam you cakap dekat Marsha, kan?"

"Aku tak kisah dia dara atau tak. Asalkan dia milik aku."

"Ish, menyakitkan hatilah you ni." Hentakan demi hentakan terdengar dari tapak kasut June yang menuju keluar entah akan ke mana padahal kelas tak lama lagi.

"Gilalah kau. Kau tolak macam tu je? Awek cun tu."

"Awak pergilah ikut dia."

"Awak? Kau apasal nak ber'awak' dengan lelaki ni? Ke kau nampak aku pondan?"

"Saya terbiasa macam ni."

"Tadi elok je dengan June."

"Sebab tadi saya marah."

"Yelah, suka hati kaulah. Eh, esok tak ada class. Kau nak tak join kitorang?"

"Pergi mana?"

"Clubbing. Tempat best."

"Tak naklah."

"Lah, kenapa? Kau memang tak minum-minum?"

"Minum je tapi bukan sekarang."

"Sebab Marsha?"

"Kenapa kaitkan dengan Marsha pula?"

"Kot Marsha tu larang kau."

"Tak. Memang saya tak nak je."

"Boring-lah kau ni. Semua tak nak."

"Ermm."

"Okay-lah, bro. Kalau kau tiba-tiba tukar fikiran, bagitau aku. Kalau kau nak amoi-amoi pun, roger je."

Aidan tak mahu menjawab, dilihat saja kepergian lelaki tadi. Tak ada angin, tak ada ribut membawa pergi clubbing, siap nak dia roger kalau nak amoi. Dahlah nama pun tak kenal. Bangsat-bangsat betul orang dalam U ni, selamatkah Marsha dekat sini selama belajar? Adakah yang mengorat dia macam ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience