27: Bertaut kembali

Fanfiction Completed 47950

Fawwaz dan Alianna bersandar di kepala katil hampir setengah jam yang lalu, melayan karenah Wardeena yang masih belum tidur.

"Rindu mama dengan daddy tak?" Fawwaz bertanya kepada Wardeena di skrin tablet. Tatkala jauh Facetime menjadi medium perhubungan mereka.

"Rindu. Tapi esok Nek Mah nak bawak Deena jalan-jalan." Wardeena petah bercerita. Pastinya dia teruja tinggal bersama nenek-neneknya, memandangkan dia hanya satu-satunya cucu yang mereka ada.

"Deena jangan naughty tau duduk dengan nenek." pesan Alianna.

"Okey mama. Deena nak sleep dah"

"Ok, good night sayang daddy. Miss you."

"Good night mama good night daddy." sempat Wardeena melayangkan flying kiss yang mengundang tawa kecil dari Alianna dan Fawwaz.

"Night sayang. Bye." Alianna melambai sebelum talian video diputuskan.

"Mama pun nak sleep jugak?" usik Fawwaz pula sambil menggeliat.

"Tak lah nak berenang." Alianna menjawab dengan nada sindiran.

"Ooo nak berenang, sini jom kita berenang." Fawwaz sudah mula menggeletek pingang Alianna.

"Abang, jangan! ya Allah, geli la!" Alianna mengekek apabila leher dan telinganya pula menjadi sasaran. Puas dia menepis tangan Fawwaz namun makin kuat dia dikerjakan.

"Kata nak berenang, haa jom." Fawwaz puas hati apabila melihat Alianna sudah terbaring longlai di atas katil menahan geli.

"Gurau jela. Abang stop! Tak larat la.." Alianna mengeluh sambil menolak dada Fawwaz yang makim hampir. Dia buat dah!

"Betul ni gurau? kalau nak swimming boleh je, baru pukul 11 lebih ni. Kat bawah tu je swimming pool." Fawwaz menyelak anak rambut yang menutupi dahi Alianna.

"Lewat dah la. Orang main-main je." Alianna mengalihkan pandangan. Renungan Fawwaz yang satu ini boleh melemaskan dia bila-bila masa sahaja.

"Yelah sayang. Tidur lah." Fawwaz sempat mencubit pipi Alianna sebelum melepaskan wanita itu dari pelukan. Kalau lebih-lebih nanti teruk dia dicubit tangan isterinya yang macam ketam tu!

Alianna membetul kan posisi sebelum melabuhkan kepala di atas bantal. Fawwaz sudah pun baring menghadapnya. Bantal panjang diletakkan di tengah-tengah, supaya Alianna yakin untuk tidur dengannya malam ini.

"Lia."

"Apa?" tanya Alianna ketika dia turut menghadap Fawwaz yang sedari tadi merenungnya.

"I love you." Fawwaz kenyit mata sebelah. Hati Alianna berbunga-bunga, namun biarlah dia seorang sahaja tahu.

"Tahu..." jawab Alianna.

Fawwaz gelak kecil.

"You're so beautiful." bisiknya perlahan, matanya mulai memberat. Perlahan-lahan kelopak mata bertaut, sebelum dia ke alam mimpi.

Alianna senyum melihat Fawwaz yang sudah berdengkur. Batang hidung Fawwaz dicuit namun lelaki itu langsung tidak berganjak.

"Love abang jugak." tutur Alianna dalam tak sedar.

.
.

Pagi itu Fawwaz dan Alianna bangun awal bagi bagi mengerjakan solat subuh berjemaah.

Selesai sembahyang, doa pula dipanjatkan kepada yang Maha Esa. Doa supaya hubungan yang dibina semula ini sentiasa dalam jagaanNya, dan agar kasih sayang antara mereka suami isteri berpanjangan hingga ke syurga.

Usai itu, Alianna mencium tangan suaminya. Walaupun agak kekok, dia harus belajar membiasakan diri. Selesai melipat sejadah dan telekung, namanya dipanggil oleh Fawwaz.

"Lia..." Fawwaz mengambil tempat di birai katil. Ada sesuatu yang ingin dia bicarakan.

"Ada apa?" Alianna turut duduk di sisi Fawwaz.

Fawwaz mencapai jemari halus Alianna. Cincin pernikahan mereka yang masih setia tersarung di jari manis Alianna disentuh perlahan.

"Lia masih pakai cincin ni?"

Cincin nikah yang cukup ringkas, yang mengikat hubungan mereka yang pada awalnya atas dasar keterpaksaan.

"Lia tak pernah tanggalkan pun." Alianna membiarkan Fawwaz bermain-main dengan jarinya. Sejujurnya dia sangat sayangkan cincin itu. Hanya cincin itu yang menjadi pengubat rindunya kepada Fawwaz selama ini.

Hati Fawwaz bagaikan terhiris mendengar kata-kata Alianna. Wanita itu tidak pernah melupakan statusnya sebagai seorang isteri, walaupun bermacam tohmahan dilemparkan.

"Abang minta maaf." Fawwaz berbisik.

"Abang minta maaf atas segalanya yang abang dah buat dekat Lia."

Alianna masih diam namun dia turut membalas genggaman tangan Fawwaz.

"Kesalahan abang ni terlalu besar, dan berat untuk abang tanggung. Lepas kehilangan Lia, abang tak ada arah tuju. Hidup abang tak tenang. Abang rasa bersalah sangat..." tubir matanya bergenang.

"Abang sedar abang ni dayus. Abang tak pernah layan Lia sebagai seorang isteri dengan baik. Abang dah hina Lia, keluarga Lia.." esakan kecil Fawwaz dapat didengari. Dia sudah tidak kisah menangis di hadapan Alianna.

"Maafkan abang. Abang dah banyak sakitkan Lia." tangannya mengusap pipi Alianna. Pipi itu menjadi saksi betapa banyak wanita itu sudah menangis kerananya. Pipi itu juga yang pernah dia sakiti waktu dia dia tidak percayakan Alianna. Suami jenis apa yang sanggup menyakiti isteri sebegitu rupa?

"Shh... Lia dah maafkan abang." Alianna mengangguk sambil menahan air mata yang ingin jatuh. Tidak pernah dia melihat Fawwaz menangis begini.

Tangannya dibawa untuk menyapu air mata di pipi Fawwaz. Hatinya sudah lama terpujuk. Dia sedar dia terlalu sayangkan lelaki itu. Walaupun berkali-kali dia disakiti.

"Lia tak bencikan abang?"

"Lia cuba.. tapi Lia tetap tak boleh bencikan abang. Perasaan Lia masih sama macam dulu." Alianna menjawab jujur.

Fawwaz menarik Alianna ke dalam dakapan. Dia sudah tidak dapat mengawal tangisnya. Alianna mengeratkan lagi pelukan. Sungguh dia masih sayangkan Fawwaz.

"Jangan tinggalkan abang lagi please.... abang sayangkan Lia. Abang tak nak kehilangan Lia lagi.. I'm so sorry.."

"Lia pun minta maaf sebab lari dari abang. Abang pun jangan marah Lia lagi tau." Alianna turut tersenyum dalam tangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience