23: Yang Tersakiti

Fanfiction Completed 47901

"Tak kesah la apa pun awak cakap, tapi tolong jangan suka-suka hati bagi anak saya dekat orang lain boleh tak!" Alianna naik angin.

"Saya tahu, Deena tu pun anak saya. Bukannya saya bagi dia dekat sembarangan orang." balas Fawwaz.

"Macam mana awak yakin sangat yang dia anak awak?" soal Alianna. Matanya tajam merenung ke arah Fawwaz. Biarlah kali ini dia ingin melawan.

Fawwaz diam, renungan Alianna yang menikam wajahnya dibiarkan.

"Awak dah lupa ke apa yang awak cakap sebelum ni? Saya ni kan pelacur, perempuan murah. Yang suka tidur dengan banyak jantan. Macam mana awak tahu yang Deena tu anak awak?"

"Lia.." Fawwaz mencapai lengan Alianna namun laju wanita itu menepis.

"Saya ingat setiap kata-kata awak, Fawwaz. Saya ni perempuan sundal. Entah anak haram mana yang saya kandung. Kenapa sekarang awak sibuk nak mengaku Deena tu anak awak pulak?" air mata yang ditahan sejak tadi terhambur. Luka lama itu tetap tersemat di hati.

"Lia..im sorry.." Fawwaz kehilangan kata. Baru sekarang dia menyesal yang teramat.

"Saya ni tak layak untuk mengandungkan anak awak. Saya ni perempuan jijik, perempuan miskin."

Fawwaz cuba memeluk Alianna tetapi ditolak. Alianna sudah teresak-esak.

"Buat apa kesiankan perempuan kotor macam saya ni?! buat apa awak cari saya, Fawwaz!" Alianna menjerih. Sakit hatinya diluahkan tanpa berselindung lagi.

"Lia..saya silap Lia.. ampunkan saya." tubir mata Fawwaz sudah bergenang.

"Awak kejam! Awak dah buang kami dari hidup awak! Saya benci awak, Fawwaz!" tangisan Alianna begitu murah saat ini. Dada Fawwaz dipukul untuk melepaskan geram. Fawwaz hanya membiarkan.

"Lia..tolong jangan macam ni Lia..saya mengaku saya silap, pukul lah saya, hukum la saya, saya tak kisah. Saya cuma nak Lia maafkan saya." air mata jantannya mengalir, menzahirkan perasaan kesal yang teramat.

"Deena anak saya! Saya sanggup bayar balik duit awak, apa yang awak nak saya akan bagi semua. Cuma tolonggg...jangan rampas Deena dari saya.." kedua mereka saling menangis. Suasana semakin tegang.

"Takk...Lia..tolonglah. Saya merayu.. maafkan saya. Saya berdosa dengan Lia. Saya berdosa dengan Deena." Fawwaz mencium tangan Alianna sambil menangis. Belum pernah seumurnya dia merintih begini.

"Kenapa awak buat saya macam ni...kenapa baru sekarang awak muncul?"

.
. .

Fawwaz terkejut dari tidur ketika mendengar ketukan di pintu. Sebelum dia bangun, dia sempat mencium perlahan dahi wanita yang sedang lena di sebelahnya itu.

"Daddy!!" Wardeena puncul di balik pintu bersama Rasydan. Laju sahaja dia melompat ke dalam pelukan Fawwaz.

"Sayang daddy! Okay tidur rumah uncle Rasydan semalam?" tanya Fawwaz.

"Okay." Rangkulan di leher Fawwaz dikemaskan dan sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi lelaki itu pula.

"Bro, thanks tolong aku." ujar Fawwaz kepada Rasydan.

"Tak de hal la. Kau settle la elok-elok. Pape bagitahu je. Ok lah. Uncle pegi dulu, Deena, Fawwaz." Rasydan menghulur tangan sebelum disambut oleh Wardeena.

"Thank you uncle Rasydan." pipi Wardeena dicuit sebelum Rasydan meninggalkan dua beranak itu.

"Deena. Mama ada kat sini tau." kata Fawwaz separuh berbisik.

"Yeayy..." Wardeena turut berbisik.

"Jom..Go wake mama up."

"Good morning, mama." Wardeena berbisik ke telinga Alianna yang sedang tidur pulas. Fawwaz hanya menjadi pemerhati sambil senyum.

"Bangun, mama.." bisik Wardeena. Kali ini mudah sahaja Alianna terkejut.

"Hmm...Deena.." Alianna dicium pula bertalu-talu oleh Wardeena. Lupa pula bagaimana dia boleh berada di situ.

"Mama!" tubuh mamanya dipeluk.

"Deena. Mana Deena pergi semalam?" Alianna membalas pelukan Wardeena.

"Deena tidur rumah aunty Sarah."

"Sarah tu adik Rasydan." Fawwaz akhirnya bersuara. Dia duduk agak jauh dari katil, hampir sahaja Alianna tak sedar dia ada di situ.

"Mama tidur dengan Daddy?" pertanyaan Wardeena memecah kesunyian.

Alianna baru teringat. Ligat otaknya berpusing untuk mencari jawapan, akhirnya isyarat mata dihantar ke Fawwaz. Lelaki itu hanya sengih sumbing sambil menjongket bahu.

"Daddy teman mama aje." ujar Fawwaz sambil menahan gelak melihat reaksi Alianna. Wanita itu hanya menjelingnya dalam diam.

"So. Jom breakfast?" Fawwaz menukar topik.

"Jom breakfast!!!" Wardeena teruja.

"Tapi Daddy dengan mama have to take shower first."

"Okay. Mama mandikan daddy?" mata Alianna membulat mendengar soalan Wardeena.

"Er..no. Dia dah besar, dia boleh mandi sendiri." Alianna lantas bangun dari katil.

"Ooo..." Fawwaz sembunyi senyum melihat gelagat dua beranak itu. Tiba-tiba pinggangnya dicubit.

"Ouch!" nasib baik Wardeena tidak melihat apa yang terjadi. Dia sudah mulai menjelajah satu bilik.

"Jangan nak gelak eh!" bisik Alianna.

"Sorry la. Awak mandi dulu. Saya boleh tunggu kat luar."

"Saya takda baju la. Saya nak balik-"

"Alianna. Please." Fawwaz memotong bicara Alianna. Tangannya mengenggam kedua belah tangan Alianna.

"Saya boleh settle kan. Just stay here. Please. I wanna spend some time with you and Deena." Fawwaz mencari mata Alianna.

"Fine." Alianna mengeluh. Susah benar menolak permintaan Fawwaz itu. Senang benar dia tewas dengan pujukan Fawwaz.

"Okay. Nanti saya datang balik." Fawwaz berjalan ke arah pintu bilik sebelum hilang dari pandangan.

Alianna menggaru kepala yang tak gatal. Malunya. Boleh pula dia tertidur di bilik ini semalam selepas bergaduh besar dengan Fawwaz.

Sudah tu dia berjanji pula untuk memberi lelaki itu satu lagi peluang. Ah! Belum tentu Fawwaz tidak akan mengulangi perangai lama dia. Lelaki bukan boleh percaya sangat! Dia hanya berbaik dengan Fawwaz kerana Wardeena.

.
.

Seharian Alianna dipaksa Fawwaz dan Wardeena ke sana ke mari. Kalau bukan kerana Wardeena, memang dia tak kuasa. Fawwaz pula asyik mahu berkepit dengan dia. Rimas!

"Sejak bila dia panggil awak Daddy?" tanya Alianna ketika dia dan Fawwaz duduk berdua di sebuah bangku di tepi pantai.

"Sejak saya tahu nama dia. Nur Wardeena binti Muhamad Fawwaz. A very nice name." pandangan redup Fawwaz jatuh ke wajah Alianna, namun wanita itu tidak membalas.

"Saya tahu dia anak saya. Dari pertama kali saya nampak dia, i can feel it. Saya bukan seorang ayah yang baik, Lia. Tapi kalau awak beri saya peluang, saya akan cuba yang terbaik."

Alianna tersentuh mendengar bicara Fawwaz. Lain benar lelaki ini dengan Fawwaz yang mula-mula dia jumpa dahulu. Fawwaz yang ini sangat penyayang.

"Saya tak nak Deena benci ayah dia sendiri. Saya nak dia tahu, yang dia pun punya seorang ayah." ada getar di suara Alianna.

"Lia seorang ibu yang baik. Dan seorang isteri yang baik. Cuma saya yang tak reti hargai Lia." Fawwaz menunduk sugul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience