"Korang. Cha Cha aku dah sampai." Amboi, sedap mulut dia je cakap 'Cha Cha aku' padahal Marsha tak pernah cakap dia terima Aidan.
"Oh, nilah Cha Cha yang kau selalu cakap tu. Patutlah tak nak move on, cantik rupanya." Tegur salah seorang kawan Aidan yang sudah duduk di sofa seperti mana yang dilihat seawal Marsha memasuki ruang tamu rumah.
Boleh dikira banyak jugalah kawan Aidan datang, ingatkan dua tiga orang macam tu rupanya sampai enam orang. Tengok dari penampilan, semua kemas tak ada yang selekeh gitu. Normal juga circle kawan Aidan ni.
"Aku je boleh panggil Cha Cha. Korang semua panggil, Marsha. Awak, ni semua classmates saya dekat U sebelum ni. So, harap awak selesalah dengan diorang."
Marsha sekedar memberikan senyuman sebelum ditarik Aidan untuk duduk di sebelahnya.
"Aidan, bagilah dia duduk sini. Kalau duduk dekat kau, mana dapat kitorang cerita-cerita." Kawan perempuan Aidan menegurnya, mungkin dia mahu bersapaan dengan Marsha.
"Awak nak duduk dengan diorang?" Dia maksudkan berdekatan dengan circle perempuan yang ada.
"Boleh juga tapi mama kau tengah buat apa?" Marsha perasan mama Aidan seakan sibuk di dalam dapur.
"Prepare something kot."
"Aku tengokkan sekejap."
"Okay."
Marsha mendatangi Mama Aidan yang seperti sibuk menyediakan minuman.
"Aunty."
"Eh, Cha. Kenapa? Nak apa-apa ke?"
"Takdelah, aunty. Saja nak tolong kalau ada nak ditolong."
"Tak payahlah, Cha. Nak siapkan minuman je."
"Aunty ada nak buat apa-apa lagi?"
"Nak goreng keropok ni je."
"Cha tolonglah."
"Tak payahlah. Pergi je duduk dekat sana."
"Nak tolong juga."
"Degillah, Cha ni."
"Bolehlah aunty."
"Kamu buatkan minuman, boleh? Aunty baru panaskan air nak buat hot chocolate."
"Boleh, aunty."
Teko yang transparan sudah tersedia di atas meja lalu Marsha menuangkan sukatan yang bersesuaian untuk membuat coklat panas yang dicampurkan dengan susu.
"Cha."
"Erm?"
"Aunty perasan, kamu selalu panggil aunty ni, 'aunty'. Padahal Aidan dah panggil mama kamu, Mama Carla. Kamu tak nak panggil aunty, Mama Esther?"
"Tak terbiasalah, aunty. Lagipun Aidan kan selalu jumpa mama Cha, Cha tak selalu jumpa aunty."
"Kamulah, tak nak datang sini."
"Seganlah aunty."
"Apa nak segannya? Kitakan nak jadi sekeluarga juga. Aunty pun nak juga rapat-rapat dengan bakal menantu aunty."
"Tengoklah macam mana, aunty."
"Cha, air dah mendidih tu."
"Oh, okay." Dapur gas dimatikan lalu mengangkat cerek untuk menuangkan air panas di dalam teko tadi. Digaul-gaul rata mencampurkan semua serbuk coklat sehingga sebati.
"Cha, kamu bawalah minuman tu ke depan. Nanti aunty bawakan biskut dengan keropok ni."
"Okay. Erm, aunty."
"Ya?"
"Kawan-kawan Aidan tu, aunty kenal ke?"
"Kenal. Diorang selalu study group dekat rumah sebelum ni."
"Circle Aidan macam okay je. Terus kenapa dia pindah sini?"
"Dia cakap nak rapat dengan kamu. Lagipun nanti, dia kena pindah sini juga nak sambung legasi perniagaan uncle kamu."
"Oh."
"Jangan risau, Cha. Aunty guarantee Aidan bukan dalam pergaulan yang tak elok."
"Okay, aunty."
Marsha meneruskan langkah menuju ke ruang tamu sambil memegang dulu berisikan teko dan beberapa cawan. Aidan lantas menyambut dulang tersebut sebaik saja Marhsa mendekati mereka, Aidan risau terjadi apa-apa pada Marsha bila melihat dulang yang agak berat.
Teko serta cawan dialihkan dari dulang lalu Marsha mengambil kembali dulang di tangan Aidan untuk kembali ke dapur.
"Awak ada nak ambil apa-apa lagi ke?"
"Ambil cawan lagi. Tak cukup lagi ni."
"Takpelah. Awak duduk, saya ambilkan."
"Tapi-"
"Duduk." Dia memaksa Marsha duduk di sebelah kawannya dan dia yang kembali ke dapur untuk mengambil cawan yang diperlukan.
"So, kaulah punca Aidan nak sangat pindah sini? Apalah yang dia terkejar sangat dekat kau ni? Bukannya cantik macam Miss Universe pun."
Wait!
Kenapa tiba-tiba perangai diorang macam berubah ni? Ke Marsha silap dengar?
"Kau mesti tak suka pun dengan Aidan kan? Acah baik konon. Kau sengajakan buat Aidan tu macam tergila-gilakan kau."
"Aku tak sangka Aidan sanggup tinggalkan kitorang demi kau ni je? Puihh! Buang masa."
Satu persatu dari mereka mengatakan sesuatu yang tidak sedap didengar di telinga Marsha.
"Wah. Tunjuk taring tapi tulah dekat belakang Aidan je. Cuba depan-depan, tak beranikan?"
"Kau nak berlagaklah ni?"
"Aku tak tahu apa punca korang tak suka Aidan pindah sini tapi suka hati Aidan-lah nak buat apa dia suka. Tak puas hati kenapa!"
"Awak, kenapa ni?" Risau pula Aidan melihat Marsha tiba-tiba sebegini marah. Bila dengan dia sekalipun, Marsha cuma sekadar marah-marah manja.
"Tanya kawan kau dan aku tak suka kawan kau, berani cari gaduh belakang kau je. Depan-depan, acah malaikat dengan aku." Marsha lantas membawa diri untuk pulang ke rumah, rugi saja dia datang ke sini.
"Apa korang dah cakap dengan dia?" Tanya Aidan dengan wajah yang tidak berpuas hati, sudah bagus Marsha mahu bersama mereka malah jadi begini.
"Kitorang tanya-tanya je. Dia yang over."
"Tanya pasal apa?"
"Pasal dia suka kau ke tidak. Kitorang risaulah juga kau dah effort sana sini, tiba-tiba dia tak sukapun dekat kau."
"Diorang pertikai kenapa kau pindah sini semata-mata Marsha tu." Untunglah ada seorang ni yang berani jujur tapi muka yang lain ada yang cuak dan menjeling.
"Aku dah cakapkan yang aku pindah sini bukan cuma sebab Marsha. Sebab papa aku juga. Apa yang korang masih tak faham?"
Share this novel