3: Terkurung

Fanfiction Completed 47901

Alianna memasukkan baju kotor ke dalam bakul yang dikelek. Hanya beberapa helai baju milik Fawwaz yang ditinggalkan tak bercuci di bilik.

Bukan setiap hari Fawwaz pulang ke rumah itu. Entah ke mana dia bermalam. Mungkin di tempat lain, atau rumah ibu. Fawwaz kan banyak rumah. Setahunya, lelaki itu memiliki sebuah lagi apartment peribadi. Tak hairanlah, suaminya tu orang berduit. Dia hanya menumpang.

Selesai mengemaskan master bedroom milik Fawwaz, Alianna turun ke aras bawah rumah, ingin menjenguk biliknya pula.

Sebuah bilik yang agak kecil, hanya beberapa langkah sahaja untuk ke dapur. Bilik yang kebiasaannya milik pembantu rumah, sesuailah dengannya. Cuma punya sebuah katil, almari kecil dan meja solek. Tanpa tingkap.

Awal-awal lagi Fawwaz sudah memberi amaran. Dia hanya boleh masuk ke master bedroom untuk kerja-kerja pembersihan atau ketika diarahkan tuan punya badan. Selebihnya, tempatnya hanya di bilik kecil itu. Dia tidak kisah, asalkan ada tempat berteduh.

Hampir tiga hari juga Fawwaz sudah tidak pulang ke rumah. Alianna risau juga, tapi tidak tahu bagaimana hendak dihubungi suaminya itu. Sepanjang mereka berkahwin pun, dia tidak ada menyimpan nombor telefon Fawwaz.

Sedang dia termenung di ruangan laundry, bunyi pintu rumah mengejutkannya. Barangkali Fawwaz yang datang. Tapi jam baru menunjukkan jam 11 pagi. Takkan dia tidak masuk kerja hari ini?

Alianna bergegas ke arah Fawwaz yang baru masuk ke dalam rumah. Fawwaz dengan riaknya yang tidak berperasaan, menanggalkan stokin yang dipakai dan dilempar berdekatan pintu masuk.

"Encik nak minum?" Alianna menyambut pula kot yang dihulur Fawwaz.

"Tak payah." Fawwaz meregangkan tali leher sebelum menanggalkannya.
"Nanti aku nak lunch terus." langkahnya diteruskan ke bilik.

Penat pula dirasakan hari ini. Mana taknya, hampir pukul 3 baru dia pulang lepas melepak dengan Rasydan. Kini teman baiknya itu sudah mengetahui akan perkahwinan rahsianya dengan Alianna. Ah, dia mana boleh berahsia dengan Rasydan. Hampir sepuluh tahun mereka bersahabat. Rasydan la tempat dia bercerita.

Hari ini dia terpanggil untuk pulang ke rumah itu. Dah dua malam dia tinggalkan Alianna sendiri. Bimbang ke dia? Entah lah. Takut juga kalau gadis itu diapa-apakan, zaman sekarang macam-macam perkara boleh terjadi. Lagipun, kalau pulang ke sini, dia akan dilayan bagai raja. Ada orang masakkan, tak payah dia susah fikirkan lagi.

.
. .

Selesai menyiapkan makan tengah hari, Alianna naik ke bilik Fawwaz, ingin mengejutkan lelaki itu. Bahagian yang paling dia gerun.

Pintu bilik Fawwaz diketuk kecil setelah berkira-kira sendiri. Tiada sahutan. Alianna menepuk dahi. Malas benar dia nak menghadap Fawwaz. Kalau ketuk kuat, nanti dia dimarahi pula. Sedang dia membebel sendiri, pintu dihadapannya terbuka.

"Kau pahal?" tegur Fawwaz, dengan riak masam yang biasa.

"Lunch dah siap, encik." terkejut juga Alianna dibuatnya, tiba-tiba Fawwaz tercegat di muka pintu.

Fawwaz turun ke bawah tanpa menghiraukan Alianna. Dia dah lapar!

Alianna memandang Fawwaz makan dengan bersungguh. Sedap sangatkah masakan dia atau memang Fawwaz tengah lapar? Dah lah dia tak dibenarkan makan sekali. Kata Fawwaz, Alianna perlu duduk di meja untuk melayannya, bukan untuk makan sekali.

"Air." pinta Fawwaz. Alianna bangun lalu menghulurkan jus oren yang sudah tersedia.

"Air masak. Tak nak air manis." dalih Fawwaz. Sengaja dia mahu banyak songeh.

Alianna bangun untuk mengambil air masak yang dipinta. Dalam hati dia siap membebel. Tabahlah dia melayani Fawwaz yang sememangnya cerewet dan 'bossy' itu.

Selesai melayan Fawwaz di meja makan, lelaki itu menghilangkan diri. Merokok di luar rumah barangkali.

"Alianna!" Fawwaz memanggil Alianna dari luar.

Alianna muncul di tepi Fawwaz yang sedang berlunjur di sebuah bangku, berhadapan dengan sebuah taman kecil.

"Ya encik."

"Duduk." Fawwaz membetulkan duduk seraya menyedut rokok yang berbaki.

"Dekat sikit." katanya lagi. Alianna mengesot menghampiri Fawwaz tanpa banyak tanya.

"Macam mana duduk rumah aku? Selesa?" Fawwaz sekadar tanya, menyindir.

"Asalkan ada tempat tinggal, saya dah bersyukur..."

"Kau kena ingat, kalau nak free duduk sini kau kena ikut cakap aku. Kalau tak, aku hantar kau balik je-"

"Jangan encik, saya mohon." Alianna menunduk risau.

"By the way, macam mana kau boleh datang KL ni? Kau ingat senang nak cari kerja kat sini? Setakat jadi pelacur okay la." Fawwaz memandang sinis Alianna, sengaja dia menghembus asap rokoknya di hadapan muka gadis itu. Sehabis itu, puntung rokok ditenyeh ke dalam bekas yang tersedia.

"S-saya kena tipu. Sumpah saya bukan pelacur. Saya datang cari kerja halal." Alianna masih mahu mempertahankan diri. Dia tidak sekotor yang Fawwaz fikir.

"Halal konon. Lurus betul kau eh? Simpan je angan-angan kau. Sebab kerja kau sekarang....jadi hamba aku." Fawwaz mendekati Alianna yang mulai keresahan.

"Aku boleh bayar kau berkali ganda dari bapak ayam kat luar sana..." Tangan Fawwaz sudah merayap masuk kedalam baju t-shirt lengan panjang yang dipakai Alianna.

Mukanya sengaja didekatkan dengan Alianna, hingga hidung mereka berlaga. Mahu sahaja dia terkam gadis itu. Memang itu yang bermain di fikiran Fawwaz. Dengan Alianna dia bebas ingin melakukan apa sahaja. Hubungan mereka sah di sisi agama. Alianna hak mutlak dia.

"Jangan..encik..." muka Alianna merah padam. Tangan Fawwaz semakin menjalar ke bahagian atas.

Mata Alianna mulai berair. Kedudukannya pula dikepung kemas oleh lelaki itu. Dia cuba menghentikan tangan Fawwaz namun tak berjaya. Alianna membuang pandang, tidak mahu membayangkan apa yang akan terjadi.

"Shh...aku tak suka kau panggil aku encik." Entah mengapa, Fawwaz tidak suka dipanggil begitu. Macam di pejabat pula berencik.

Sebelum tangan Fawwaz ingin singgah ke bahagian dada Alianna, telefon bimbit yang disimpan di dalam kocek seluarnya berbunyi.

"Shit." Fawwaz menyumpah sebelum bangun dari situ untuk menjawab panggilan. Terbantut pula niatnya.

Alianna melepaskan nafas lega. Sesak dadanya dengan sentuhan Fawwaz. Air yang bertakung di tubir mata diseka dan dia lekas bangun dari situ. Memang gila betul suaminya!

Fawwaz menjeling tajam sambil berbual di telefon. Tak apa, lain kali Alianna takkan terlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience