'Marsha, masuk office bos lepas dengar record ni.' Dia membuka rakaman suara Ryan dari telefon meja di meja dia bekerja. Nasib baik dia nampak tanda-tanda ada yang hantar rakaman suara. Dia baru je lepas pergi bilik air.
Dirapikan dulu baju sebelum dia mengetuk pintu office bos dia. 'Tok. Tok. Tok.'
'Masuk.' Marsha terpegun sekejap, kenapa dia macam familiar tak familiar dengan suara ni. Dia pantas masuk ke dalam setelah dia tidak bermonolog sendiri.
Mampus. Jumpa lelaki ni dekat sini. Tak ada riak nak tersenyum pun dekat muka Marsha. Tegang sangat ni.
Kepelikan pula Ryan tengok dua orang depan dia ni. Seorang ni macam tengok kekasih hati, yang seorang lagi tengok orang annoying. Apa hal ni? "Hrmm, walaupun dah kenal. Aku perkenalkan juga. Marsha, ni bos kita, Aidan dan bos, ni secretary kita, Marsha." Ryan tetap mementingkan formaliti walau dia sendiri tak formal sangat gaya dia dekat office ni.
Marsha terpaksa berinisiatif nak bercakap daripada diorang ni saling memandang. Dahlah Aidan pandang dia dalam sangat.
"Selamat pagi, bos. Saya, Marsha."
"Ya."
"Bos, aku dah inform apa yang patut dia buat and dah bawa dia lawat beberapa bahagian office ni. Rasanya dia dah boleh buat kerja."
"Okay."
.....
"Marsha, mari lunch sama-sama." Aidan menjemput Marsha ikut bersamanya untuk makan tengah. Kotlah boleh berbual-bual sikit.
"Takpe, bos. Masih nak buat kerja."
"Mari, Marsha. Stop dulu kerja tu."
"Tapi bos-"
"No excuses. Mari cepat."
Marsha memalingkan wajah berlawanan dengan pandangan Aidan. Menunjukkan wajah ketidakpuasan hati. Dia tak nak ikut Aidan.
"Marsha, job is job. But now tengah waktu lunch. Jangan skip lunch."
Tangannya membentuk buku lima sebelum dia menjawab. "Okay, bos." Kenalah dengar cakap bos kali ni.
"Bos." Panggil Ryan yang baru dari bilik air nak pergi bawa Aidan lunch. "Bos, waktu lunch dah ni."
"Tahu. Ni nak bawa Marsha sekali."
"Marsha, jom lunch sama-sama. Kot kita boleh minta belanja bos."
"Banyak cantik muka kau."
"Sekali-sekala bolehlah, bos. Kita raihkan kehadiran Marsha."
"Fine."
Diturutkan kemahuan Ryan kali ni, lagipun ni first day Marsha kerja dengan diorang. Tak salah nak keluar duit sikit, duit sendiri.
.....
Dia meluru masuk ke bilik sebaik saja sampai di rumah membuat mama bingung melihat Marsha yang begitu.
'Tok. Tok. Tok.' Mama mengetuk pintu bilik Marsha. 'Cha, kamu okay?'
"Tak okay." Macam mana nak okay bila dia diberikan fakta bahawa majikan dia bernama Aidan, Aidan yang dia kenal.
'Tak nak cerita dengan mama?'
Pintu dibuka untuk mama melihat keadaannya. Terlihatlah wajahnya yang murung melihat ke lantai.
"Kenapa? Apa jadi dekat tempat kerja?"
"Ma." Dia merengek memeluk Carla.
"Ya?"
"Bos Cha tu Aidan."
"Aidan? Aidan sebelah rumah kita?"
"Ya, ma. Cha ada nampak nama owner company tu Albert. Cha lupa tu nama uncle. Lepas tu, baru hari ni Cha tau details dekat google tak update lagi lepas Aidan take over company uncle."
"Terus tadi macam mana dengan Aidan?"
"Tak suka. Dia paksa Cha lunch dengan dia."
"Kamu berdua je?"
"Tak, ada lagi sorang PA dia."
"Terus esok macam mana?" Mama faham Marsha dah tak nak ada kaitan dengan Aidan. Dia pun rasa bersalah sebab dia yang beria nak Marsha dengan Aidan tapi Aidan tinggalkan tiba-tiba tanpa ada bagi khabar apa-apa dekat Marsha.
"Cha nak berhenti."
"Boleh ke? Kalau tiba-tiba mesti ada notis sebelum berhenti, macam mana?"
"Cha paksa dia berhentikan Marsha."
"Yelah. Macam mana lagi. Cha pergilah mandi dulu. Rehat-rehat dulu."
"Okay."
Frustrated Marsha rasa sekarang ni. Kenapa boleh jadi macam ni? Sakit hati betul tengok muka Aidan. Dia dah dapat mengelak masa jamuan, boleh pula Aidan jadi bos dia.
"Kau kenapa senyum sorang-sorang?" Sempat abang Aidan ternampak dia senyum sorang-sorang dekat ruang tamu depan laptop dia.
"Takde apapun."
"Macam mana dekat office? Orang tua-tua dekat sana masih banyak songeh?"
"Masih. Menyibuk je apa aku nak buat."
"Mesti kau tak bebaskan?"
"Macam tulah tapi aku tak naklah dengar sangat cakap diorang. Aku yang bos."
"Baguslah tu. Aku tak lama lagi nak kahwin ni, kau bila?"
"Tak nampak pun calon."
"Aku dah lama kenalkan dengan mama papa."
"Okay, kau kahwinlah dulu. Nanti aku temankan mama dengan papa dekat sini."
"Kau belum cari calon ke?"
"Dah ada."
"Siapa? Marsha lagi?"
"Ya."
"Confident juga kau lepas kau tinggalkan dia."
"Tak fikir panjang memang macam tu."
"Kau jumpalah cara nak ambil hati dia balik?"
"Nantilah fikir. Lagipun boleh jumpa hari-hari. Dia jadi secretary aku."
"Nak pula dia."
"Dia tak tahupun aku yang jadi bos."
"Patutlah."
"Risa, kau kenakan aku ae?"
"Hah?" Terpinga-pinga Risa dengar apa yang Marsha cakap. Kenakan apa pula ni?
"Bos company aku tu, Aidan. Kau dah tahukan?"
"Hah? Aku tak tahu pula dia jadi businessman. Bukan dia sambung belajar je?"
"Ish, dia take over company papa dia lepas dia habis belajar."
"Oh tapi sumpah, Sha. Aku langsung tak tahu itu company papa dia atau company dia."
"Huh." Berat keluhan Marsha. Berat hati dia nak terima dia kerja bawah Aidan macam ni. Hati dia rasa membengkak.
"Sorry, Sha. Aku boleh tolong carikan kerja lain kalau nak."
"Nantilah. Tunggu aku betul-betul berhenti dulu. Tengok gaya Aidan tadi, macam dia yang sengaja pilih aku jadi secretary dia. Mungkin susah nak berhenti."
"Yelah, nanti kau inform je kalau kau dah berhenti."
"Ya" Panggilan telefon dimatikan seketika. Dia melihat jam yang menunjukkan malam masih awal tapi dia rasa dia akan tidur awal.
Share this novel