18: Jejak

Fanfiction Completed 47901

Empat tahun kemudian....

Lamunan Fawwaz terhenti tatkala pintu pejabat diketuk. Rasydan masuk dan duduk di kerusi di hadapannya.

"Jauh menung?" tegur Rasydan.

"Takdelah." jawab Fawwaz tenang.

"Kau okay?" Rasydan bertanya lagi.

Fawwaz di hadapannya ini berbeza daripada Fawwaz yang dahulu dia kenal. Tidak lagi pemarah seperti dahulu, Fawwaz yang kini lebih bersikap tenang dan tidak banyak bicara.

Rasydan sendiri manjadi saksi betapa Fawwaz kemurungan setelah apa yang terjadi dalam hidupnya kebelakangan ini.

"Okay je." Fawwaz membalas pendek. Termenung sudah menjadi tabiat kebiasaannya. Macam-macam yang bermain di fikiran. Dia tahu orang sekeliling turut naik risau.

"So jadi tak plan aku tu? Aku dah book siap-siap dengan pak su aku ni. Jadi kan?" Rasydan menukar topik.

"Biar betul kau ni?"

"Betul la. Kau dah lama tak bercuti kan? Pergilah jalan-jalan cuci mata. Takde la kau terperuk je dalam ofis ni. Aku pun dah naik stress tengok kau."

"Tak menyusahkan kau ke?" Fawwaz gelak kecil.

"Takde lah. Kat resort tu nanti cantik tau. Boleh la kau tenangkan fikiran tu. Yang lain aku boleh setel kan."

"Yelah. Nanti aku ikut." Fawwaz mengalah.

Sejak kebelakangan ini rutin hidupnya tidak menarik mana. Bagaikan mayat hidup. Pergi kerja, balik kerja. Langsung tiada mood ingin bersosial seperti dahulu.

Kehilangan Alianna masih berbekas di hati, dan tak mungkin dia akan berhenti mencari gadis itu. Dia bagaikan hilang semangat hidup sejak Alianna tiada. Sunyi yang amat di rasakan tiap kali dia pulang ke rumah. Tiada yang menyambutnya seperti selalu.

.
.

Sesampainya Fawwaz ke resort Indah Nian milik bapa saudara Rasydan, dia disambut mesra. Resort itu pula terletak di tepi pantai, selesai sahaja check in bilik Fawwaz terus ke situ.

Petang itu tenang dan menyamankan. Melihat keindahan pantai yang bersih sedikit sebanyak mengubat duka di hati Fawwaz. Terserempak pula dengan sebuah keluarga yang sedang bergelak tawa agak jauh dari tempatnya. Fawwaz senyum kelat melihat telatah anak kecil yang bermain air bersama si bapa.

Entah apa nasib anak dan isterinya pula. Fawwaz mengenang kebodohan diri. Suami macam apa yang menghalau isteri yang sedang hamil dari rumah? Ke mana agaknya Alianna mencari tempat berteduh hari itu?

.
.

"Kau ada nak beli pape lagi ke?" tanya Rasydan. Mimpi apa lah si Fawwaz mengajaknya datang ke pasar malam berdekatan dengan resort itu.

"Dah cukup kot ni. Lagipun aku makan sorang." boleh tahan banyak juga barang yang sudah dibeli.

"Eh jap, aku nak beli apam balik. Ada orang kirim. Kau tunggu sini je la dulu, nanti aku datang balik." Rasydan meninggalkan Fawwaz setelah lelaki itu hanya mengangguk.

Fawwaz berdiri sambil bermain dengan telefon bimbit di sebalik gerai jualan. Sesekali matanya melilau melihat orang yang tak putus-putus berkunjung ke situ.

Sedang dia ralit memerhati sekeliling, matanya tertancap kepada seorang wanita berbaju hitam yang sedang berdiri di sebuah gerai menjual sayur-sayuran.

Fawwaz bagaikan terpukau, kakinya sudah menapak ke arah figura itu. Jantungnya berdegup kencang ketika wanita itu sudah mula beredar dari tempat tadi. Fawwaz mengharungi lautan manusia yang semakin padat itu.

Semakin dia mengejar, semakin cepat wanita itu hilang dari pandangan. Sekelip mata sahaja, bayang tadi lenyap. Fawwaz terpinga-pinga di antara orang ramai. Dia jadi tak tentu hala.

Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Fawwaz berpaling tubuh.

"Kau nak gi ane ni?" Rasydan sudah di hadapan Fawwaz. Dari tadi dia mencari kelibat Fawwaz.

"Dan.. aku cari orang." Fawwaz masih melihat-lihat orang di situ.

"Kau cari sape ni?"

"Alianna. Aku nampak Alianna tadi, Dan!"

"Alianna? bini kau? mana kau nampak dia?" Rasydan turut mencari.

"Tadi. Tadi dia ada. Aku nampak dia kat gerai tu tadi. Aku cuba kejar dia."

"Betul ke kau ni? Salah orang kut." jangan-jangan Fawwaz ni terlalu rindukan Alianna sampai orang lain pun dia ingat bini dia.

"Betul. Aku nampak dari belakang, sebiji macam dia."

"Dari belakang je kot sama. Takkan dia ada kat sini? lagipun ramai orang ni kalau nak cari." Rasydan melihat wajah kecewa Fawwaz, dia turut bersimpati.

"Aku memang rasa tu dia. Instinct aku kuat tadi." Fawwaz meraup mukanya. Tak mungkin dia salah orang.

"Nanti lah, camni. Nanti aku suruh orang cari dia area daerah ni. Mana tahu kot kot jumpa. Tak pun aku minta tolong pak su aku tanyakan kat orang sini." Rasydan meraih bahu Fawwaz.

"Boleh gak tu. Thanks Rasydan." Fawwaz bersemangat kembali.

Dia yakin matanya tak silap. Alianna sayang...

Sedang mereka lepak makan di sebuah cafe di resort, Fawwaz berfikir-fikir sendiri.

"Dan, bila lagi ada pasar malam tu?" Fawwaz bertanya.

"Hari sabtu ni ada lagi. Kau ada rancangan eh?" Dia tahu Fawwaz sedang merencanakan sesuatu.

"Haah. Aku ingat aku nak pergi lagi la hari Sabtu ni. Mana tahu boleh jumpa dia?"

"Kau yakin ke? Betul tak silap tengok?"

"Aku yakin. Persaan aku ni kuat mengatakan yang itu Alianna." terang Fawwaz bersungguh.

"Ok la kalau kau dah cakap macam tu. Harap-harap kau jumpa la dia. Nanti kalau nak aku tolong pape bagitahu je." Rasydan hanya mampu memberi sokongan dari jauh.

"Thanks, Dan. Kau dah banyak tolong aku." luah Fawwaz. Syukur dikurniakan sahabat yang memahami.

"Takde hal la. Yang penting kau jumpa anak bini kau."

Fawwaz mengangguk tekad. Dia takkan henti mencari mereka.

.
.

Awal petang lagi Fawwaz sudah menunggu di tempat pasar malam yang sama. Jauh dari dalam kereta dia memerhatikan gerai sayur yang dikunjungi wanita yang dicarinya tempoh hari.

Dalam jam 6 lebih, Fawwaz masih setia menunggu. Lama sebelum muncul wanita yang sama. Fawwaz menjerit dalam kereta. "Alianna!"

Fawwaz bergegas keluar dari kereta dan menuju ke gerai itu. Benar gerak hatinya selama ini. Wanita bertudung biru gelap itu tak lain tak bukan insan yang telah lama dirinduinya.

Melihat Alianna yang sudah mahu membayar, semakin laju langkah kaki Fawwaz. Dia tidak mahu kehilangan wanita itu lagi. Ketika Alianna sudah mula menapak, Fawwaz lekas menghampiri dari belakang dan tangan wanita itu dicapai.

Terketar-ketar bibirnya ingin menyebut nama itu.

"Alianna..."

p/s: Hello gais! Apa pendapat korang tentang cerita ni setakat ni? kalau ada cadangan boleh la komen kat bawah. I love reading your comments :) komen banyak-banyak untuk update seterusnya okieesss, thanks for reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience