7

Romance Series 2125

"Awak." Aidan datang ke kelas Marsha sebaik saja dia meletakkan beg dalam kelas.

"Apa?" Sepatah je Marsha jawab.

"Kenapa awak tak tunggu saya tadi? Saya lambat sangat ke?" Dia rasa dia dah bersiap awal tadi.

"Aku saja tak nak jumpa kau."

"Kenapa? Saya ada buat salah apa? Bagitaulah, nanti saya cuba perbaiki."

Tidak tau kenapa hatinya masih sakit kerana perbualannya dengan mama semalam masih berbekas di hati. Bukan salah Aidan, malah Aidan yang menjadi mangsa. "Tak ada."

"Jadi apa alasan sebenar awak tak nak jumpa saya?"

"Tak payah tahu. Kau balik kelas kau sekarang, kau buat aku makin sakit hati."

"Oh, okay." Mengalah, Aidan tak mahu memburukkan keadaan. Sebaiknya dia berfikir keras apa yang dah dia buat semalam? Mustahil disebabkan dia cium tangan Marsha, kan? Atau sebab dia minta Marsha jawab 'Good night' elok-elok? Tapi macam sama-sama mustahil.

"Sha, dia buat apa sampai kau layan macam tu? Semalam dia buat apa-apa dekat kau ke?" Kesian dia melihat Aidan yang begitu kecewa dihalau Marsha tapi melihat dari raut wajah Aidan sepertinya dia juga bingung tentang kesalahan apa yang dia perbuat.

"Shhh. Aku tak nak dengar pasal dia. Jangan sebut nama dia lagi. Aku muak."

"Sha, kau okay tak ni? Kau period? Eh, tak mungkin. Kau baru-baru stop. Dah tu kenapa?"

"Nantilah kau tanya. Aku bad mood."

"Yelah tapi jangan lama-lama." Dengusan saja Sha jawab.

.....

Tiba sudah waktu makan tengah hari, Marsha dengan kawan-kawan dia dah keluar menuju ke tempat makan sebelum semakin sesak dan terseksa mencari tempat duduk. Kali ini, dia hanya pergi bersama dua kawan perempuan je.

"Sha, Aidan." Tangan Lona tertuju ke arah Aidan yang sedang berbual dengan dua perempuan. Bertegur sapa agaknya. Menarik, Aidan langsung tak senyum dengan dua perempuan tu? Macam bukan Aidan yang selalu Marsha kenal yang selalu tersenyum manis di hadapannya.

"Dia memang macam tu ke kalau bukan dengan kau, Sha?" Risa bertanya, kawan yang turut selalu bersama Marsha seperti semalam membawa Lona menemani Sha ke depan mall.

"Entah." Manalah dia tau sangat pasal Aidan tu.

"Gila. Gentleman ni, dia tak layan perempuan lain macam mana dia layan kau. Kau patut bangga, Sha." Bangga pula Lona untuk Marsha.

"Lambert lagi."

"Kau jangan main-main, Sha. Kena rebut nanti, susah cari pengganti."

"Diamlah."

"Bagi aku jelah, lagi bagus."

"Baguslah tu, nanti kena ganyang dengan mak aku."

"Yelah. Tak naklah."

"Sha, dia pandang sini." Lona memberikan informasi kerana Sha sudah tidak melihat Aidan.

"So?" Tak dipandangnya ke arah Aidan.

"Awak. Baru nak lunch?" Aidan menegurnya sebaik saja berada dekat dengan Marsha, tidak lupa juga memberikan senyuman.

"Ya."

"Awak masih marah saya ke?"

"Tak. Bad mood je."

"Oh, okay-lah." Aidan membalikkan diri untuk pergi, dia berasa perlu pergi agar Marsha tak bertambah bad mood akibat dia.

"Oii, kau dah lunch?"

"Sudah."

"Lunch apa?"

"Roti."

"Roti instant?" Marsha mendapat jawapan dengan anggukan.

"Nak ikut kitorang lunch? Korang okay-kan?" Lantas kedua-dua kawannya mengangguk laju.

"Boleh ke?" Keterujaan kelihatan di mata Aidan yang seakan-akan bersinar seperti dalam kartun.

"Boleh, kalau kau nak."

"Nak."

"Jom." Kali ini, Marsha yang membuka langkah untuk Aidan mendekatinya, lagi pula sedikit berasa bersalah dengan perbuatan yang dia buat tadi. Tersengih-sengih saja dua kawannya tadi.

Sebaik saja sampai di tempat, mereka memesan makanan lantas mencari tempat duduk.

"Awak, ini terkira janji awak untuk lunch dengan saya esok ke?"

"Ikut kau je. Kalau tak terkira, kau boleh lunch berdua dengan aku. Kalau terkira, esok tak payahlah lunch dengan aku."

"Okay, saya tak nak kira hari ni sebagai janji awak. Terima kasih."

"Ermm."

"Ish, korang ni. Janganlah sweet-sweet. Boyfriend aku tak ada dekat sini nak sweet-sweet dengan aku."

"Sweet apanya kau ni." Disenggolnya bahu Risa yang tiba-tiba tersipu malu melihat Marsha dan Aidan.

"Marsha memang sweet tapi entah kenapa dia tiba-tiba sembunyikan perangai dia. Awak kena buli ke?" Ujar Aidan.

"Mana ada."

"Habis tu kenapa awak macam berubah sangat? Saya sangka first-time kita jumpa lepas lama berpisah, awak akan peluk saya macam dulu."

"Itu masa kecillah."

Aidan memberikan senyuman tipis tapi manis sambil memandang tepat ke mata Marsha dengan penuh cinta. Siapapun yang melihat bahkan orang yang tidak mengenal mereka pasti sedar betapa cinta tatapan Aidan pada Marsha.

"Dah tak ada kawan lelaki ke sampai nak masuk circle perempuan?" Sampai-sampai saja nak sarkas orang, apa pasal ni?

"Kau dah kenapa, Danial?" Tegus Risa, pelik pula perangai Danial ni.

"Dahlah lembut semacam, macam ni nak jadi suami Sha? Tak sesuai langsung."

"Awak, diam ae. Biarlah diorang. Nak menyibuk kenapa?" Giliran Lona bersuara. Di saat itu juga, Aidan berpindah duduk dari hadapan ke tepi Marsha.

"Tak sesuai macam ni pun, Marsha tak pernah sekalipun marah dengan saya. Kenapa? Cemburu, kan?" Tangannya menggapai tangan Marsha untuk dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut. Marsha langsung tidak menghalang.

"Marsha, kau janganlah bagi dia manja sangat dengan kau. Tak gentle-lah lelaki macam ni."

"Kau boleh tak, diam je. Marsha tak bermasalah, kau pula nak melebih. Kau jangan nak panaskan hati orang dekat sini." Intonasi Aidan yang berubah buat Marsha sedikit terpegun mendengarnya. Inikah cara dia bercakap bila bukan dengan Marsha? Terdengar lebih dominan berbanding manja. "Aku takkan benarkan kau ambil Marsha daripada aku." Sambung Aidan lagi dengan tatapan tajam pula kali ni.

"Kau-"

"Danial, dah cukup kot kau nak sarkas dengan dia dan aku rasa aku dah banyak kali tolak kau bila kau confessed. Please, cari perempuan lain."

"Marsha, aku boleh lepaskan kau tapi tak dengan lelaki ni."

"Sebab?"

"Tak sesuai dengan kau."

"Nonsense."

"Sha. Kau dah lama berpisah dengan dia, kau tak tahu apa dia dah buat selama tak dengan kau. Perangai dia pun confirm kau tak tau berubah macam mana."

"Jangan risau, aku tahu cara kawal situasi. Apapun perangai dan perubahan dia, aku yang akan nilai sama ada sesuai atau tidak dengan aku. So, kau just diam. Tak payah nak menyibuk."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience