9: Terikat

Fanfiction Completed 47950

Fawwaz buat tak dengar pertanyaan Alianna. Dia sendiri tiada jawapan untuk itu.

"Awak bukan sukakan saya pun. Saya banyak menyusahkan awak. Kenapa awak masih nak simpan saya?" Alianna bertanya lagi. Dia tidak kisah sekiranya dimarahi, memang dia mahu tahu. Penat juga jadi tunggul dalam rumah itu.

"Diam lah." Fawwaz masih setia menonton tv walaupun perkataan Alianna dia sedang hadam satu-persatu.

"Perkahwinan ni satu kesilapan. Saya tak kisah kalau awak nak lepaskan saya. Saya faham. Saya janji tak akan ganggu awak lagi." Alianna tunduk pula bermain dengan jari. Benarkah dia rela dilepaskan?

"Baik kau diam je." balas Fawwaz. Tak suka apabila Alianna membangkitkan topik itu.

"Saya boleh jelaskan dekat ibu kalau awak nak. Saya sanggup kena marah. Saya tahu awak terpaksa kan?" Alianna mencuba nasib lagi. Fawwaz diam.

"Awak..saya cakap dengan awak ni." Alianna memintal kecil hujung bantal kusyen yang dipeluk Fawwaz. Memang meminta betul Alianna ni.

"Fawwaz.." panggil Alianna lagi.

"Kalau awak ceraikan saya--" Satu ciuman melekat di bibir Alianna. Terlopong matanya sebentar. Terus dia diam.

"Haa...Nak kena kiss baru reti diam? Gatal kau ni eh?" Fawwaz membelai rambut panjang Alianna. Seronok dia melihat wajah Alianna mematung. Padan muka!

"Dengar sini, Alianna sayang. Aku ni suami kau. Aku nak simpan ke, nak buang ke, suka hati aku la. Lagipun kau terhutang budi dengan aku. Aku boleh je nak jual kau dekat bapak ayam. Tapi aku tak sejahat tu. So kau lupakan je niat kau tu. Sebab aku memang takkan lepaskan kau. Kau faham?" Fawwaz bermain dengan rambut Alianna. Salah satu bahagian tubuh gadis itu yang dia sukai. Haruman rambut Alianna, membangkitkan keinginan dia.
"Faham tak?" Dagu Alianna dipaut, mencari anak mata gadis itu.

"Faham.." Alianna menjawab pendek. Menyesal dia bertanyakan soalan tadi.

"Good. Tugas kau cuma jadi isteri yang ikut cakap suami. Senang kan? Hmm?"

Alianna mengangguk terpaksa. Dahinya dicium Fawwaz lembut. Entah jin mana pulak yang meyampuk suaminya itu. Tadi bukan main marah.

"Jom tidur. Dah lama aku tak bermanja dengan kau." Alianna ditarik kemas ke dalam pelukannya. Dah mula dah...

.
.

"Serabuk la nate ni!" Rasydan menyumpah dalam loghat Kelantannya. Dari tadi si Alicia tak henti-henti menghantar whatsapp.

"Asal??" Fawwaz gelak melihat gelagat Rasydan. Jarang bahasa Kelantan mamat tu keluar.

"Alicia la. Tak habis-habis tanya pasal kau." Rasydan menggaru kepala pula.

"Kau ingat aku pesan, Dan. Jangan sampai bocor rahsia." Fawwaz mengingatkan Rasydan lagi sekali.

"Tahulah. Tapi sampai bila kau nak rahsiakan benda ni, Waz? Bagitahu jela kat Alicia, baru dia stop kacau kau, stop kacau aku. Tenang sikit hidup aku ni." bebel Rasydan.

"Malas lah. Nanti kalau dia tahu, habis semua orang tahu. Macam kau tak kenal mulut tempayan tu."

"Bagus apa. Benda baik elok kita hebahkan. Ke kau niat nak pasang lagi satu?"

"Benda baik? kahwin sebab kena tangkap khalwat kau kata benda baik?" Fawwaz membuang pandang. Boleh jatuh reputasi dia kalau satu Malaysia tahu.

"At least kahwin kan? Takda la orang ingat kau ni bujang terlajak. Pedulikanlah cakap-cakap orang tu."

Fawwaz diam selanjutnya. Alicia pula kini menambah sakit kepalanya. Perempuan tu memang menyusahkan. Tak tahulah pula selama mereka berkawan, Alicia ada perasaan terhadapnya. Sedangkan dia hanya menggangap Alicia tidak lebih dari seorang teman.

"Hoi, berangan pulak!" Rasydan menepuk meja. Megi goreng yang bersisa disuap habis ke dalam mulut.

"Kau dah buat ke apa aku suruh semalam?" Fawwaz menukar topik.

"Hantar duit dekat makcik tu, tulis surat konon-konon dari Alianna? Setel." Rasydan menyedut pula milo ais. Kacang je tugas yang diberikan Fawwaz.

"Bagus." Fawwaz berpuas hati. Rasydan memang boleh harap.

"Tapi tak takut kantoi ke? Pelik-pelik betul idea kau ye?"

"Aku tahu la apa aku buat."

Fawwaz belum bersedia melepaskan Alianna. Hal ibu Alianna di kampung pandai-pandai la dia uruskan. Lagipun orang tua itu tidak tahu apa-apa.

Fawwaz masih mencari-cari alasan untuk terus menyimpan Alianna. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Egokah dia kalau menafikan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap Alianna? Sehari tidak melihat wajah gadis itu dia tak senang duduk.

.
.

Alianna meletakkan kek coklat moist yang telah disediakan dari petang tadi di atas meja makan. Hari ini hari lahirnya, teringin pula dia makan kek coklat. Buat sendiri, makan sendiri pun jadilah. Bukan susah pun.

Sepotong kek diambil dan diletakkan di atas piring. Garpu sudah sedia di tangan. Satu suap.. "Emmm... sedapnya."

"Hoi, apa yang sedap?!" Piring di tangan Alianna hampir tercampak dek suara garau itu. Kenapa pula lelaki itu pulang ke sini hari ini?

"Ish, hati-hati sikit la. Ingat murah ke barang dalam rumah ni?" Fawwaz sempat menyambut tangan Alianna.

"Awak! Lain kali bagi la salam!" Alianna mengurut dada. Semput!

"Suka hati aku la! Kau makan apa ni? Bak sini sikit." Fawwaz yang masih berbaju kemeja mengambil tempat berdekatan Alianna sambil menghulur pinggan.

Alianna memotong sepotong lagi kek coklat untuk Fawwaz. Harap-harap lelaki itu tak komplen la.

"Mana kau dapat ni?" Penuh mulut Fawwaz.

"Err...saya buat sendiri." takut-takut Alianna mengaku.

"Ye ke kau buat? boleh percaya ke kau ni?"

"Ye la. Kenapa? tak sedap?"

"Boleh la. Asal kau rajin sangat nak baking?" Fawwaz masih belum berhenti menyuap.

"Saje.." Alianna beralasan. Mestilah Fawwaz tak tahu hari ni hari apa.

"Saje, menghabiskan barang dapur? saje habiskan duit aku?" usik Fawwaz. Alianna sudah tarik muncung.

"Takdelah." Alianna buat tak endah perlian Fawwaz. Dia dah kalih.

"Dah tu, cakap je la. Susah ke apa aku tanya ni?" nada suara Fawwaz sudah berubah, satu-satunya cara untuk menarik perhatian Alianna.

"Hari ni hari jadi saya.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience