1: Aturan

Fanfiction Completed 47901

Alianna berlari bagai orang gila melewati bilik-bilik gelap di dalam kelab itu. Kepalanya dirasakan berpinar dek kerana penangan arak yang dipaksa minum oleh sekumpulan manusia berhati syaitan tadi. Matanya semakin kabur tatkala dia sudah di hadapan pintu keluar kelab.

Ramai yang sedang bersuka ria, tak kurang juga yang sedang mabuk. Gelak tawa manusia di sekelilingnya sudah tidak dihiraukan. Dia cuma mahu berambus dari tempat kotor itu. Alianna menarik pintu masuk sekuat hati, dan merempuh orang-orang yang baru ingin memasuki ruangan itu. Dia tercari-cari arah untuk melarikan diri.

Fawwaz menghembus asap dari rokok yang sudah tinggal separuh. Matanya sibuk meneliti sesuatu di telefon bimbit. 'Bodoh, janji pukul 10. Sial punya melayu.' getusnya dalam hati.

Malam itu sepatutnya dia bersenang-senang di kelab malam seperti yang sudah dirancang bersama teman baik. Sudahnya, tidak muncul pula si Rasydan. Fawwaz memandang kosong beberapa pasangan muda yang sedang berpelukan masuk ke kelab. Fikirannya menerawang lagi. Baru sahaja dia ingin beredar dari situ, tiba-tiba bunyi pintu keretanya dibuka dari bahagian sebelah penumpang. Seorang gadis yang kelihatan tidak terurus meloloskan diri ke dalam keretanya.

"Hoi! Kau ni sapa?! Wei perempuan!" Fawwaz menjerkah gadis yang sedang ketakutan itu. Dari mana pula datang perempuan pelik ni! Dah la bau arak kuat melekat di tubuh perempuan itu. Ah, habislah kereta dia.

Alianna menyembunyikan diri di sebalik kereta Fawwaz yang bercermin gelap, hanya itu satu-satunya cara yang dia dapat fikirkan. Lantaklah dia dijerkah pun, dia cuma ingin tumpang bersembunyi.

"Encik, tolong encikkk... Saya cuma nak tumpang sembunyi, tolonggg. Pleasee encik, tolong saya.!! Saya merayu sangat.." Alianna merintih.

Fawwaz mendengus keras, baru dia perasan sekumpulan orang kanan tauke kelab itu sedang melilau-lilau mencari sesuatu di depan kelab.

Sah-sah perempuan di dalam kereta dia ini yang sedang dicari. Dia terkejut ketika lengannya digenggam oleh Alianna. Gadis itu menangis ketakutan sambil meletakkan jari di mulut tanda dia ingin lelaki itu diam.

Fawwaz mencerlung tajam sebelum merenggut tangannya dari pegangan Alianna. Suis kereta dihidupkan.

.
. .

"Keluar." Fawwaz mengarahkan Alianna untuk turun dari keretanya. Memang sengaja dia berhenti di kawasan jalan raya yang lengang itu. Biar padan muka gadis aneh ini.

"Encik.. Ni tempat apa? Encik, jangan tinggalkan saya kat sini encik tolong saya.." Alianna, kepalanya sudah tidak dapat berfikir dengan lurus. Yang pasti, tempat itu gelap dan dia tidak mahu ditinggalkan di situ.

"Hei, pompuan! Kau tiba-tiba masuk kereta aku lepas tu kau nak banyak songeh pulak? Kau untung aku dah selamatkan kau  tadi tau? Kau keluar sekarang!" Fawwaz mencengkam erat lengan Alianna hingga dia terjerit kecil.

"Encik, sakittt! Encik tolong jangan tinggalkan saya encik. Saya tak ada tempat nak pergi encik. Saya..saya datang sini nak cari kerja encik.. Tolonglah.." Alianna semakin memegang tangan Fawwaz yang menolaknya. Dia sudah tiada daya. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

"Sial, kau lepas tangan aku! Eh, aku tak kenal kau la, gila. Kau pelacur kan? Kau kerja pelacur? Kau jangan menyusahkan aku lah perempuan sundal! Kau keluar!!" Fawwaz semakin mendorong Alianna menjauhinya. Dia hampir hilang sabar.

"Cik tolonglah, lindungi saya cik..." Alianna merayu. Kalau disuruh melutut pun dia sanggup ketika ini. Hanya Fawwaz tempat dia meminta tolong.

'Tok tok tok'

Cermin kereta diturunkan apabila muncul kelibat empat orang dewasa bersongkok yang melihat mereka dari luar. Seorang daripadanya menyuluhkan torchlight ke dalam kereta.

"Assalamualaikum. Kami dari badan pencegah maksiat. Tolong buka pintu ni encik."

.
. .

Fawwaz tertunduk bengang. Hari itu buat pertama kalinya, emak angkat yang dianggap seperti ibu kandungnya sendiri meninggikan suara terhadapnya. Marah ibu bukan kepalang bila mendapat tahu berita Fawwaz ditangkap khalwat bersama seorang perempuan misteri. Kecewa, marah dan malu bercampur baur. Tidak sangka anak yang ditatang penuh kasih dari usia tiga tahun itu berani bertindak sedemikian.

"Ibu tetap dengan keputusan ibu. Fawwaz kena bertanggungjawab atas perbuatan Fawwaz." Rahimah bertegas. Dia tidak mahu berita tidak enak tentang Fawwaz diketahui umum. Terutamanya ibu kandung Fawwaz.

"Bu, tolonglah. Fawwaz tak kenal perempuan jijik ni!" suara Fawwaz bergema di segenap penjuru rumah, cukup untuk membuat Alianna yang setia mematung dari tadi terkejut.

"Tak kenal tapi macam mana dia boleh ada dalam kereta kamu?! Jangan berdalih, Fawwaz. Ibu tetap nak Fawwaz kahwin dengan dia! Atau Fawwaz nak mama tahu pasal ni?" Rahimah terpaksa mengugut dengan menimbulkan soal ibu kandung Fawwaz.

Dia tahu betapa Fawwaz tersepit di kala ini. Tetapi hanya itu jalan yang dapat dia fikirkan. Bukannya dia tidak tahu Fawwaz sering ke kelab malam itu. Segala kata-kata orang selama ini dia diamkan. Kerana dia yakin, Fawwaz tidak mungkin akan melakukan perbuatan keji di belakangnya.

"No, ibu please. Please jangan bagitahu mama. Takkan tak ada cara lain, bu. Fawwaz betul-betul tak kenal dia ni!" matanya dicerlung ke arah Alianna yang hanya menekur memandang lantai. Pandangan Fawwaz ke arahnya terlalu tajam, dia tidak berani membalas.

Rahimah tidak menjawab. Tanda dia tetap dengan pendiriannya. Fawwaz meraup rambut yang memanjang ke belakang. Dengusan kerasnya dapat didengari. Tahulah kepada siapa amarahnya itu akan dihamburkan. Kalau diikutkan mahu sahaja dia mencaci Alianna di situ, tetapi bila diingatkan syarat Rahimah, dia tahan sebal di dada.

'Jaga kau lepas ni, perempuan sundal!'

.

Alianna POV

"Aku terima nikahnya, Alianna binti Baharuddin dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai."

Lafaz keramat itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Ya, aku kini isteri orang. Seorang lelaki yang aku langsung tidak kenali. Sekelip mata hidupku berubah. Aku ke sini untuk mencari kerja.

Mungkin silap aku juga, aku lari dari masalah. Aku lari meninggalkan ibu yang jauh di kampung. Aku kira dapatlah aku mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami. Namun ini pula yang terjadi. Aku tak sangka boleh ditipu oleh sebuah agensi pekerjaan. Kalau aku tidak lari, mungkin sekarang aku jadi pelacur. Syukur, Allah lindungi aku dari perbuatan terkutuk itu.

Suamiku?
Yang aku tahu hanya namanya. Muhamad Fawwaz bin Abdullah. Dari selepas 'nikah koboi' tadi hingga sekarang, kami belum bercakap sepatah pun. Hanya Fawwaz dan ibunya yang berbincang dari tadi. Aku hanya menurut. Aku sedar aku cuma orang asing bagi mereka. Yang datangnya entah dari mana-mana.

Aku bersedia atas apa jua hukuman yang akan aku terima. Aku terhutang budi kepada suamiku sendiri. Aku redha dengan perkahwinan ini. Biarlah sebenci mana pun Fawwaz kepada aku, aku tidak kisah. Jalan hidup aku selepas ini, biarlah Tuhan yang tentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience