21: Pujuk

Fanfiction Completed 47901

Fawwaz bertekad untuk ke rumah isterinya lagi kali ini. Biar apa pun terjadi, dia tetap akan memenangi hati Alianna sekali lagi.

Sesampainya di rumah Alianna, dia disambut Mak Esah. Panjang lebar dia menceritakan hal sebenar yang terjadi. Biarlah orang tua itu tahu bahawa dia benar-benar menyesal akan segala perbuatannya.

"Sewaktu mengandungkan Wardeena, Lia alahan memang teruk. Kadang-kadang sampai lembik dia muntah-muntah. Mungkin sebab kali pertama mengandung. Kadang-kadang dia tak tidur malam. Kalau ibu gosokkan belakang dia baru dia boleh tidur." jelas Mak Esah. Fawwaz hanya setia mendengar.

"Lahir je Deena, ada nurse lelaki yang azankan. Syukur, Deena lahir dengan sihat." Fawwaz dapat rasakan tubir matanya basah.

"Lepas beberapa bulan, kami pindah ke sini. Lia nak bina hidup baru. Ibu tak kisah. Ibu cuma nak dia bahagia. Ibu tak kisah apa orang kampung nak cakap terhadap kami. Ibu percayakan Lia. Tapi Lia tetap nak pergi dari kampung tu."

Fawwaz menyeka pantas air mata yang baru ingin menitis. Mengingatkan apa yang telah dia lakukan kepada Alianna buatnya rasa terpukul.

"Fawwaz minta ampun, bu. Fawwaz takda masa Lia perlukan Fawwaz." Fawwaz menunduk sugul.

"Ibu dah maafkan Fawwaz. Ibu cuma harapkan Fawwaz takkan sia-siakan Lia lagi. Ibu tahu dia masih sayangkan Fawwaz. Deena pun perlukan Fawwaz."

"Fawwaz cuma minta ibu percayakan Fawwaz. Izinkan Fawwaz untuk jaga Lia dengan Deena, bu." pinta Fawwaz di hadapan Mak Esah. Dia beruntung mempunyai ibu mertua yang memahami.

"Fawwaz pujuklah Lia..."

Hari itu Fawwaz mengikuti Mak Esah untuk menjemput Wardeena dari tadika. Seronok benar anak kecil itu apabila melihat Fawwaz. Fawwaz pula asyik menuruti karenah Wardeena.

"Terima kasih uncle!" ucap Wardeena sambil leka menjilat aiskrim di tepi sliding door rumah.

"Sama-sama. Saya tanya sikit boleh?" Fawwaz cuba mengumpan Wardeena. Sudah lama pendam soalan itu, dan inilah masa yang tepat memandangkan Wardeena hanya mengangguk.

"Nama penuh Deena apa?" tanya Fawwaz.

"Nur Wardeena binti Muhamad Fawwaz" jawab Wardeena lancar.

.
.

Alianna hairan melihat ada kereta yang tak dikenali di perkarangan rumahnya. Ada tetamukah?

"Assalamualaikum." Alianna memberi salam sebelum masuk ke rumah, namun tak dijawab.

Suara gelak tawa Wardeena dari arah ruang tamu mungkin menandakan bahawa seisi rumah sedang ada di sana.

"Assa-" baru sahaja dia mahu menyapa, Alianna terdiam seketika.

"Mama dah balik!" Wardeena yang sedang bermain dengan Fawwaz di atas karpet meluru ke arah mamanya.

"Assalamualaikum, Lia." ucap Fawwaz. Alianna menjawab salam di dalam hati.

Fawwaz senyum melihat Wardeena berpelukan dengan Alianna. Dia juga teringin membuat perkara yang sama.

"Lia.." Mak Esah muncul dari ruang tamu, membawa makanan.

"Apa dia buat kat sini, bu?" kata Alianna sambil berbisik ke arah Mak Esah.

"Duduklah dulu. Dia nak sangat bercakap dengan Lia." pujuk Mak Esah.

.
.

"Nak apa?" Alianna berpeluk tubuh sambil duduk di kerusi batu di luar rumah.

"Nak pujuk awak." Fawwaz mengambil tempat di sebelah Alianna. Betul-betul rapat dengan kedudukan isterinya itu.

"Tepi sikit boleh tak?" Alianna berdecit perlahan. Tubuhnya mengensot menjauhi Fawwaz. Jual mahal!

"Nak pujuk kena dekat-dekat." gurau Fawwaz. Sengaja dia makin menghampiri Alianna.

"Kalau awak tak nak cakap saya masuk dalam." ugut Alianna. Sudah lama tak berdua-duaan begitu dengan Fawwaz, dia jadi kekok.

"Ok, ok fine. Sorry." Fawwaz mengalah.

Wajah Alianna dipandang lama. Semakin berseri, terubat rindu yang menggunung terhadap Alianna selama ini. Dia rindu melihat senyum di wajah itu.

"Lia apa khabar?" Fawwaz meneruskan bicara setelah hampir beberapa saat mereka diam.

"Ok je." jawab Alianna sepatah.

"Lama saya cari Lia.. empat tahun. Selama empat tahun tu la hidup saya tak tenang." luah Fawwaz.

"Buat apa awak cari saya. Tak perlu susah-susah. Saya boleh hidup sendiri." sindir Alianna. Setiap kali teringat akan tragedi empat tahun lalu, luka lamanya ibarat berdarah kembali.

"Tapi saya tak boleh. Saya tak boleh hidup sendiri. Saya sedar yang saya perlukan Lia." ego Fawwaz yang selama ini setinggi langit runtuh. Hanya kerana wanita itu seorang.

"Untuk apa? untuk puaskan nafsu awak? untuk awak hina saya? tu je kan guna saya dalam hidup awak?"

"Lia..saya minta maaf. Saya silap. Saya banyak hina awak, saya tahu."

"Saya dah cakap saya maafkan awak. Apa lagi yang awak nak?"

"Saya nak awak, saya nak Deena, saya nak kita sekeluarga bersatu balik. Saya nak tebus kesilapan saya, Lia."

"Senangnya awak cakap? Nak bersatu balik? Saya dah besarkan Deena selama ni, semua susah payah saya tanggung sendiri, lepas tu awak nak ambil dia? No way. Awak balik jela Fawwaz."

"Alianna, give me another chance. Deena perlukan kita. Saya perlukan awak." Fawwaz tidak puas hati.

"Peluang apa? awak tak pernah bagi saya peluang pun untuk bela diri saya sendiri. Lupa ke macam mana awak dah halau saya? saya takkan lupa tu, Fawwaz. Sekarang saya cuma minta awak pergi dengan cara baik. Tu je."

Wardeena menyaksikan ketegangan diantara Alianna dan Fawwaz, namun dia tidak mengerti apa yang terjadi. Mak Esah lantas membawanya pergi. Perdebatan antara Alianna dan Fawwaz bagaikan tiada penghujung.

.
.

"Jom tidur." Alianna menyelimutkan Wardeena yang sudah berbaring di atas katil.

"Mama, nanti Deena nak pergi jalan-jalan." kata Deena sambil menenyeh mata yang sudah mulai berat.

"Boleh sayang. Nanti mama bawak Deeena jalan-jalan." Alianna mengusap rambut Wardeena.

"Uncle dah janji nak bawak Deena."

"Tak payah pergi dengan uncle. Mama kan ada." Alianna mengeluh kecil. Wardeena asyik menyebut tentang Fawwaz. Takkanlah Fawwaz rajin hendak melayan karenah Wardeena.

"Uncle cakap nak belikan barbie yang Deena nak tu." kata Wardeena lagi.

"Tak payah minta apa-apa dengan dia. Lepas ni mama tak nak bagi dah Deena keluar dengan dia."

Wardeena merengek apabila dinasihati.

"Nak barbieee..."

"Kalau nak barbie tidur dulu. Baru nanti mama belikan. Boleh?"

"Boleh." Wardeena mengangguk sambil matanya terpejam. Beberapa saat selepas itu dia terus lena.

'Apalah yang buat Deena suka sangat dekat Fawwaz.'

Alianna termenung memandang siling. Matanya tidak mahu pejam langsung. Puas dia berkalih tidur. Wajah Fawwaz pula yang bermain-main di fikiran.

Kenapa dia masih fikirkan lelaki itu? Padahal Fawwaz adalah sebahagian dari mimpi buruknya. Tapi kenapa dia masih sahaja teringatkan kata-kata Fawwaz siang tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience