5: Ibu

Fanfiction Completed 47950

"Itu bilik apa?" Rahimah menjuih ke arah sebuah bilik kecil di sebuah sudut.

Alianna yang sedang menghidangkan makan malam sedikit resah. Nasib baik bilik itu sudah dikunci petang tadi.

"Bilik stor, ibu." jawab Alianna ringkas.

"Oh..banyak juga lah bilik rumah kamu ni. Lia selesa duduk sini?" Rahimah mengambil tempat di meja makan. Ralit dia memerhati Alianna membuat kerja.

"Alhamdulillah, bu. Selesa sangat."

"Lupa ibu nak tanya. Dah lama ibu nak tahu. Ibu tak sempat lagi nak jumpa mak ayah Lia. Mereka dah tahu ke--"

"Mak ayah dia dah takda, bu." Muncul Fawwaz memotong bicara Rahimah. Alianna melarikan anak mata, tak mahu terlihat mencurigakan.

"Oh. Maaf, ibu tak tahu."

"Takpe ibu." Alianna mengukir senyum palsu. Teringat dia akan ibu di kampung. 'Maafkan Lia, ibu.'

"Jom makan, lapar dah." Fawwaz mengalih perhatian Rahimah. Makin lama makin banyak cerita tentang Alianna yang dia reka. Lantaklah! Dia sendiri tidak tahu asal usul bini dia itu.

Rahimah mengangguk faham. Terbit rasa ragu di hatinya namun dibiarkan sahaja.

.
.

Alianna mengambil bantal dan selimutnya sambil tercari-cari tempat yang sesuai untuk dia merebahkan diri. Sofa pun jadilah. Penat juga seharian melayan ibu Fawwaz, bukan main banyak cakap dia.

"Woi!" suara Fawwaz menyapa telinga.

Alianna pantas berpaling. Lelaki itu baru keluar dari bilik air dengan hanya bersinglet dan bertuala paras pinggang. Alianna menundukkan pandangan.

"Kau nak pergi mana?" tanya Fawwaz sambil mencekak pinggang.

"Saya nak tidur sini.." Alianna menunjuk ke arah sofa di tepinya.

"Ada aku izinkan ke kau tidur situ?" Fawwaz sudah berjalan mendekati Alianna yang tunduk kegelisahan. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Habis dia kali ni!

"Boleh layan aku malam ni?" jari-jemari Fawwaz sudah naik ke muka Alianna. Alianna diam, mahu pecah dadanya ketika ini. Mahu menjerit pun tiada guna. Kemudian dia teringat sesuatu.

"Awak..." Alianna menggeletar ketika tangan Fawwaz sudah semakin berani menyentuh bahagian belakang tubuhnya.
"S-saya..period!" Alianna menahan dada bidang Fawwaz.

"Fuck." bisik Fawwaz perlahan, jelas wajahnya kekecewaan.
"Kau tipu aku?"

"Tak..betul. Saya datang bulan." Alianna terlepas lagi kali ini, nasibnya baik.

"Blah!" Fawwaz membuang pandang sambil meraup mukanya. Alianna pantas kembali ke sofa.
"Tidur bawah." arah Fawwaz yang masih membelakangi Alianna.

Alianna tak jadi duduk di sofa setelah diarah begitu. Tidur di lantailah jawabnya malam itu. Biarlah, dia rela!

"Bodoh betul." gumam Fawwaz antara dengar atau tak. Hampir dia tewas dengan aura gadis itu. Dengan Alianna sahaja kemahuan dia melonjak. 'Kawal sikit diri kau, bodoh!'

Fawwaz berlalu ke arah balkoni dengan sekotak rokok tanpa menghiraukan Alianna. Berdua-duaan dengan isterinya itu, dia bimbang dia hilang kawalan lagi.

Berkumandang sahaja azan subuh, Alianna terkejut dari tidur. Lagipun seluruh tubuhnya mengiggil pagi itu. Alianna bangkit dari pembaringan, ingin mengejutkan Fawwaz.

"Awak..bangun." Alianna menepuk lembut lengan Fawwaz.
"Dah subuh ni, awak."

"Hmm...diam lah." Fawwaz semakin berselubung di dalam comforter.

Alianna keluar terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Elok juga kalau dia meninggalkan bilik itu sebelum Fawwaz bangun.

.
.

Seharian dia dibawa pergi oleh Rahimah untuk jalan-jalan. Gembira dia setelah hampir sebulan tidak keluar dari 'penjara' buatan Fawwaz. Ibu mertua angkatnya itu banyak bercerita tentang Fawwaz. Kisah mereka tidak kurang bezanya.

Ibu kandung Fawwaz dipaksa kahwin dengan pilihan keluarga. Dia ditinggalkan selepas setahun melahirkan Fawwaz. Dengan kekuatan bersisa, Fawwaz dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah. Genap Fawwaz sepuluh tahun, ibunya pindah ke London setelah mendapat tawaran kerja di sana. Fawwaz pula dititipkan untuk Rahimah.

Alianna menyalami tangan Rahimah sebelum mereka berpisah.

"Lia jaga diri. Jaga Fawwaz." pesan Rahimah. Senang dia bila kini mereka mulai rapat. Alianna bukanlah seteruk yang dia sangka.

"Ibu pun sama. Terima kasih datang jenguk kami." payah mengucapkan selamat tinggal kepada Rahimah yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu.

"Ibu pergi dulu. Assalamualaikum." mereka sempat berpelukan. Alianna melambai ke arah kereta Rahimah yang meninggalkan kediaman itu.

Sampai di hadapan bilik Fawwaz, Alianna terdengar lelaki itu sedang berbual di telefon.

"Bila mama nak balik Malaysia? Penatlah asyik Fawwaz je kena pergi London. Mama tu tak habis lagi merajuk." usik Fawwaz di corong telefon. Sekali sekala dia gelak kecil.

Alianna hanya memasang telinga di muka pintu. Senang dia mendengar gelak Fawwaz. Bukan selalu lelaki itu ceria. Lagi-lagi di hadapannya, cemberut selalu.

Dia terkenang pula akan ibu di kampung. Sudah lama dia tidak bertanyakan khabar orang tua itu. Anak jenis apalah dia. Tersentak dia apabila pintu dihadapannya terbuka.

"Kau nak apa?" tanya Fawwaz. Dia sedar Alianna sudah lama di situ.

"Err...saya.. nak ambil barang saya." Alianna mengambil peluang untuk masuk kedalam bilik Fawwaz.

Bantal, kain selimut dan beberapa helai pakaiannya yang ditinggalkan pagi tadi dikutip. Terdengar bunyi pintu bilik ditutup, dia lekas berpaling.

"Best jalan-jalan dengan ibu? Dapat juga kau keluar dari rumah ni ye?" Fawwaz bertanya sambil menyindir. Dia bersandar di pintu bilik, menghalang gadis itu keluar.

"Saya cuma teman ibu." Alianna menjawab perlahan. Apa jenis pertanyaan tu? Mestilah dia gembira dapat lari dari singa macam Fawwaz walaupun hanya sebentar.

"Teman atau kau kikis duit ibu aku? Yelah. Mesti mak kau dulu tak pernah bawak kau shopping macam tu kan?" Fawwaz sengaja mahu menyakitkan hati Alianna. Wajah Alianna berubah tatkala dikaitkan dengan ibunya.

"Tolong jangan libatkan mak saya." gumam Alianna. Kali ini di cuba berani menentang.

"Kenapa? Kalau tak, takkanlah kau berani lari dari rumah, perangkap orang kaya untuk hidup senang macam ni kan? Sebab mak kau tak mampu? Atau mak kau yang ajar kau macam tu?" Fawwaz senyum sinis sambil berlalu mendekati Alianna. Kata-kata sinis itu dilemparkan tepat ke telinga gadis itu.

"Awak boleh hina saya, cakap apa pun yang awak nak tapi jangan kaitkan mak saya dalam hal ni!" suara Alianna meninggi. Pantang kalau ibunya diheret ke dalam masalahnya.

"Kau tinggi suara dengan aku? kau sedar kau siapa? hah?! Aku nak libatkan kau ke, mak kau ke, aku punya suka lah!" Fawwaz mencengkam bahu Alianna. Gadis itu berdecit kesakitan.

"Kau sedar tak yang kau ni anak tak guna? anak jenis apa yang tinggalkan mak dia? Tak payah acah suci la pompuan." cacian itu ditelan Alianna payah. Tubir matanya bergenang.

Alianna melepaskan diri dari Fawwaz dan berlari keluar dari situ. Tangisan yang ditahan-tahan terlerai jua. Sampai di bilik kecilnya, Alianna menangis lagi. Fikirannya asyik teringatkan ibu. Mungkin benar kata-kata Fawwaz itu tadi.

"Memang Lia anak tak guna, ibu. Maafkan Lia...Lia memang tak guna."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience