4: Rela

Fanfiction Completed 47901

Alianna's POV

Hari ini suamiku hanya duduk di rumah. Barangkali dia tidak berniat untuk masuk pejabat. Lagipun dia kan boss. Dia boleh buat apa saja yang dia mahu. Memang perangainya begitu. Dia suka mengarah, dan tidak suka jika arahannya diingkari.

Aku pula hanya 'pak turut'. Mana berani aku hendak melawan cakap Fawwaz. Silap-silap, mati aku dikerjakan. Tapi aku yakin, Fawwaz ada sisi lembutnya. Mungkin dia baran kerana dia tidak sukakan aku.

Walaupun kedengaran mustahil untuk Fawwaz melayan aku sebagai seorang isteri yang sebenar-benarnya, aku tak henti berdoa agar hatinya lembut. Supaya dia tak marah-marah aku, maki-hamun aku. Walau seteruk mana pun Fawwaz melayan aku, dia tetap seorang suami. Seorang yang wajib aku patuhi. Dan aku sayangi. Soalnya, mampukah aku sayangkan suamiku ini?

.
.

"Hoi! berangan je keje!" sergah Fawwaz dari ruang balkoni ketika Alianna sedang menyiram pokok bunga yang ditanam di luar rumah. Segalanya indah di banglo milik Fawwaz itu, tugasnya hanya menjaga dan mengemaskan mana yang patut.

Alianna pantas menghabiskan kerja-kerjanya setelah ditegur. Fawwaz sedang merokok di situ, suatu tabiat yang cukup tidak disukainya. Alianna ingin cepat melarikan diri apabila mata Fawwaz dari tadi tidak henti memerhatikannya.

Fawwaz senyum sinis melihat Alianna. Baru tegur sikit dah kelam kabut. Susah betul mendekati gadis itu. Teringat dia sewaktu berduaan dengan Alianna. Pucat lesi muka Alianna apabila disentuh. Lain bezanya dengan perempuan-perempuan yang biasa dia jumpa di kelab malam. Lebih berani dan menggoda. 'Ah Fawwaz, Alianna tu pandai berlakon. Apa yang kau nak hairan?"

"Naik bilik aku!" gumam Fawwaz seraya menyedut habis rokok di tangan. Alianna belum sempat berpaling ke arah suara itu, kelibat Fawwaz sudah tiada di balkoni.

Pintu bilik Fawwaz diketuk. Setelah laungan terdengar, Alianna masuk berhati-hati. Mana pula lelaki itu.

"Awak... Aw-" Alianna terperanjat apabila tangan kanannya dicapai seseorang.

"Shave." Shaver yang tadinya dari tangan Fawwaz dipindahkan ke tangan Alianna. Fawwaz kembali ke dalam bilik air. Alianna menurut dalam kebingungan. 'Manalah dia reti shave?'

Fawwaz sudah duduk selesa di atas sinki, di hadapan cermin besar bilik airnya itu. Kedua kakinya dibuka sedikit, menambahkan kebingungan di benak Alianna. "Cepat lah!"

Alianna mendekati Fawwaz, namun lelaki itu lebih pantas menarik dia untuk berdiri di antara kakinya. Meremang dia saat menyedari dia kini terlalu dekat dengan Fawwaz. Shaving cream dihulur kepada Alianna tanpa bicara. Alianna buat-buat faham. Nasib baik dia pernah tengok di tv bagaimana lelaki bercukur.

Alianna memulakan cukuran di bahagian rahang, leher dan pipi Fawwaz. Gementar saat perlu menyentuh wajah yang selalunya bengis itu.

Setiap lengkung wajah Fawwaz boleh dikatakan sempurna. Alianna hanya memuji di dalam hati. Cukuran dilakukan dengan berhati-hati untuk menghindar dari melukakan kulit. Sabar je lah. Sudahlah Fawwaz dari tadi memerhati perbuatannya. Aneh apabila lelaki itu hanya diam.

.

Fawwaz POV

Tangan Alianna masih gementar. Aku perasan. Sengaja aku perangkap dia di dekat aku. Puas aku tatap wajah perempuan ini. Tiada cacat cela. Cuma persoalan yang bermain di minda. Mengapa perempuan senaif ini sangat berbeza sewaktu mula-mula mereka bertemu.

Melihat kelakuannya yang kekok, aku tertarik. Dan tak pernah aku rasa seaneh ini. Dekat dengan Alianna buat aku jadi tak keruan...

.

Selesai melakukan tugasnya, Alianna mahu cepat pergi dari situ. Lirikan mata Fawwaz terhadapnya mengundang rasa gementar. Tangan yang sedang ligat mengelap muka Fawwaz dicapai.

Alianna ditarik mendekatinya. Fawwaz senyum sinis apabila hidung mereka berlaga. Bibir gadis itu disentuh dengan perlahan. Alianna menahan dada Fawwaz yang merapatinya. Tidak banyak yang mampu dia tolak.

"Awakk..."

"Diam." Fawwaz mengarah.

Fawwaz pantas mengunci bibir Alianna apabila gadis itu sudah tidak melawan.
Alianna merelakan, tak mahu disakiti. Fawwaz bagaikan hanyut di dalam perasaannya. Bibir Alianna dilepaskan setelah beberapa saat. Gadis itu tercungap-cungap mengatur nafas. Pelukan di pinggang Alianna dileraikan keras.

Fawwaz menyeluk poket seluar dan mengeluarkan sekeping not lima puluh ringgit.

"Thanks for your service." Wang itu kemudiannya dilempar ke muka Alianna dan dia ditolak menuju pintu bilik. Alianna masih membisu sedangkan dadanya mulai sebak.

"Dah, keluar." Fawwaz membuka pintu bilik sebelum Alianna ditolak keluar.

Alianna bergegas ke bilik sebelum tangisannya pecah. Semurah itukah harga dirinya? Dalam hatinya tak henti-henti mengutuk diri sendiri.

Fawwaz menjenguk ke arah luar. Melihat Alianna yang laju menuruni tangga membuatnya puas hati. 'Perempuan murah, dapat duit terus lesap.'

.
.

Alianna mematung di ruang tamu. Fikirannya masih kacau setelah insiden tadi. Hampir dua jam dia menangis di dalam bilik. Fawwaz pula sedang enak minum petang di dapur. Nasib baik lelaki itu tidak kisah dia tidak ada bersama. Mahu berdepan dengan Fawwaz saat ini pun dia malu teruk.

Deringan loceng rumah mengejutkan Alianna dari lamunan. Alianna bangun untuk melihat gerangan yang datang.

"Assalamualaikum." Rahimah memberi salam setelah melihat Alianna membuka pintu.

"Waalikumusalam, ibu." Alianna menyembunyikan rasa kaget. Buat apa ibu ke mari?

"Tak nak jemput ibu masuk ke?"

"Masuklah, ibu. Err, abang Fawwaz ada dekat dapur." Alianna menjemput Rahimah masuk ke dalam rumah. Bingung dia seketika. Rahimah dihantar menuju ke dapur sebelum dia berlalu lagi ke ruang tamu, tidak mahu menganggu dua beranak itu.

"Amboi, sedapnya makan sorang." Rahimah menegur Fawwaz yang sedang menghirup teh panas.

"Eh ibu! Marilah duduk. Kenapa tak bagitahu Fawwaz nak datang? Boleh Fawwaz ambik." Fawwaz terkejut juga dengan kehadiran Rahimah namun dia cuba berlagak biasa.

"Saja ibu datang nak jenguk Fawwaz dengan Alianna. Tak boleh ke ibu datang ni?" Rahimah berseloroh.

"Apa pulak tak boleh. Kalau bagitahu awal-awal boleh Fawwaz jemput."

"Bukan jauh sangat pun, ibu boleh drive."

"Ibu nak stay sini ke malam ni?" Fawwaz pantas bertanya. Susah juga kalau ibunya mahu berlama-lamaan di sini.

"Boleh ke? takut menganggu Fawwaz dengan Alianna."

"Boleh jela. Tidur je sini." Fawwaz terpaksa membenarkan, tak mahu Rahimah curiga.

"Ok jugak. Ni Fawwaz minum sorang, tak ajak Alianna sekali?" Rahimah sengaja menegur, tiada pula kelibat Alianna di situ.

"Dia.. tak lapar. Eh, ibu minum la sekali." air teh yang sudah sedikit suam dituang ke dalam cawan kosong, cuba menukar topik perbicaraan antara mereka. Menyampah pula ketika nama Alianna disebut.

"Apa pulak. Pergi lah panggil dia sekali." Rahimah memaksa. Dia tahu pasti ada yang tak kena antara pasangan itu.

"Nanti je lah." Fawwaz beralasan.

"Pergilah. Ibu nak borak dengan kamu berdua. Lagipun bukan selalu dapat jumpa korang."

Fawwaz menggaru kepala yang tidak gatal, dirajinkan juga diri untuk mencari Alianna.

Kelibat Alianna yang sedang menonton televisyen di sofa dikerling malas. Dia bersandar di dinding berdekatan sambil berpeluk tubuh.

"Hoi" separuh berbisik Fawwaz memanggil.

Alianna berpaling ke arah suara itu. Siapa lagi yang memanggil dia dengan panggilan itu kalau bukan Fawwaz.

"Ibu panggil."

Alianna pantas bangun dari situ untuk ke dapur. Baru sahaja melepasi Fawwaz, lengannya tiba-tiba ditarik.

"Ambik barang kau pindah tidur bilik aku malam ni. Ibu nak bermalam kat sini, kau jangan nak mengadu macam-macam pulak. Faham?" Fawwaz memberi amaran terlebih dahulu. Masak dia dimarahi kalau Rahimah dapat tahu Alianna tidur di bilik pembantu rumah.

"Faham." Alianna mengangguk tanpa banyak soal. Dalam hatinya sudah gundah gulana. Macam mana dia hendak tidur malam ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience