12: Konflik

Fanfiction Completed 47956

"Lepaskan i lah, Rasy!" Alicia bergelut dalam pegangan Rasydan.

"Alicia, malu orang tengok!" Rasydan cuba menahan pukulan Alicia pula.

"Biar orang tengok! You nak back up pompuan tu jugak ke? You memang kenal dia kan, Rasydan? Tell me!"

"I tak kenal dia la, sumpah!" bohong Rasydan. Walaupun baru tadi pertama kali dia melihat wajah isteri Fawwaz. Bukan main lawa bini Fawwaz, patut la dia sembunyikan.

"Jangan tipu i. Cakap je sape pompuan tu! Sampai hati you rahsiakan benda ni, Rasy!"

"Ya Allah, Alicia. Tipu apanya. I pun terkejut la Fawwaz datang dengan that girl. Sumpah i tak tahu pape!" Rasydan masih mengelak.

"I hate you! Tepi!" Alicia melanggar bahu Rasydan dan terburu-buru memasuki keretanya. Cukuplah malam ni dia malu teruk!

"Aik. Aku jugak yang kena? Gilo tino ni!" Rasydan menggeleng perlahan melihat kereta Alicia memecut pergi.

"Fawwaz, Fawwaz...macam mana ni" Rasydan sudah mula tak sedap hati.

.
.

"Sabar dulu, Alicia. Dia busy-" Rasydan ditolak Alicia ke tepi sebelum gadis itu masuk ke bilik Fawwaz.

"Fawwaz." Alicia masuk tanpa diundang. Lelaki itu sedang berkerut menghadap komputer.

"Waz, sorry." Rasydan membuat isyarat mata. Fawwaz mengangguk faham.

"Its okay. Yes Alicia?" Fawwaz tidak berminat.

"You know what i come for, Fawwaz." Alicia mengambil tempat di hadapan meja Fawwaz.

"Sorry bout last night. Anything else? i busy."

Alicia sengih sinis. Senangnya ucapan maaf Fawwaz.

"Sape perempuan tu? I boleh je nak saman malu dia tau, Fawwaz. But choose not to. Just tell me siapa dia."

"Thanks, but you tak perlu tahu kot dia siapa." Setakat saman malu, Fawwaz boleh bayar celah gigi je lah.

"Your one night stand?" Alicia memberanikan diri.

"Yeah. Kenapa?" kalau itu jawapan yang Alicia mahu dengar, lebih baik dia mengiyakan sahaja.

"Really? So lame.." Alicia mencebik, masih tidak percaya. Takkanlah sembarangan perempuan.

"Habis you nak suruh i cakap apa? You're wasting my time Alicia."

"You jumpa dia kat club tu ke? Thats why dah tak boleh lepak sekali sekarang. Busy main dengan that girl?"

Soalan Alicia bikin Fawwaz panas punggung namun dia tetap tenang. Memanglah orang lain ingat dia sejenis main dengan perempuan, padahal belum pernah dia tebuk mana-mana gadis sembarangan. Kawan-kawannya yang lain adalah, tapi Fawwaz masih tahu halal haram. Lagipun sudah lama dia tak ke kelab malam itu setelah kahwin.

"None of your business. I ada kerja tau, i bukan jenis yang suka buang masa." Fawwaz membalas dengan sindiran.

"Kalau i dapat tahu you tipu i, just wait okay. By the way, buruk betul taste you. Perempuan tu nampak macam kaki kikis je. Hati-hati Fawwaz, i just nak ingatkan you." Alicia bangun dari situ sambil menayang senyum sinis.

Fawwaz hanya membalas dengan senyuman. Lama-lama dia menyampah pula dengan Alicia.
"Fuck off, Alicia."

.
.

Sesampainya Alicia ke kelab itu matanya melilau mencari kelibat seseorang. 'Silap orang lah kau nak tipu aku Fawwaz!'

Alicia menuju ke arah bar setelah puas mencari. Lagipun dia bukan kenal mana dengan bapak ayam sorang itu. Dengar cerita dia masih baru juga melakukan kegiatan itu.

"Stacy, Pojan mana satu? Dia ada tak malam ni?" Alicia menyoal salah seorang bartender cina bernama Stacy di situ.

"Pojan? Ada. Hmm...tu, yang pakai kot coklat." Stacy menunjuk ke arah seorang lelaki di satu ruang terpencil, agak sugul.

"Thanks." Alicia mengatur langkah ke arah Pojan.

"Boleh tolong aku? Kau kenal tak perempuan dalam gambar ni? Dia kerja sini ke?" Alicia merujuk kepada gambar Alianna yang dicuri-curi ambil petang tadi.

Pojan melihat tidak percaya. Alianna. Mangsa penipuannya beberapa bulan lepas merangkap teman sekampungnya. Teruk dia kena dengan tauke besar sewaktu Alianna melarikan diri.

"Tak kenal." Pojan membalas. Cukuplah dia menipu gadis senaif Alianna. Kasihan pula. Tambahan Alianna baik dengannya, tapi hanya kerana wang dia diperangkap.

"Cuba tengok betul-betul. Serius kau tak pernah nampak dia?" Alicia tak berpuas hati dengan jawapan Pojan. Antara Pojan dan Fawwaz, salah seorang tidak bercakap benar.

"Aku kenal la anak buah aku. Aku tak pernah nampak dia ni." Pojan bertegas. Apa mahu jadi dengan Alianna dia tidak mahu masuk campur lagi.

"Datang sini pun tak pernah?"

"Cik, ramai yang datang sini tiap hari. Mana aku nak ingat muka sorang-sorang."

Alicia mengeluh. Susah untuk dia percaya siapa pun. Mengapa misteri benar perempuan ini?

'Takpe, aku akan cari tahu pasal dia. Sampai lubang cacing pun aku sanggup. Fawwaz aku punya.'

.
.

Alianna termenung di meja dapur. Baru sahaja dia dan Fawwaz hendak berbaik, kini hubungan mereka dingin kembali. Fawwaz kembali menjadi seorang yang beku, dan pemarah seperti dahulu.

Bila ditegur, tidak dibalas. Disiapkan makan, tidak dijamah. Tinggallah Alianna menangis sendiri.

Lamunannya terhenti apabila terdengar suara Fawwaz berdehem. Fawwaz baru pulang waktu begini, hampir 3 pagi.

"Awak. Kenapa balik lewat?" Alianna mengekori Fawwaz dari belakang. Lelaki itu langsung tidak memandangnya.

"Tak payah sibuk." balas Fawwaz dingin.

Dari siang tadi dia kusut memikirkan hal Alicia, hala tuju hubungan mereka. Dengan mama pula mahu pulang ke Malaysia. Dulu memang dia menantikan kepulangan mama. Tapi apa dia mahu jawab jika mama tahu tentang Alianna?

"Awak..masih marahkan saya?" Alianna cuba memaut lengan Fawwaz.

"Lepas." Fawwaz tegas menarik kembali lengannya.

"Fawwaz, saya minta maaf. Please.." luah Alianna separuh merayu.

"Lepaslah! jangan tambah serabut aku boleh?!" Suara Fawwaz naik satu oktaf.

"Awak dengar dulu..." Alianna melirih sayu saat pegangannya direntap. Dia masih mengikuti Fawwaz hingga ke bilik.

"Awak. Maafkan saya. Saya tahu awak marah lagi pasal malam tu. Fawwaz..please." Pintu yang dihempas di depan mukanya diketuk beberapa kali. Air mata kini gugur laju. Dia tidak suka diabaikan Fawwaz begitu.

"Awakk... buka pintu ni. Saya boleh jelaskan. Awak.."

"Awak, maafkan saya. Saya janji akan ikut cakap awak lepas ni. Saya janji." Alianna menangis ibarat anak kecil yang dimarahi.

Fawwaz bersandar di pintu bilik, rambutnya diraup kasar. Rayuan Alianna bikin dia nak gila. Tersiksa saat mendengar tangisan isterinya. Seharusnya dia yang dipersalahkan.

Dia yang masih memerangkap Alianna dalam situasi ini. Sedangkan Alianna hanya mangsa keadaan.
Fawwaz mengutuk diri sendiri. "Damn it!"

Akhirnya pintu bilik dibuka. Fawwaz menarik Alianna ke dalam dakapan. Makin kuat tangisan Alianna.

"Maafkan saya.." Alianna tersedu-sedan. Pelukan Fawwaz dikemaskan.

"Sorry. Aku tak berniat nak marah kau. Aku marah dengan diri aku sendiri. Aku takut kehilangan kau..."

"Jangan tinggalkan saya, saya mohon. Saya mengaku saya salah. Awak marahlah saya saya tak kisah tapi jangan tinggalkan saya. Saya...sayang awak." Alianna memuntahkan segala isi hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience