13: Retak

Fanfiction Completed 47901

Fawwaz mengeluh di hujung talian. Persoalan diajukan Rahimah dibiar tanpa jawapan pasti.

"Sampai bila Fawwaz nak rahsiakan Alianna dari pengetahuan orang? Ibu boleh tolong jelaskan pada mama kalau Fawwaz nak."

"No, please ibu. Fawwaz boleh handle ni sendiri. Mama tak boleh tahu buat masa sekarang."

"Apa pun rancangan Fawwaz, jangan abaikan Alianna." Fawwaz memicit pelipisnya lagi. Memanglah Alianna tak
bersalah dalam hal ni, dia sudah reka cerita macam-macam pasal Alianna kepada ibu.

"Tengoklah dulu macam mana." Fawwaz mematikan panggilan.

Alianna terdengar perbualan Fawwaz di luar bilik. Kecewa, sedih. Alianna sendiri tidak tahu letaknya dia di hati Fawwaz. Dia datang ke hidup lelaki itu pun dengan cara yang hina, dia sedar akan diri.

Tubuh Fawwaz dihempaskan ke atas katil. Terasa seperti sebuah batu besar menghempapnya ketika ini. Kalaulah dia bersetuju untuk melepaskan Alianna sebelum ini mungkin keadaan tidak akan jadi begini rumit.

Tapi dia juga tidak sanggup kehilangan Alianna. Sejujurnya kehadiran Alianna memberi makna dalam hidup. Alianna melayannya sebagai seorang suami dengan baik. Tidak pernah melawan walaupun dikasari dan dimarahi. Perasaannya terhadap Alianna bukan lagi berasaskan simpati semata-mata. Dia sudah mulai sayangkan Alianna. Kelembutan tingkah laku gadis itu mencairkan hatinya yang beku, walaupun berkali-kali dia menafikan perasaan itu.

Dan apabila Alianna meluahkan perasaannya, dia jadi keliru. Sebahagian dari hatinya bahagia, sebahagian lagi bimbang. Status mereka yang dirahsiakan dari umum menjadi persoalan yang paling rumit baginya. Bagaimana seorang ternama seperti Fawwaz boleh mempunyai ikatan dengan seorang perempuan yang tidak jelas datangnya dari mana. Takkan mahu cerita perkenalan pertama mereka di kelab malam?

.
.

"Assalamualaikum." Suzanah memberi salam kepada jejaka berkaca mata hitam yang sedang berdiri membelakanginya itu.

"Waalaikumusalam. Mama." Fawwaz senyum lebar apabila wajah yang dirinduinya itu kini di depan mata.

"Sorry Fawwaz lambat tadi ada hal sikit." Fawwaz sempat menyalami tangan orang tua itu.

"You're always busy." usik Suzanah. Tahu benar akan kerja anak lelakinya itu.

"Nah, not now. Come. Welcome back to Malaysia, Puan Suzanah." bagasi Suzanah kini telah bertukar tangan.

Suzanah senyum melihat telatah Fawwaz. Sungguh dia rindukan tanah air ini. Seribu satu kenangan yang sudah ditinggalkan. Ada suka, ada duka. Terlalu lama tidak menjejakkan kaki ke Malaysia, terasa sedikit asing baginya.

"Ibu! We're home." Fawwaz dan Suzanah masuk ke rumah setelah memberi salam.

"Sue!" Rahimah menyambut senang kedatangan Suzanah. Mereka saling berpelukan, lama.

"Balik jugak Sue ke sini."

"Itu pun penat Fawwaz kena pujuk, bu. Kalau tak dia tak nak pun balik." sampuk Fawwaz. Senang dia melihat kedua wanita kesayangannya itu di depan mata.

"Lain rasanya Imah, bila dah lama tak balik Malaysia. Banyak yang dah berubah."

"Yelah. Lama sangat Sue di London. Dari Fawwaz kecik, sampai dah besar panjang budak tu." Rahimah menjemput Suzanah duduk.

"Tapi tak kahwin-kahwin juga. Ingat balik Malaysia dapat la jumpa menantu ke, cucu ke." seloroh Suzanah.

Fawwaz sudah tak senang duduk apabila isu itu dibangkitkan. Dia hanya mampu senyum pahit. Rahimah pula cepat-cepat mengalih topik. Parah ni Fawwaz!

Seharian suntuk dihabiskan dengan berborak panjang. Fawwaz membawa pula mamanya berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Masa dengan mama digunakan sebaik mungkin. Hingga terlupa akan Alianna yang sudah lama tak dijenguk. Beberapa panggilan telefon dari isterinya itu pun dibiar tak terangkat. Bimbang kalau-kalau rahsia besarnya diketahui oleh mama.

Fawwaz meminta diri apabila menerima panggilan dari Alianna. Dia mengeluh kecil sebelum panggilan dijawab.

"Hello."

"Hello. Awak.. Saya menganggu ke?" suara serak Alianna menyapa di talian.

"Busy sikit. Kenapa ni kau telefon aku?" tanya Fawwaz acuh tak acuh.

"Saya tak berapa sihat lah, awak. Boleh awak teman saya pergi klinik? Kalau awak sibuk takpe, saya boleh telefon teksi." Alianna bertanya takut-takut. Dia tidaklah berharap mana, namun hatinya berkeras mahukan perhatian Fawwaz.

Fawwaz diam sebentar di hujung talian sebelum terdengar keluhan halus.

"Kau naik teksi jelah. Nanti kalau sempat aku balik sana." balas Fawwaz.

Suzanah yang duduk agak jauh darinya hanya memandang sambil senyum. Mati kalau orang tua itu tahu tentang Alianna. Fawwaz mengukir senyuman palsu kembali. Selesai mematikan panggilan, langkahnya kembali mendapatkan Suzanah.

"Penting nampaknya tu?" tegur Suzanah. Sudah lali dia melihat wajah serius anak lelakinya sorang itu. Tidak jauh bezanya dengan rupa bekas suaminya.

"Biasalah, ma. Tapi tak sepenting mama." Fawwaz memberi alasan.

"Kalau Fawwaz ada masalah cerita dengan mama. Jangan simpan sendiri."

"Takde lah ma. Fawwaz okay je." Kelat senyumannya. Jangan pecah di mulut, Fawwaz.

.
.

Hampir empat kali Alianna ulang-alik ke tandas. Seluruh isi perutnya dimuntahkan, sampai badannya terasa longlai. Perutnya menyucuk-nyucuk dari awal pagi tadi.

Setahunya, dia tidak ada salah makan. Alianna termangu sebentar sambil mengusap perut. Kali terakhir dia mengambil pil yang diberi Fawwaz adalah beberapa minggu lepas sebelum lelaki itu sendiri menghalangnya dari makan pil itu. Alianna menelan liur. Pahit benar tekaknya. Jangan-jangan...

Alicia mengekori teksi merah yang baru meninggalkan kediaman peribadi Fawwaz itu. Baru tadi dia melihat kelibat perempuan misteri simpanan Fawwaz menaiki teksi itu. Ini adalah peluang keemasannya. Tak sabar dia mahu berdepan dengan perempuan itu. Dia masih ingin tahu apa kaitan perempuan itu dengan Fawwaz, walaupun jika dia harus terus melakukan kerja gila ini.
'Ingat aku bodoh ke?'

Teksi itu berhenti di hadapan sebuah farmasi. Kereta Alicia sengaja diberhentikan agak jauh untuk mengelak dari kelihatan mencurigakan. Perempuan tadi keluar dari perut teksi sebelum meloloskan diri ke dalam farmasi.

Beberapa minit menunggu, akhirnya perempuan itu keluar. Namun perkara yang lebih menarik perhatian Alicia adalah ketika ada seorang pemuda sedang mendapatkan gadis tadi. Sosok yang sangat dia kenal...

'Pojan?'

"Bagus. Kau ni memang bodoh la Pojan. Ada hati nak tipu aku. Kau tengok la apa aku buat. Bodoh punya jantan!" Alicia menyumpah sambil mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya.

Kebetulan pula tikus masuk perangkap. Alicia sengih lebar. Rancangan jahatnya akan bermula tidak lama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience