10: Tentang rasa

Fanfiction Completed 47901

"Kita nak pergi mana?" Alianna bertanya kurang sabar. Gembira akhirnya dia dapat keluar dari rumah itu setelah sekian lamanya.

"Mana-mana je la. Tadi cakap tak kesah sangat." Fawwaz sedang khusyuk memandu.

Dia sembunyi senyum melihat gelagat Alianna. Kasihan apabila teringatkan lama isterinya itu tidak melihat dunia luar. Dari rumah tadi Alianna tak henti memandang ke arah luar cermin kereta.

"Tak kesah lah, asalkan dapat keluar." Alianna senyum memandang Fawwaz. Fawwaz berdehem kecil. 'Janganlah senyum macam tu Alianna..'

Sampai di sebuah restoran kecil di pinggir bandar, Fawwaz memberhentikan kereta.

Alianna menjenguk ke arah restoran, tidaklah ramai mana. Huh, ingatkan Fawwaz hendak bawa dia pergi makan tempat-tempat mewah. Hampeh.

"Apasal buat muka? Turun." Fawwaz melepaskan seatbelt sebelum melangkah keluar dari perut kereta.

"Ingatkan nak gi mana.." Alianna mengumam sendiri.

"Kau ingat aku nak bawak kau gi mana? hotel? Mimpi ke? Pakai pun macam nak gi pasar..." perli Fawwaz walaupun dia hanya bergurau.

"Dah ini je yang saya ada." terasa namun Alianna malas mahu fikirkan. Kalau mengeluh depan Fawwaz memang parah dia dikenakan balik.

"Kau memang tak boleh kalau tak menjawab eh? Dah, duduk." Fawwaz mengambil tempat di sebuah meja agak terpencil.

Sentap pula mendengar keluhan Alianna. Memang dia tak pernah mewahkan Alianna sebagaimana suami lain. Belikan pakaian? Memang tak pernah. Lagipun Alianna tak pernah meminta, walaupun pakaian yang dipakai gadis itu kebanyakkannya sudah lusuh.

"Awak!" Alianna menyentuh lengan Fawwaz. Terkejut dia dibuatnya.

"Pahal?" Fawwaz sedar dari lamunan.

"Order lah awak." Pelayan restoran sudah tercegat di antara mereka.

"Bawa awek bang, malam ni?" pelayan itu menegur sambil senyum-senyum.

"Ha, Paan. Macam biasa la, buat dua ye." Fawwaz memesan.

"Orait, siap boss!" pelayan dipanggil Paan itu menulis sesuatu di kertas sebelum beredar.

"Awak dah biasa datang sini ke?" Alianna bertanya.

"Kau ingat aku makan tempat mahal-mahal je ke?"

"Yelah, mana tahu"

"Hari ni birthday kau yang keberapa tahun?" Fawwaz memulakan bicara.

"Dua puluh lapan."
Fawwaz mengangguk kecil. Muda empat tahun darinya. Baru hari ini dia tahu. Apa jenis suami tu tak tahu umur isteri?

"Kau ada adik beradik lain?"

"Dulu saya ada adik perempuan, tapi dia meninggal masa bayi." Alianna membuka cerita.

"Ayah kau?"

"Ayah saya dah takde. Meninggal sakit jantung waktu saya umur 6 tahun." Alianna bercerita tenang.

"Kenapa kau boleh ada kat kelab tu malam tu?" Fawwaz berpeluk tubuh sambil memandang Alianna tepat.

"Saya datang sebab tawaran rakan sekampung. Dia cakap ada jawatan kosong sebagai pelayan. Saya ikut, tanpa bagitahu ibu. Saya tak sanggup menyusahkan ibu. Hasil jual kuih dekat kampung tu tak mampu nak sara kami berdua. Sebab tu saya ambil keputusan untuk cari kerja lain. Biar ibu tak perlu tanggung saya. Lagipun tak banyak kerja saya boleh buat. Belajar pun setakat SPM je." Alianna senyum kelat.

"Sumpah saya tak ada niat nak perangkap awak. Saya cuma terpaksa cari tempat berlindung." tambahnya lagi. Bergenang tubir matanya mengingatkan tragedi itu.

"Kenapa kau mabuk waktu tu?" Fawwaz memandang wajah sayu Alianna. Hatinya sedikit tersentuh. Jujur dia tidak sanggup melihat gadis itu menangis. Dia rasa bersalah.

"Saya..saya dipaksa minum. Saya tak pernah sentuh benda tu, demi Allah." Air mata Alianna begitu murah saat ini. Dia sudah sehabis jujur terhadap Fawwaz.

"Saya tahu susah untuk awak percaya. Saya tak paksa. Cuma saya nak terima kasih untuk malam tu. Saya tak mungkin dapat balas budi awak." Alianna mengesat air matanya. Senang betul dia menangis di hadapan Fawwaz.

"Shh...sini." Fawwaz menarik Alianna ke dalam dakapan. Entah apa yang mendorong dia berbuat demikian. Alianna pula hanya membiarkan.

"Aku percayakan kau. Dah, jangan nangis." Kepala Alianna diusap lembut. Dia yakin gadis itu jujur. Mungkin penilaian dia selama ini yang salah.

Alicia mendengus keras melihat aksi di hadapannya ketika ini. Perempuan mana pula yang dipeluk Fawwaz ketika itu? Melihatkan cara berpakaian, tidaklah istimewa langsung. Di tempat tersembunyi begini lagi. Apa hubungan mereka?
"Patutlah diam je. Kau ada simpan betina rupanya, Fawwaz."

.
.

Alianna menyidai pakaian yang berbaki dalam bakul sambil menjenguk ke arah luar rumah beberapa kali. Dari pagi tadi ada sebuah kereta hitam berlegar-legar di hadapan rumah. Runsing juga dibuatnya, mahu sahaja dia menelefon Fawwaz untuk pulang segera.

"Alianna.." panggil Fawwaz sesampai sahaja dia di rumah. Mimpi apa gadis itu menelefonnya.

"Awak." Alianna menyambut kepulangan Fawwaz sambil meninjau lagi ke luar.

"Asal ni? tak pernah-pernah kau telefon aku suruh balik." Fawwaz membuang kot yang dipakai.
"Rindu aku ke hmm?" Fawwaz sudah menarik pinggang Alianna. Ulat bulu dah naik daun!

"Eh..takk. Tadi ada kereta hitam asyik berlegar depan rumah. Saya takut, sebab tu saya call awak." Alianna menahan dada Fawwaz yang kian merapat.

"Kereta mana pulak. Kereta apa?" Fawwaz bertanya acuh tak acuh, barangkali kereta yang Alianna lihat adalah milik mata-mata upahannya.

"Alaa, saya tak tahu tu kereta apa." Alianna menggaru kepala yang tak gatal.

"Orang lain kut. Kau je yang perasan. Takde pun tadi aku tengok."

"Tadi masa awak tak datang lagi dia ada."

"Orang sesat kut. Dah la tak payah fikir sangat. Ni." Fawwaz mengangkat sebuah beg kertas kecil dan dihulurkan ke arah Alianna.

"Apa ni?" Alianna teragak-agak mahu mengambil.

"Ambik la dulu, bukak."

Alianna menyambut pemberian Fawwaz. Isi beg kertas diintai sebelum barang itu dikeluarkan. Sebiji kotak biru baldu.

"Apa ni awak-"

"Bukak."

Alianna membuka kotak biru itu, sekalung rantai perak yang dihiasi sebiji charm berbentuk hati. Ringkas tapi cukup mewah dan cantik.

"Untuk saya?" Alianna bagai kehilangan kata. Seumur hidupnya belum pernah mendapat hadiah semahal itu.

"Takkan untuk isteri aku yang lain pulak. Meh aku pakaikan." Fawwaz mengambil rantai tersebut dan memakaikannya kepada Alianna.

"Cantik sangat ni awak, mesti mahal kan." Alianna belum puas meneliti kalung itu.

"Happy birthday. Tu je aku mampu. Tak kaya macam yang kau sangkakan." seloroh Fawwaz. Dah terbiasa memerli gadis itu.

"Saya tak layak terima hadiah mahal ni."

"Aku tahu kau tak mintak pun. Tapi kau layak. Maaf tak pernah belikan kau apa-apa sebelum ni." Fawwaz memandang wajah ceria Alianna. Bahagia bila melihat gadis itu tersenyum. Bagaikan dah jatuh cinta.

"Terima kasih awak." Alianna menguntum senyum lagi. Pasti merah muka dia saat ini.

"Sama-sama sayang." Fawwaz membalas dalam tak sedar. Tangan Alianna ditarik ke dalam pelukan sebelum sebuah kucupan dihadiahkan ke dahinya.

Bila tersedar, Fawwaz cepat-cepat meleraikan pelukan dan mencapai semula kotnya. Kalau terus melayan perasaan takut dia tak jadi masuk ofis!

"Pergi dulu. Kunci rumah. Jangan keluar." Fawwaz memesan sebelum dia masuk ke kereta laju. Tebal rasa mukanya tadi. Sejak bila seorang Fawwaz jadi sebaik itu.

"Ok." Alianna menjawab sepatah. Bagaikan berbunga segenap taman hatinya dengan perlakuan Fawwaz tadi.

Kenapalah lelaki itu tidak seromantik tadi sepanjang masa? Masih tak sedarkah Fawwaz bahawa dia telah mula jatuh hati? Ah, benarkah apa yang dia rasa itu? Salahkah dia sukakan Fawwaz? Salahkah dia jatuh cinta dengan suami sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience