15: Lerai

Fanfiction Completed 47901

"Apa kau cakap?" Fawwaz bagaikan tak percaya akan kata-kata yang didengar.

"Saya..mengandung." jawab Alianna takut-takut.

"Kau mengandung? Hah.. Entah dengan jantan mana kau dah tidur, pastu kau mengandung?" sembur Fawwaz.

"Aku tak percaya budak tu anak aku. Kau ingat aku bodoh ke, Alianna! Anak haram sapa ntah yang kau kandung, kau nak suruh aku tanggungjawab? In your dream, Alianna!"

Hati Alianna bagaikan disiat-siat dengan kata-kata Fawwaz. Tidak pernah dia berhubungan dengan lelaki lain selain Fawwaz. Anak yang dikandung tak lain tak bukan milik lelaki itu. Anak itu anak halal!

"Fawwaz. ..saya mohon. Percayalah cakap saya! Saya difitnah." Alianna memegang perut yang mengandungi nyawa itu, meminta simpati dari Fawwaz.

"Jangan sentuh aku! Jijik tahu tak?! Pompuan kotor macam kau ni tak layak mengandungkan anak aku!" Bahu Alianna ditunjal.

"Aku bagi kau masa sampai esok. Kau ambik barang-barang kau, berambus dari rumah aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi!"

"Awak...saya takda tempat nak pergi awak tolong jangan halau saya!"

Fawwaz merentap tangannya dari pegangan Alianna, sehingga gadis itu tersungkur di lantai. Fawwaz naik ke atas bilik, menghempas pintu di belakangnya.

Alianna tersedu-sedu melayan tangis. Pipinya masih perit dek tamparan Fawwaz. Kini dia sudah dibuang secara rasmi dari hidup Fawwaz. Orang yang sangat dia sayang, dia turuti, telah mengusir dia jauh. Ke mana harus dia tuju? Dengan anak dalam kandungan yang tidak berdosa.

.
.

Pagi suram itu menjadi saksi kepergian Alianna dari 'penjara' yang dihuni selama ini. Dia bebas, namun atas dasar kebencian Fawwaz terhadapnya.

Dengan kekuatan yang bersisa, Alianna menyapu tangisan dan mendekati Fawwaz yang sedang membelakanginya. Lelaki itu langsung tidak sudi untuk memandangnya.

"Saya minta maaf. Halalkan makan minum saya."

"Keluar." Fawwaz menarik Alianna dan mengheretnya ke luar rumah. Pintu rumah dikatup rapat sejurus Alianna melangkah ke arah pintu pagar.

Air mata seakan tidak mahu berhenti. Sayu hatinya bila diperlakukan sedemikian rupa. Tiada peluang langsung untuk dia membela diri. Tiada siapa yang mampu menolongnya saat ini. Bahagia yang dikirakan akan berpanjangan putus pula di tengah jalan.

'Ya Tuhan, bantulah hambamu yang hina ini. Lindungilah aku. Berikan aku petunjuk.'

Alianna mengusap perut yang masih kempis. Sedihnya tidak tergambar dengan kata-kata. Bagaimana dia mahu membesarkan anak ini sendirian? Ya Allah, aku buntu.
'Maafkan mama, sayang.'

Berbekalkan wang yang ada padanya, Alianna gigih mencari bas untuk dinaiki. Hanya satu tempat yang ingin dituju. Kemungkinan hanya ada seorang insan yang masih boleh menerimanya.

.
.

"Kenapa ni? Baru putus cinta?" Alicia sengaja masuk ke pejabat Fawwaz tanpa kebenaran.

"What are you doing here, Alicia?"

"Saja datang tengok you. Nak ajak lepak memang tak la you nak join."

"Boleh tak jangan ganggu i."

"You moody sangat ni kenapa? kena tinggal dengan kekasih gelap ke?" Alicia sengaja membangkitkan kemarahan Fawwaz.

"Shut up!"

"I tanya je lah! You nak marah-marah kenapa? kenapa you makin baran sekarang ni eh? apa pompuan tu dah buat kat you?" Alicia tak puas hati. Fikirnya apabila menyingkirkan Alianna, dia punya peluang untuk mendekati Fawwaz.

"None of your fucking business." getus Fawwaz. Bengang apabila isu Alianna dibangkitkan.

"You ingat i tak tahu? yang pompuan tu curang belakang you?" mulut Alicia lancar membalas. Biarlah apa nak jadi!

"Apa yang kau cakap ni?"

"I pernah lah nampak dia main dengan bapak ayam kat kelab tu. You je yang bodoh percayakan dia. Apa sedap sangat ke dia layan you?"

"Ni semua keje kau?"

"What??" Alicia cuba mempertahankan diri.

"Kau yang tangkap gambar Alianna dengan jantan tu?"

"Oh, Alianna nama pompuan kampung tu? Yeah. Memang i pun. Memang i dah lama syak dia tu jahat!"

"Kau keluar sekarang."

"Whats wrong? Salah ke apa i buat? i cuma nak sedarkan you."

"Keluar dari bilik aku!!!" jerit Fawwaz. Staff-staff di luar pejabat mula berbisik sesama sendiri.

"What the hell Fawwaz!" Alicia terperanjat, dia terus bangun dari situ.

"Kau berambus! Kau dengan pompuan tu sama je! Keluar!" Fawwaz menghentak mejanya.

"Sial!!!" mejanya menjadi mangsa amarah Fawwaz.

'Aku percayakan kau, Alianna. Kenapa kau buat aku macam ni?' Masih bermain di fikirannya gambar yang dilihat semalam. Marah dan kecewa menguasai diri. Baru sahaja dia mulai sayangkan Alianna, dia ditipu hidup-hidup.

.
.

"Waz. Bangun, Fawwaz." Rasydan mengejutkan Fawwaz yang terjelopok di sofa. Seluruh bilik rakannya itu bersepah.

"Fawwaz. Dah lewat ni. Badan kau panas ni. Jom balik." Rasydan memapah Fawwaz yang baru sedar.

"Pukul berapa dah ni?" Fawwaz bertanya lemah.

"Dah pukul 6 lebih. Kau demam ni. Jom aku hantar kau balik."

Fawwaz dihantar pulang ke rumahnya. Rasydan menelefon doktor yang juga teman baiknya ke mari. Setelah diperiksa, Fawwaz dipaksa makan ubat.

"Kau ok ke ni? Nak aku call ibu kau?" Rasydan melihat wajah sugul Fawwaz yang tak bermaya.

"Nanti nanti lah."

"Apa jadi? Cerita la kat aku. Btw, mana bini kau?" tidak pernah dia lihat Fawwaz sebegitu kusut.

"Aku dah halau dia.."

"Apa?! Asal kau halau dia Fawwaz?" Rasydan tak percaya.

"Dia curang. Dia tipu aku."

"Curang dengan sapa? Biar betul kau ni?"

"Kau pun nak bela dia ke?"

"Aku cuma tanya. Betul ke dia buat macam tu? Mana kau tahu ni?" Rasydan benar-benar tidak percaya wanita senaif Alianna boleh curang.

"Aku nampak. Ada bukti, Dan. Memang dia main dengan jantan lain belakang aku!" Fawwaz masih marah.

"Mana bukti dia?"

"Kenapa kau susah sangat nak percaya ni?! kau kesian dekat dia? dah jatuh hati dengan sundal tu?!" hati Fawwaz kembali panas.

"Fawwaz, bini kau tu! Benda boleh selesai elok-elok. Jangan ikutkan sangat baran kau tu!" Rasydan pula hilang sabar.

"Selesai apa? benda dah terbukti! kau tak payah mengajar aku, aku ni tak bodoh!"

"Ye, kau tak bodoh! Tapi perempuan yang kau panggil sundal tu isteri kau! Belajar kawal sikit panas baran kau tu." lawan Rasydan.

Fawwaz membuang pandang. Tiada guna untuk berbincang. Kenyataan cukup jelas di hadapan matanya. Dan dia paling pantang apabila ditipu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience