7: Sementara

Fanfiction Completed 47901

Fawwaz terjaga dari mimpi yang panjang. Dia asyik meraba di sebelah dalam mamai. Kosong. Telefon bimbit di atas meja di tepi katil dicapai. 8.15 pagi. Fawwaz bangun malas, masih mengharap Alianna ada di sebelahnya. Kenangan semalam masih segar di ingatan, dan tiba-tiba dia rasa bersalah.

Lama Fawwaz bersiram di bilik air. Bingung memikirkan bagaimana dia harus berhadapan dengan Alianna. Dia telah meragut kesucian isterinya itu, entah rela atau pun tak. Malam itu baru dia tahu, dialah orang pertama yang menyentuh Alianna.

Jadi benarlah Alianna tidak pernah tidur dengan mana-mana lelaki sebelum dia. 'Argh! buat apa kau nak rasa bersalah? dia isteri kau, hak kau.'

Fawwaz bersiap lekas untuk meninggalkan rumah itu. Dia masih belum kuasa hendak bertembung dengan gadis itu. Malu kah? Entah..

.
. .

Alianna termenung ketika sedang mencuci piring di sinki. Sarapan yang dibikin untuk Fawwaz langsung tak bersentuh. Lelaki itu bergegas keluar dari rumah tanpa sepatah bicara, meninggalkannya sendiri lagi. Habis sepah, madu dibuang. Beginikah rasanya?

Mata Alianna berkaca. Hairan mengapa dia masih mengharapkan Fawwaz untuk berbaik dengannya. Seingatnya dia hanya hamba lelaki itu. Mimpilah kalau Fawwaz akan melayannya seperti seorang isteri yang sebenar. 'Tabahlah wahai hati.'

.
.

Alianna, Alianna.
Seharian kerja Fawwaz terganggu dek asyik teringatkan isterinya. Sudah agak lama dia meninggalkan Alianna. Selama itu jugalah dia terus memikirkan gadis itu. Rindu? Ya, dia rindukan Alianna. Tambah lagi dengan rasa bersalahnya terhadap Alianna, semua bercampur baur.

Pintu pejabatnya diketuk dari luar. Kelibat Rasydan terlihat di sebalik dinding kaca.

"Masuk."

"Waz." Rasydan mengambil tempat di hadapan Fawwaz.

"Rasydan. Ada apa-apa perkembangan?" tanya Fawwaz penuh minat apabila melihat temannya itu menghulurkan sepucuk sampul surat bersaiz sederhana.

"Semua maklumat yang aku dapat ada dalam tu. Kau tengok lah nanti. Ada apa-apa lagi yang kau nak, bagitahu je aku." terang Rasydan.

"Thanks, Dan. Nanti aku nak mintak tolong sikit." Fawwaz mengangguk faham.

"Alright, anything. Anyway, kau okay ke dengan dia?" Rasydan bersandar pada kerusi. Bukan selalu dia berpeluang untuk bertanyakan soalan peribadi itu.

"Macam tu lah."

"Kenapa? pelik je kau ni. Ada masalah ke?"

"Aku dah lama tak balik sana." Fawwaz menjawab jujur.

"Aik, dah start rindu? bukan selalu berminggu-minggu jugak kau tinggalkan dia?" Rasydan sengih. Terusik jua Fawwaz dengan kata-kata Rasydan.

"Ah, kau tak faham." Fawwaz berdalih. Benarkah dia rindukan Alianna?

"Yelah, aku ni belum kahwin. Rindu orang dah kahwin ni lain macam, ye dak? Dah angau kot kau ni! Kau ada buat pape eh dengan dia?" usik Rasydan. Buruk benor muka Fawwaz ketika itu.

"Buat apa?" Fawwaz kurang mengerti.

"Alaa, buat tu.."

"Mende sial??"

"Tapi pelik la kalau kau tak tidur sekali dengan dia, korang kan suami isteri."

Fawwaz baru faham. Itu yang dimaksudkan Rasydan. Bongoknya Rasydan.

"Haii Fawwaz...dah laki orang kau ye. Jap lagi jadi bapak orang pulak."

Fawwaz terkedu. 'Bapak' ?? Dia lekas mencapai kunci kereta sebelum bangun dari situ.

"Hoi, nak gi ane?" tegur Rasydan. Pelik betul si Fawwaz ni!

"Hey, Fawwaz!" Alicia yang baru sahaja ingin masuk ke dalam pejabat itu hanya dipandang Fawwaz sekilas.

"Sorry, gotta go!" masam kelat wajah lelaki itu.

"Rasy, what happen?" Alicia bertanyakan Rasydan pula.

"Entah, ada hal kot."

"Alaa, baru je nak ajak you guys lunch." Alicia merengek kecil.

"Amboi, nak lunch dengan Fawwaz aje. Dengan i?" perli Rasydan. Dia tahu sangat yang si Alicia ni memang syok kat Fawwaz.

"Dah Fawwaz takde you je la teman i."

"Jom la." Rasydan ready aje.

"Pelik betul Fawwaz tu. Dah jarang lepak dengan kita sekarang." Alicia meluahkan rasa tak puas hati. Sebelum ini kemana-mana mereka selalu bertiga.

"Busy kot. Bukan you tak tahu kerja dia macam mana." Rasydan cuba berdalih. Alicia tidak boleh tahu bahawa Fawwaz sudah berkahwin. Itu janji dia dengan Fawwaz. Sesiapa pun tak boleh tahu.

"Sebelum ni dia busy boleh je dia keluar?"

"Sebelum ni sebab you suka paksa." seloroh Rasydan.

"Eii you ni, mana ada! Entah-entah dia dah ada girlfriend? You mesti tahu kan??" Alicia memandang Rasydan curiga.

"Kalau dah ada, i dah bagitahu. Masalahnya tak ada. Apa kata you tanya dia sendiri?" Rasydan mula naik rimas. Tak percaya cakap orang pulak minah ni.

"Ish, tak nak la. Nanti tak pasal-pasal i kena sound." Alicia mencebik. Dia tahu benar perangai Fawwaz. Mulut Fawwaz yang laser tu siapa je boleh tahan.

"Haa bagus, so mana kita nak makan hari ni Cik Alicia??"

"Tempat biasa je la. You drive." Alicia menghulurkan kunci kereta kepada Rasydan. Takda mood pula rasanya!

.
.

"Alianna!!" suara Fawwaz bergema di seluruh rumah.
"Alianna!!!"

"Alianna! Bukak pintu ni!" Fawwaz sudah tercegat si hadapan bilik Alianna.

Alianna yang sedang mengerekot di atas tilam bangun apabila pintu biliknya diketuk kuat. Sudahlah dia pening-pening sahaja sepanjang pagi itu. Semalam sahaja dia sudah muntah dua kali.

"Awak..kenapa-"

"Kau test ni sekarang!" Fawwaz mencampakkan plastik yang dibawa tadi ke arah Alianna. Dia mencekak pinggang melihat wajah Alianna yang pucat. Debarnya belum hilang.

Alianna menyambut plastik putih yang berisi pregnancy test kit bersama sekotak pil. 'Takkanlah..'

"Cepat la! Lembap la kau ni!" Fawwaz sudah menolak Alianna ke arah bilik air.

Alianna berlalu ke dalam tandas dengan gementar. Mahu sahaja dia menangis saat ini. Terketar-ketar dia memegang alat ujian hamil itu.

"Cepat Alianna!!" Fawwaz menengking sambil mundar-mandir.

Beberapa minit kemudian, Alianna keluar dari tandas.
"Bak sini." Fawwaz merampas pregnancy tester dari tangan Alianna. Alianna menahan sebak dalam diam.

Satu tanda. Negatif.

Fawwaz melepaskan keluhan berat sambil meraup mukanya. Syukur! Terlalu awal untuk dia jadi seorang 'bapak'.

"Makan ubat yang aku beli tu. Jangan skip langsung." tester dilempar kembali ke atas plastik ubat sebelum dia beredar dari situ.

Alianna terduduk di atas tilam. Air matanya jatuh tak semena-mena. Hanya semata kerana itu kah Fawwaz pulang ke rumah? Hanya untuk tahu bahawa dia selamat daripada mengandung?

Tidakkah lelaki itu mahu tahu tentang keadaannya ketika itu? Sihat kah? Sakit kah? Alianna teresak-esak di pembaringan. Sebenci itu Fawwaz terhadapnya. Tidakkah Fawwaz tahu bahawa dia rindu...

Fawwaz bersandar di dinding dekat bilik Alianna. Jelas kedengaran suara esakan Alianna dari luar. Bukan dia sengaja mahu berbuat demikian. Dia cuma belum bersedia. Layakkah dia menjadi seorang bapa? Dan Alianna sebagai ibu kepada anaknya? Dia sendiri tidak kenal pada isterinya. Asal usul Alianna. Entah baik, entah jahat. Tak mungkin...

'Alianna tak boleh mengandungkan anak kau, Fawwaz.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience