8: Halangan

Fanfiction Completed 47901

Fawwaz memandang lagi jambangan bunga yang berada di tempat duduk di sebelahnya. Entah mimpi apa dia hari ini. Tak sabar-sabar dia mahu bertemu Alianna. Rasydan dah seronok membahan dia dari pagi tadi. Belum pernah seorang Fawwaz memberi bunga kepada mana-mana wanita sebelum ini.

Alianna membelek bosan majalah di tangan. Dia bagaikan boleh mati kebosanan dalam rumah besar itu. Sudah berbulan dia tidak keluar. Teringin juga dia keluar berjalan-jalan seperti orang lain. Malangnya, jangan harap dia diizinkan.

Barang-barang keperluan di rumah itu pun selalunya dihantar oleh orang yang telah diupah khas oleh Fawwaz. Tinggal pesan sahaja. Memang tiada alasan untuk dia meninggalkan rumah.

Alianna mengeluh, badannya dibaringkan di atas sofa panjang. Dia termenung memandang siling. Saban hari itu sahaja rutinnya. Tak menarik langsung.

'Kalau aku lari dari rumah ni?'
'Tak mungkin.'
Bukannya dia tidak tahu, mata-mata Fawwaz sedia memerhati di luar sana. 'Jangan cari penyakit, Alianna.'

'Telefon ibu?' lagilah idea yang gila. Apa yang harus dia jelaskan ke ibu? Bukannya ibu tidak pernah melarang dia pergi.
'Ya Tuhan, kau lindungilah ibu.'

.
.

Fawwaz masuk ke dalam rumah berhati-hati. Hairan kenapa rumahnya tak berkunci. Kemudian dia terlihat kelibat Alianna yang sedang tidur pulas di sofa.

Jambangan bunga diletakkan dia atas meja berhampiran sofa. Fawwaz melutut mencari wajah Alianna. Gadis itu hanya berpakaian t-shirt lengan pendek berwarna putih dan berkain batik. Cukup untuk mengundang suatu getaran yang hebat ke jiwa Fawwaz. Bila fikirkan Alianna, sekejap dia marah, sekejap dia rindu. Apa jenis perasaan ini? 'Apa kau dah buat kat aku ni, Alianna?'

Lama Fawwaz merenung segenap wajah Alianna. Anak rambut yang jatuh di dahi Alianna diselak perlahan, mengundang gerak kecil dari Alianna. Matanya yang berat dicelikkan jua.

"Awak..." Alianna terkejut besar melihat Fawwaz begitu hampir dengan wajahnya.

"Kau memang sengaja biarkan rumah tak berkunci kan? nak suruh pencuri masuk? pastu rogol kau?" marah Fawwaz. Malu kalau kantoi dia memerhati gadis itu tidur dari tadi.

"Saya terlupa. Tak sedar saya tertidur sampai petang. Maaf." Alianna menunduk walau jauh di sudut hatinya mahu sahaja dia menatap wajah yang dia nanti itu.

"Maaf, maaf. Tu je la yang kau tahu. Pesan banyak kali pun tak guna!" puas dia melihat dahi Alianna berkerut dimarahi. Manja.

Kali ini Alianna diam. Berbalas lidah dengan Fawwaz tak akan membuahkan hasil. Matanya lebih tertumpu kepada jambangan bunga diatas meja.

"Intai apa?! Ambik la kalau nak. Aku salah beli. Dah la, malas layan kau!" Fawwaz bangun untuk naik ke bilik. Malu pula dia mahu memberi bunga itu sendiri kepada Alianna. Geli membayangkan senario itu.

Alianna kebingungan. Salah beli? Ada ke orang sengaja salah beli bunga? Dia menggaru kepala, hilang sahaja Fawwaz dari pandangan bunga itu diambil. Alianna senyum sendiri. Alangkah romantis kalau dia mendapat bunga itu dari Fawwaz, dengan ucapan manis-manis...

.
.

Fawwaz berjalan perlahan di belakang Alianna yang sedang menyediakan bahan masakan. Sudah lama dia tidak merasa air tangan si isteri, mulalah dia mengada minta masakkan spaghetti.

"Buat apa tu!!!" Fawwaz menyergah Alianna dari belakang.

"Buat apa tu, bulan?!! bulan buat apa tu? eh eh!! awakk!!" Alianna melatah. Mahu terkeluar jantung dia si situ.
"Bahaya lah! saya tengah guna pisau ni!" omel Alianna. Cari pasal betullah si Fawwaz.

"Kenapa? nak tikam aku ke? senang sikit aku mati awal, kau boleh rampas semua harta aku. Nak sangat jadi janda?" Tebak Fawwaz tanpa berlapik.

"Mana ada.." Alianna tarik muncung. Kenapa Fawwaz cakap pasal janda? Memang lelaki itu ada niatkan untuk melepaskan dia?

"Yelah tu. Bukan boleh percaya kau ni." Fawwaz berpeluk tubuh di tepi Alianna.

"Kalau saya nak tikam awak dah lama saya buat." Alianna membalas perlahan, berharap Fawwaz tidak mendengar.

"Apa kau cakap? kuat sikit, tak dengar la!" Fawwaz menghampiri Alianna, mahu dicubit mulut berani itu.

"Takda apalah." Alianna kelam kabut, terlepas cakap pula. Pisau sudah terlepas dari tangan.

"Aku dengar apa kau cakap, ulang lagi sekali" Kedua belah lengan Alianna sudah dalam genggaman Fawwaz.

"Sorry, sorry. Saya gurau je..awak." Alianna cuba mengelak bertentangan mata dengan Fawwaz.

"Mulut kau ni, kalau tak menjawab memang tak sah kan? aku cium karang nak?!"

Alianna menggeleng sambil menekup mulut, namun laju sahaja tangannya dihalang oleh Fawwaz. Hampir sahaja bibir mereka bersentuhan, deringan telefon bimbit Fawwaz mengganggu. 'Sial mana pulak kali ni!' Fawwaz menyumpah dalam hati.

Nama tertera di skrin telefon dipandang sekilas sebelum panggilan dijawab.

"Yes, Alicia. What's up?"

"Dah lama kita tak lepak sekali. Jom la, club yang biasa."

"Sorry, i busy. Lain kali je la, or call Rasydan. Gotta go. Bye!"

"Faw-- ish, fuck!" Alicia mendengus marah apabila talian diputuskan. Dari petang tadi dia mengekori Fawwaz, membawanya ke sebuah rumah banglo yang cukup tersembunyi.

Kereta Fawwaz masih setia di hadapan rumah itu, sehingga malam. Alicia ingin tahu apa yang Fawwaz lakukan di rumah itu. Tak keluar-keluar langsung! Pelawaannya juga ditolak mentah-mentah. Apa yang seronok sangat dalam rumah besar itu? Dia simpan betina ke dalam tu?

Rasydan..mesti lelaki itu tahu. Jangan-jangan ada yang mereka berdua sembunyikan dari dia. Tak guna punya jantan! Siaplah kalau dia dapat tahu.

.
. .

Kopi panas yang diminta Fawwaz dibawa ke ruang tamu. Lelaki itu sedang enak berlunjur si sofa sambil menonton televisyen.

"Duduk." arah Fawwaz sambil dia membetulkan duduknya. Kopi yang dibawa Alianna disisip sedikit.

Alianna mangambil tempat di sebelah Fawwaz. Dia memerhati sahaja Fawwaz sedang minum, sambil menunggu arahan seterusnya. Macam biasa.

"Tak pernah jumpa lelaki handsome ke?" tanya Fawwaz dengan riak serius. Terganggu pula dengan renungan Alianna.

Alianna menggeleng kecil. Matanya dialihkan ke tempat lain. Banyak bunyi pula Fawwaz ni.

"Mak kau tinggal kat Kajang kan?" Fawwaz memulakan perbualan. Dia berjaya menarik perhatian Alianna apabila gadis itu tiba-tiba mendekatinya.

"Macam mana awak tahu?"

"Adalah. Bukan susah pun nak tahu."

"Awak ada jumpa ibu saya? Awak ada apa-apakan dia?" tanya Alianna ragu. Tak tercapai dek akalnya apa yang boleh Fawwaz lakukan. Lelaki itu memang di luar jangkaan.

"Kau ingat aku jahat macam kau? Mak kau elok je kat kampung tanpa kau. Ada anak pun macam tak ada anak. Tak boleh harap." sindir Fawwaz selamba.

"Saya nak jumpa ibu.."

"Tak payah. Duduk je sini diam-diam. Nak suruh satu kampung tahu yang kau kena tangkap basah? Kau memang nak malukan mak kau?"

Hati Alianna terguris kecil. Benar kata Fawwaz, bagaimana dia boleh lupa akan kejadian hitam itu. Kalau orang kampung tahu, mana mahu letak muka ibunya. Dia hanya reti menconteng arang ke muka ibu sendiri.

"Nak nangis lah tu. Takde keje lain." Fawwaz sedar akan perubahan wajah Alianna. Jarang dia melihat gadis itu senyum sejak mereka tinggal sebumbung. 'Padan muka, siapa suruh banyak menyusahkan aku.'

"Kenapa awak kurung saya..." Alianna termenung memandang suatu sudut. Lama dia pendam persoalan itu. Akhirnya malam ni mulutnya terbuka jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience