"Awak. Jom balik." Aidan? Dia pun dah nak balik ke? Cemberutnya muka dia.
Marsha memandangnya sedikit lama membuat Aidan turut sedikit kepelikan.
"Awak. Kenapa pandang saya macam tu?"
Lantas Marsha teringat akan sesuatu kejadian yang membuat dia membelai rambut Aidan dengan lembut dan ditepuk perlahan.
"Awak?"
"Kau merajuk dengan aku ke?"
"Ya."
"Oh."
"Kenapa awak buat macam tu tadi?"
"Saja nak tengok kau masih terpujuk ataupun tidak kalau aku belai kau macam dulu."
"Awak ingat pasal tu?"
"Teringat."
"Sweet-lah awak." Mahu dia menggapai tubuh Marsha ke pelukan namun sudah terhalang dek tangan Marsha yang menahan tubuhnya mendekat.
"Jangan peluk-peluk. Kita bukan kecil lagi."
"Tapi tadi awak buat saya macam budak-budak."
"Itu tak sengaja."
"Sengajalah tu buli saya."
"Tak adanya."
.....
"Ma. Esok pun kena pergi U dengan Aidan ke?"
"Ya. Setiap hari macam tu. Tak boleh jalan sendiri atau ikut Bin Bin."
"Malaslah, ma."
"Apa malas-malas? Pergi U sama-sama je pun."
"Ma. Janganlah macam ni."
"Tak boleh mengelak. Kena juga pergi dengan Aidan. Kalau tak mau, tak payah pergi U terus."
"Mama ni, nak sangat orang cepat-cepat suka dengan Aidan tu."
"Iyalah, kan korang berdua tu nak berkahwin. Takkan tak nak ada rasa suka langsung."
"Eleh."
"Apa lagi yang kamu fikir tu?"
"Mana ada fikir apa-apa." Tipunya saja. Dia ada terfikir sesuatu untuk dibuat yang menarik untuk Aidan. Confirm jadi.
"Sudahlah, panggilkan Bin Bin makan. Papa kamu overtime lagi hari ni."
"Overtime lagi? Ish."
"Alah kamu ni, doktorkan. Macam mana lagi."
"Lepas ni, kalau Cha dah dapat kerja, suruh je lah papa berhenti jadi doktor tu. Teman mama je jaga bakery tu."
"Kamu tengok muka papa kamu tu macam ada muka-muka nak pencen awal ke? Lagipun berapa tahun lagi, dia dah pencen kan."
"Yelah."
"Mama tahu kamu nak jadi anak baik yang tak nak parents kamu susah-susah kerja tapi takpelah. Ini kemahuan kami."
"Ermm. Panggil Bin Bin jap."
"Yelah." Dia memandang kepergian Marsha yang memanggil Marvin. Sayu sebentar. Serasa bersalah apabila dia seperti memaksa Marsha untuk terus bersama Aidan. Dia berbuat begitu kerana kemahuannya sendiri kerana mahu satu-satunya anak perempuannya ini mendapatkan pasangan yang akan betul-betul menjaga dia.
Dia sudah lama mengenal Aidan sejak masih kecil bahkan di awal kelahiran Aidan. Sepanjang Aidan di kampung nenek dan datuknya, dia selalu mendengar khabar, juga sering bertanya soal Marsha. Cumanya Aidan malu untuk bertanya langsung dengan Marsha yang sudah lama menjadi crush-nya.
"Ma, senyam-senyum kenapa tu?" Tersentak sedikit bila diganggu lamunannya.
"Tak ada apapun. Marilah makan. Baru siap masak tadi."
"Bin, cepatlah duduk."
"Ya."
~~~~~
"Awak." Panggil Aidan yang sedang memandu.
"Apa?"
"Kenapa awak tak panggil saya, Dan Dan? Saya suka tau awak panggil saya macam tu."
"Kita bukan kecil lagi nak guna nama macam tu."
"Macam tak jauh beza jelah semua alasan awak bagi ni."
"Hrmm." Hambar dia menjawab. Lebih ke malas bercakap sebenarnya.
"Awak panggillah saya, Dan Dan ae. Rindu awak panggil macam tu."
"Tak naklah. Tak geli ke?"
"Nak geli kenapa? Tukan nama saya."
"Nama kau, Aidan. Cukuplah aku panggil tu daripada aku panggil kau guna nama haiwan."
"Tapi awak panggil Marvin, Bin Bin macam dulu."
"Suka hati akulah."
"Kalau awak tak nak panggil saya, Dan Dan. Saya panggil awak, Cha Cha."
"Eh, kau. Mengugut pula"
"Siapa suruh awak tak nak penuhi permintaan saya yang sederhana tu."
"Sederhana kau cakap?"
"Yelah. Kalau permintaan besar saya, confirm-lah saya nak kahwin awak sekarang juga."
"Gila." Dia melulu keluar dari kereta bila Aidan sudah memarkirkan keretanya. Sudah tak sanggup dia melayan kelakuan Aidan ni.
"Cha Cha." Panggil Aidan yang menjengah keluarkan kepalanya dari cermin kereta.
'Huh.' Dia merengus kasar sebelum membalikkan badan memandang Aidan. "DAN DAN. Jangan panggil aku macam tu lagi ya." Ucapnya dengan senyuman palsu di bibir.
"Okay, Marsha. Awak, kalau Sha Sha?"
"Tak boleh."
"Kalau Sha je?"
"Boleh."
"Okay."
Sudahlah. Dia melanjutkan langkahnya.
"Awak."
"Apa lagi!?" Geram menatap wajah Aidan ni yang dari tadi tak berhenti bersenyum. Serasa mengejeknya yang jarang senyum.
"Nak nombor awak. Saya asyik lupa nak minta." Dia mendekati Marsha yang tidak jauh dari keretanya.
"Jangan chat kalau tak penting."
"Tengoklah."
"Janji dulu kau tak chat kalau tak penting, baru aku kasi nombor aku."
"Alah, tak mo lah janji macam tu. Nanti saya tak boleh chat saya rindu awak, macam mana?"
"Kau nampak aku kisah?"
"Yelah. Tak payah kasi. Nanti minta dekat mama Carla je lepas ni. Lepas tu, saya report awak tak nak kasi nombor awak."
"Kau nikan, memang nak menyakitkan hati aku."
"Awak nampak saya kisah?." Aidan mula meninggalkan Marsha yang hatinya disakiti dengan perangai Aidan.
Marsha berfikir, akankah terus begini kalau dia betul-betul terima perkahwinan antara dia dan Aidan? Sanggupkah dia melayan perangai macam tu sampai mati?
"Dan Dan."
Aidan berhenti lalu membalikkan badan.
"Sini, aku kasi nombor aku." Mendengar itu membuat Aidan sedikit tersenyum lalu berlari anak mendekati Marsha dan memberikan telefonnya.
"Awak tak takut nanti saya chat 'saya rindu awak'?"
"Huh. Tak apalah. Asalkan kau tak spam."
"Hehe, okay." Tangan kanan Marsha dibawa ke bibir untuk dikecup sebentar.
"Kenapa?"
"Sebenarnya nak cium pipi awak tapi janganlah, nanti awak makin tak selesa dengan saya."
Ternganga terkejut Marsha di sana. Seriuslah Aidan ni sebegini jujur? Untung tak banyak orang di dekat-dekat mereka.
"Okay, awak. Saya masuk dulu. Nanti kita balik sama-sama ae."
"Yelah."
Tanpa berlama-lama, Aidan dan Marsha masuk ke kelas mereka masing-masing.
Share this novel