"Congratulations, Bin. Habis juga kau degree ni. Doctor-to-be lepas ni."
"Happy-nya dah habis. Tinggal tunggu praktikal."
"Bila?"
"Tak tahu lagi bila perlu masukm Dalam sebulan lagi dapat news."
"Rindulah mama dengan kamu lepas ni. Jarang balik rumah macam papa." Ucap mama dengan tangisan kegembiraan yang mengalir di pipi.
"Ish, mama ni. Jangan macam tu, kesian Bin Bin tau. Macam mama tak suka pula Bin Bin nak jadi doktor."
"Bukan macam tu. Kalau Bin Bin dah jadi doktor, mesti dah kurang masa dengan kita."
"Cha ada. Walaupun malam je ada masa tapi Cha boleh temankan mama. Ke mama tak cukup kalau Cha je?"
"Kamu dengan Bin Bin mana sama."
"Yelah, yelah. Argh-" Terkejut dia ada tangan dekat pinggang dia. Tangan siapa ni? Dia menoleh melihat pemilik tangan itu.
"Congrats." Sebelah tangan orang tersebut memberikan bunga pada Marvin tapi tnagan yang lagi satu kekal di pinggang Marsha.
"Bos buat apa dekat sini?" Diusahakan melepaskan pinggangnya daripada Aidan. Berani pula dia buat macam tu dekat luar macam ni.
"Sengaja, lagipun ada orang benarkan."
Marsha melihat sekeliling Aidan. "Ryan mana?"
"Aku dah ada depan mata kau pun masih nak mencari Ryan? Suka betul kau dekat dia."
"Bos dengan diakan asyik berkepit je. Peliklah bila dia tak ada."
"Dekat office, kerja."
"Oh. Lepas." Ujarnya yang memaksudkan tangan di pinggang Marsha.
"Tak nak."
"Lepaslah." Semakin erat pula tangan Aidan, tak mahu melepaskan Marsha dari genggamannya.
"Kau try lepaskan tangan aku, aku cium kau depan family kau." Bisik Aidan, Marsha ni kena ugut atau pujuk dulu baru nak dengar cakap. Tapi dia kenalah hadap jelingan Marsha tu.
"Dan datang sorang?" Tanya mama bila tak nampak family Aidan yang lain.
"Ya. Mama tak dapat datang, masih tengokkan Elsa tengah pantang. Aiben macam biasa, busy memanjang. Papa yang temankan mama."
"Takpelah, Elsa tu lagi penting nak dijagakan. Baby boy ke baby girl?"
"Baby boy."
"Huh, tiba-tiba rasa teringin nak pegang baby. Bilalah aunty dapat pegang baby-kan?"
"Cuba tanya Marsha. Kot dia nak buat dengan Dan." Dipandang-pandangnya Marsha seakan bagi hint.
Disiku pula perut Aidan. "Jangan berangan."
"Takpelah. Bin dah jumpa dengan yang lain? Ada benda lagi nak buat?" Mama mengalihkan perbualan mereka, risau Marsha tak selesa lagi-lagi berkaitan dengan Aidan. Cumanya bila tengok Marsha layan Aidan, tak pula dia rasa Marsha ni benci atau tak suka Aidan. Lebih kepada merajuk adalah.
"Semua dah okay ni. Ambil gambar pun dah."
"Kalau macam tu jom. Kita pergi cari makan dulu." Mereka berjalan beriringan ke tempat parking yang sememangnya sesak. Yang bagusnya keluarga Marsha datang awal, tak jauh sangat kereta diorang diparking. Aidan? Bermeter-meter jauh di sana.
"Aunty, Dan balik office dulu."
"Tak nak ikut makan dulu ke?"
"Takpe, aunty. Dan tak nak menyibuk dulu sebab Bin mesti nak raikan hari ni dengan family dia. Nanti kita jumpa." Sebelum dia pergi, dia menyempatkan membelai tangan Marsha sambil membisikkan, 'Bye, Love.'
"Kak, tak nak bawa sekali ke?"
"Tak payahlah, bukan family kau pun."
"Aku okay kalau akak nak bawa."
"Tak mau."
"Yelah." Tersengih-sengih Marvin tengok riak wajah Marsha yang sedikit kesal, tak dapat tahu pula dia kesal kenapa. Aidan or dia yang puncanya.
'Marsha, masuk sini.' Pesanan suara pada telefon meja mengarah Marsha masuk bilik pejabat Aidan. Apa lagi kali ni Encik Bos oii.
"Bos, ada apa?"
"Aku dah baca surat kau ni." Tunjuknya pada surat yang dipegangnya.
"So, bos, lulus tak?"
"Ya tapi lain kali, kalau kau nak cuti setengah hari ke sehari atau berapa hari sekalipun, cakap depan-depan. Mati-mati aku fikir ni surat berhenti kau."
"Bukan memang macam tu ke kalau nak minta cuti?"
"Tak semua syarikat macam tu."
"Yelah, bos. Lain kali saya cakap terus."
"Dah tu je."
"Tu je?"
"Ya, dah tu nak cakap apa lagi?"
"Oh, takde." Tangannya baru saja memegang gagang pintu dikejutkan dengan suara Aidan.
"Bye, Love."
Marsha memandang Aidan sekilas tidak kelihatan kekok memanggil dia begitu malah Marsha yang tak biasa.
Itulah detik di mana Marsha mahu meminta cuti beberapa hari sebelum hari konvokesyen Marvin yang berlaku pada hari ni.
.....
Selepas dah makan dengan family dia, Marsha pergi ke office untuk menyambung kerjanya yang banyak. Nanti tak pasal-pasal lewat petang dah menumpuk balik. Sebab tu dia minta cuti setengah hari je. Masa yang sama, dia nak biarkan Marvin spend time dulu dengan parents diorang. Jarang-jarang Marvin ada masa luang.
"Marsha-"
"Bos you mana?"
Main potong je cakap orang, Ryan baru nak minta tolong Marsha adjust-kan schedule Aidan.
"Bos dekat dalam."
"Bagus." Cepat pula kaki tu nak masuk bilik Aidan.
"Cik nak pergi mana?" Marsha menghadang pintu masuk ke pejabat Aidan menggunakan tubuh sendiri.
"Mestilah nak jumpa Aidan. Tepi."
"Maaf tapi bos tengah rehat. Sebaiknya cik datang hari lain."
"You tak payah nak halang-halang I. I ni nak jumpa je, bukannya nak bawa jalan ke buat kerja ke. Tepi."
"Tak boleh, cik." Ni kalau bukan sebab Aidan yang suruh, tak mau dia berdegil tak nak biarkan perempuan ni masuk. Dahlah nama pun dia tak tahu.
'ARGH!' Berdentum bunyi badan Marsha ditolak kuat jatuh ke lantai. Sakit punggungnya dibuat begitu.
'Klack' Pintu di belakang Marsha terbuka dan timbullah batang hidung Aidan memandang mereka berdua.
"Aidan-" Badannya ditolak ke tepi sebaik saja Aidan melangkah keluar.
"Marsha, okay tak ni?" Kedua-dua tangannya memegang pipi Marsha agar melihat ke arahnya. Dia terbangun dari lena sebaik saja mendengar teriakan Marsha.
"Okay, bos. Okay je ni." Dia cuba untuk berdiri. Namun kesakitan di kakinya membuat dia perlu menahan badannya di dinding supaya tak terjatuh lagi. Kakinya terseliuh, lagi pula dia sekarang memakai kasut bertumit tinggi.
"You."
"Kau buat apa dengan dia?" Tajam mata Aidan memandang.
"Mana ada buat apa-apa." Cuma mengelak pula.
"Aku dah cakapkan, tak payah datang sini lagi."
"You. I rindu you-lah. Takkan you tak faham."
"Aku tak rindu kau. Aku tak nak jumpa kau."
"Ihh, sampai hati buat I macam ni. You ni-" Tersedu-sedan dia menahan tangis. Tak lama, dia melangkah pergi dengan tangis yang masih mengalir.
"Tak baik bos buat macam tu."
"Aku kalau tak suka, aku cakap. Bukan macam kau, tak nak mengaku perasaan sendiri."
"Tiba-tiba saya."
"Kaki kau terseliuh, kan?"
"Ya."
Tak menunggu lama, badan Marsha sudah tak menyentuh tanah dek dicempung Aidan ke kerusi. Aidan berlutut sebelah kaki sambil membukakan kasut Marsha.
"Eh, bos. Buat apa ni?" Tangannya cuba menghalang Aidan tapi- "Aduh, bos. Sakit." Geramnya dia. Dah tahu terseliuh, digenggamnya kaki dia tu kenapa?
"Sekali lagi kau cuba halang aku, aku genggam lagi kuat dari tadi. Ryan, ambil ubat sapu." Dia mahu mengurut sedikit kaki Marsha biar cepat sembuh.
Share this novel