24: Pulang

Fanfiction Completed 47901

Alianna tersedar apabila tangannya disentuh Fawwaz.

"Saya betul-betul nak keluarga kita bersatu balik. Saya sanggup buat apa saja untuk dapatkan Lia dengan Deena balik."

Alianna mencari kebenaran dalam kata-kata Fawwaz. Walaupun dia cuba bertentangan mata dengan Fawwaz, dia tidak mampu. Tangannya dilarikan perlahan. Tiada jawapan diberikan. Fawwaz mengerti.

"Daddy!" panggil Wardeena dari kejauhan. Fawwaz segera angkat punggung.

Alianna melihat kemesraan antara Wardeena dan Fawwaz. Sejujurnya dia senang melihat Wardeena memanggil Fawwaz 'daddy'. Sudah lama dia impikan Wardeena mendapat kasih sayang dari seorang bapa. Cuma untuk hatinya terbuka semula menerima Fawwaz, dia perlukan masa.

.
.

Fawwaz menghantar puterinya ke bilik tidur setelah jam menginjak ke pukul 10. Wardeena sudah beberapa kali menguap sebelum menuju ke katil.

"Daddy esok datang lagi?" tanya Wardeena.

"Okey. Kalau mama bagi daddy datang, daddy datang la." ujar Fawwaz sambil menyelimutkan Wardeena.

"Nanti Deena bagitahu mama."

"Bagitahu apa?" Alianna muncul di muka pintu sambil berpeluk tubuh.

"Mama, esok daddy nak datang lagi. Boleh la mama.." pujuk Wardeena.

Alianna diam sejenak sambil berjalan ke arah katil. Fawwaz turut menunggu jawapan darinya.

"Hmm...okey la." Alianna duduk di sisi katil. Dari ekor matanya dia melihat Fawwaz senyum lebar.

"Okey! Mama dengan daddy pergi la sleep." kata Wardeena.

"Alright. Sleep sorang la daddy malam ni." usik Fawwaz.

"Mama? tak teman daddy sleep?" Wardeena bertanya dengan riak tak bersalah. Alianna sudah menjeling Fawwaz di sebelah.

"Daddy boleh sleep sorang. Dah, lewat ni. Tidur." Alianna mencium dahi Wardeena seperti selalu.

"Good night baby. Esok daddy datang lagi." Fawwaz turut melakukan perkara yang sama.

"Good night daddy, good night mama."

Alianna menghantar Fawwaz ke luar rumah. Kasihan pula lelaki itu perlu pulang lewat malam. Dia memang tidak menafikan kesungguhan lelaki itu.

"Thanks for today." ucap Fawwaz sebelum pulang.

"Thanks jugak bawak Deena jalan-jalan." balas Alianna.

"Err..Lia. Ibu kirim salam. Dia nak sangat jumpa Lia. Rindu katanya..."

Alianna baru teringatkan Rahimah. Sudah lama benar mereka tidak berjumpa.

"Waalaikumusalam."

"Kalau Lia nak, saya boleh bawak Lia ke KL.." pancing Fawwaz. Sebenarnya dia mahu membawa Alianna pulang ke rumah mereka. Namun dia tahu perkara itu tidak mudah.

"Err...saya sibuk. Kena kerja." Alianna memberi alasan.

"It's okay. Bila-bila Lia nak pergi Lia bagitahu je. Lagipun saya nak kenalkan Lia dengan mama."

"Hah? hmm...nanti lah." nak menolak dia tidak sampai hati.

"Okey. Saya balik dulu. Jumpa esok."

Alianna hanya mengangguk. Dia masih kekok.

"Good night, Lia. Love you." ucap Fawwaz sebelum beredar.

Mata Alianna membulat. Panas seluruh mukanya. Fawwaz senyum sambil melangkah pergi. Buang tebiat! Dia pun pelik mengapa laju sahaja perkataan itu meluncur keluar dari mulutnya. Parah ni...

Hilang sahaja kelibat Fawwaz, Alianna lekas masuk ke dalam rumah. Dadanya masih rancak berirama. Perasaan lama itu hadir kembali. Adakah lelaki itu benar-benar ikhlas mengungkapkan perkataan tadi?

.
.

Alianna termenung di ruang tamu. Masih terfikirkan nasihat ibu pagi tadi. Patutkah dia ke Kuala Lumpur? Patutkah dia berjumpa dengan ibu kandung Fawwaz? Bagaimana pula penerimaan ibunya terhadap dia dan Wardeena? Fawwaz pula tak henti-henti memujuknya... ya Allah, bantu aku.

Petang itu, Fawwaz menghantar Wardeena pulang seperti biasa. Alianna pula mengumpul segala kekuatan untuk berbicara tentang hala tuju hubungan mereka.

"Ibu awak apa khabar?" Alianna menghulur secawan kopi yang telah disediakan.

"Sihat. Cuma dia banyak tanya pasal Lia. Banyak kali jugak dia nak ikut saya datang. Tapi saya takut Lia belum sedia." Fawwaz menghirup sedikit kopi yang masih panas. Terimbau pula kenangan lama.

"Kopi Lia masih sedap macam dulu." komen Fawwaz. Alianna sudah tersipu malu. Dia memang masih ingat kopi itu merupakan kegemaran Fawwaz.

"Bila mama awak balik sini?" cepat-cepat dia alihkan perhatian Fawwaz.

"Dah lama. Sebelum Lia pergi mama dah balik Malaysia. Maaf sebab tak beritahu Lia."

"Mama tahu pasal saya?" Alianna masih bimbang akan mama Fawwaz.

"Tahu. Sepatutnya saya tak rahsiakan Lia dari pengetahuan mama. Silap saya." Fawwaz akui.

"Mama terlalu baik orangnya. Mula-mula memang dia marah. Tapi lama-lama dia dah maafkan saya. Lia nak jumpa mama?" Fawwaz bertanya lagi.

"Saya takut..." jawab Alianna jujur.

"Tak perlu takut. Saya ada. Ibu dengan mama memang dah lama nak jumpa Lia dengan Deena. Please.. ikut saya balik KL?"

Alianna memang selalu kalah dengan pujuk rayu Fawwaz. Walaupun dia takut, mulutnya terlalu berat untuk menolak permintaan Fawwaz.

"Tengoklah macam mana."

"Sayang, please..." Fawwaz sudah merayu. Perempuan mana yang tak cair dengan perkataan 'sayang'?

"Mengada..." Alianna menahan malu apabila dipanggil begitu.

"Kali ni je saya nak mengada. Bukan selalu." balas Fawwaz. Senyum herot dihadiahkan kepada Alianna pula. Gatal!

"Jangan senyum macam tu boleh tak?"

"Kenapa? awak tergoda?" usik Fawwaz. Bukannya dia tidak perasan akan wajah Alianna yang sudah malu-malu kucing itu.

"Mana ada! tolong sikit."

"So, Lia nak ikut ke tak? Deena dah tak sabar nak jumpa nenek-nenek dia tu." kali ini Wardeena pula sebagai umpan.

"Awak nak bagitahu Deena?"

"Yup." Alianna menggeleng kepala. Takkanlah dia hendak menolak pula.

"Hmm...fine."

"Yesss" Fawwaz menjerit kesenangan.

"Jangan takut okay? apa-apa saya ada. I'll fix everything for you. Saya yang buat salah. So saya yang kena betulkan keadaan. Cukuplah Lia ada disisi saya." Fawwaz memberi jaminan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience