14: Belah

Fanfiction Completed 47901

"Weh, Alianna. Tunggu dulu!" Pojan mengepung laluan Alianna.

"Kau nak apa Fauzan?" Alianna memandang serius muka yang pernah menganiaya dia itu.

"Aku nak minta maaf la!" Pojan menghalang Alianna daripada melarikan diri. Lengan gadis itu ditarik.

"Apa ni! Jangan pegang aku la! Cukup lah kau dah aniaya aku. Tergamak kau tipu aku, Fauzan?" marah Alianna belum habis. Kerana lelaki itulah dia terjebak dalam hidup Fawwaz.

"Aku terpaksa, Lia. Aku betul-betul perlukan duit waktu tu! Aku mintak maaf, Lia."

"Lepaskan tangan aku la! Aku hampir kena rogol kau tau tak?! Aku hampir jadi pelacur! Sanggup kau buat kawan kau sendiri macam ni?" Alianna menghambur ketidakpuasan hatinya. Marah bila Pojan meminta maaf bagaikan kesalahannya itu kecil.

"Kau dah selamat kan sekarang? Bersyukur sikit boleh tak? Aku minta maaf je pun! Mana kau lari selama ni hah? Macam dah hidup senang aku nampak." sindir Pojan. Alianna nampak lebih terurus berbanding sebelum ini.

"Aku nak balik!" Laju tapak kaki Alianna mahu meninggalkan Pojan.

"Woi! sombongnya kau! Lia! mentang-mentang dah duduk KL dah sombong kau eh?!" Pojan masih mengekori Alianna.

"Tepi lah! Jangan kacau aku!"

"Dah jadi orang KL jangan lupa mak kau kat kampung! Tak malu ke orang cakap anak Cik Esah melacur kat KL? hahaha!" Pojan ketawa senang.

Hati Alianna bagaikan menggelegak apabila mendengar kata-kata Pojan. Namun marahnya ditahan agar tidak bertindak luar kawalan. Ketawa Pojan menambahkan lagi sakit hatinya.

"Hahaha! Blah la!" Pojan mendecit. Dibiarkan kelibat Alianna yang semakin menjauh. Puas hati dapat mengherdik perempuan itu.

.
. .

"See you tomorrow then. By the way Encik Fawwaz, tadi ada parcel dengan surat-surat lain untuk you." PA Fawwaz menyerahkan beberapa pucuk surat, namun yang paling menarik minatnya adalah sebuah sampul putih yang di hadapannya hanya tertulis nama dia.

"Ok, thanks. You may go."

Entah mengapa, hatinya tak sedap apabila ingin membuka isi sampul surat tersebut. Fawwaz tergamam ketika melihat beberapa kepingan gambar yang memaparkan susuk yang amat dia kenali. Terketar-ketar tangannya membelek gambar yang lain pula.

.
.

Bunyi hentaman kuat di bahagian pintu bilik mengejutkan Alianna yang sedang lena. Baru beberapa minit dia terlelap akibat keletihan yang amat.

Fawwaz mengetuk keras pintu bilik Alianna setelah ketukan pertama tidak mendapat respon.

"Kejap." Alianna bangun dari tilam dengan payah. Kepalanya masih berdenyut.

"Awak..saya ingat awak tak balik malam ni. Maaf, saya tertidur." Alianna menyapa Fawwaz yang tercegat di hadapan pintu bilik. Ada sesuatu yang tidak kena pada wajah Fawwaz.

"Keluar." Fawwaz kembali berjalan ke ruang tamu.

Alianna mengikuti dari belakang. Takutnya hanya Tuhan yang tahu. Fawwaz memeluk tubuh membelakanginya.

"Tengok." Fawwaz menjuih ke arah meja ruang tamu.

Alianna berjalan perlahan ke arah yang dimaksudkan. Di atas meja terpapar foto yang dibawa balik Fawwaz dari pejabat. Foto Pojan yang sedang memegang lengannya ketika mereka bertembung beberapa hari yang lepas. Hanya beberapa keping. Yang selebihnya foto yang diedit.

Alianna terdiam melihat gambar-gambar jijik itu. Sumpah dia tidak tahu menahu.

"Awak. Saya boleh jelaskan-"

"Kau jumpa mamat tu?" Fawwaz memotong ayat Alianna.

"Sa-saya.."

"Aku tanya, kau jumpa mamat tu ke?!!" jerkah Fawwaz. Alianna tersentak, tubir matanya mulai basah.

"Saya..cuma terserempak dengan dia, awak. Sumpah saya takda niat nak jumpa dia." Alianna memaut pada lengan Fawwaz.

"Terserempak pastu pegang-pegang kenapa?! Kau tipu aku kan?" Fawwaz mencengkam tangan Alianna. Panahan matanya cukup untuk membuat Alianna gerun.

"Saya tak pegang dia! Sumpah demi Allah. Awak percaya lah saya!" Alianna menahan sakit.

"Kau nak main sumpah? kau ni memang acah suci kan!! kau ingat aku bodoh ke Alianna? Kau melacur belakang aku masa aku takda? ni keje kau masa aku takda?!" Fawwaz menghambur marahnya yang tak tertahan.

"Ni. Ni, gambar apa ni?!! Kau ni memang sundal kan? Berani kau curang dengan aku!" Fawwaz melempar foto tadi tepat ke muka Alianna. Alianna menggeleng dalam tangisan.

"Bukan! Ni bukan gambar saya, sumpah saya tak buat macam ni! Awak percayalah saya. Awak!!!"

'Ppap!!' Alianna terpempan apabila tangan Fawwaz hinggap di pipinya. Pedih, sama pedihnya dengan kata-kata yang dilemparkan Fawwaz.

"Tadi kau cakap kau jumpa jantan tu pastu kau cakap tu bukan gambar kau pulak! Kaki pusing betul kau ni eh?! Aku percayakan kau selama ni! Ni yang aku dapat?!!" Fawwaz mencengkam pipi Alianna pula. Tangisan gadis itu tidak dihiraukan.

"Takkk..takk. Saya tak buat semua tu! Awak tolonglah percayakan saya! Sakitt, awak!" Alianna merayu meminta dilepaskan.

"Aku memang bodoh la sebab percayakan kau selama ni! Rupanya kau ni sama je macam perempuan murah kat luar tu!!" Fawwaz naik minyak.

"Demi Allah saya tak buat benda terlarang macam tu, awak. Tolonglah percayakan saya. Saya cintakan awak sorang je! Saya tak curang!" Alianna melutut sambil memegang kaki lelaki itu pula.

"Bullshit!! Kau memang tak patut duduk dalam rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau!!" halau Fawwaz. Meluap-luap darahnya bila melihat tangisan Alianna. Terasa dia dipermainkan.

"Awak. Tolong...saya merayu!! jangan buat saya macam ni! Tolongg.. saya takda sapa-sapa kat sini, Fawwaz..."

"Jangan merayu dekat aku! Kau memang patut kena buang!!"

"Saya mintak maaf, tolong jangan buang saya!! Tolong.. saya mengandung. Saya mengandungkan anak awak!" Alianna sanggup melutut di hadapan Fawwaz.

Dia teringat akan kandungannya yang masuk dua minggu. Ternyata ujian kehamilannyang diambil kali kedua menunjukkan tanda positif. Perkara itu sebelum ini dirahsiakan dari pengetahuan Fawwaz. Bimbang akan penerimaan suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience