19: Pertemuan

Fanfiction Completed 47901

Alianna lekas berpaling ketika lengannya ditarik dari belakang. Matanya meluas apabila melihat gerangan yang menyebut namanya.

"Alianna..."

Alianna masih merenung tajam ke arah Fawwaz sebelum dia merentap kembali tangannya. Alianna bagaikan disampuk hantu. Kakinya berjalan laju meninggalkan Fawwaz yang turut kaku.

Hatinya meronta, dia ingin menangis. Lama tidak melihat Fawwaz, dia jadi tak tentu arah. Rindu dan marah dalam waktu yang sama. Namun dia belum bersedia berhadapan dengan lelaki itu. Kenapa waktu begini Fawwaz ingin muncul?

"Alianna! Tunggu!!" langkah Fawwaz lebih laju menyaingi jejak Alianna. Tidak dia pedulikan mata-mata yang memandang.

"Alianna!! Tolonglah! Lia!!" Fawwaz mengejar dan terus merayu.

"Apa awak nak?!" selangkah Fawwaz mendekatinya selangkah dia menjauhi.

"Alianna. Lama saya cari awak! Mana awak pergi?"

"Buat apa awak cari saya?"

"Bagi saya jelaskan, Alianna tolong jangan lari. Saya minta maaf. Tolong.." pinta Fawwaz, cuba menghalang Alianna untuk lari.

"Jangan dekat dengan saya! Tolonglah jangan ganggu saya! Saya nak balik!" Alianna berkeras. Dia belum mahu membincangkan apa-apa dengan Fawwaz.

"Alianna, saya tahu saya salah. Tolong jangan macam ni. Saya menyesal, saya menyesal dengan apa yang saya dah buat. Sayang, jom ikut saya balik.."

"Jangan sentuh saya! Saya tak nak!" Alianna mengelak apabila Fawwaz ingin menghampiri.

"Lia, please.."

"Jangan ikut saya." tegas Alianna. Tiba-tiba dia mahu meradang mendengar perkataan maaf dari Fawwaz.

"Lia.."

"Saya cakap saya tak nak!" Alianna memotong.

Fawwaz terdiam akur. Dia memandang berat Alianna yang sudah berlalu pergi. Kecewanya hanya Tuhan yang tahu. Andainya Alianna tahu dia sangat rindukan wanita itu.

Alianna masuk ke dalam kereta sepantas kilat tanpa berpaling lagi. Tiba sahaja di dalam kereta, tangisan yang ditahan dari tadi dihamburkan. Tidak dia sangka akan bertemu lelaki itu lagi.

Lelaki yang pernah memberi bahagia dan juga derita dalam hidupnya. Untuk apa lagi Fawwaz mencarinya? Bukankah lelaki itu sudah lama membuang dia?

'Kenapa? Kenapa sekarang awak muncul?'

Sesampai di rumah, Alianna disambut oleh buah hati pengarang jantungnya.

Nur Wardeena. Penyeri hidupnya bersama ibu tersayang sejak empat tahun yang lalu. Lahirnya Wardeena ke dunia membawa seribu satu rahmat. Menjadi sumber kekuatan Alianna untuk memulakan hidup baru.

Di tempat yang baru, di mana tiada seorang pun yang mereka kenal. Jauh dari kenangan lampau. Jauh dari kata-kata nista orang kampung. Walau apa yang terjadi, dia tidak mahu hiraukan mulut-mulut yang mengata. Anak yang dikandung adalah anak yang sah taraf, dari perkahwinan yang sah.

Setelah melahirkan Alianna, rezekinya tidak putus-putus. Alianna mendapat pekerjaan baru dan serta mampu menyewa sebuah kediaman yang cukup untuk mereka tiga beranak. Kerja kerasnya semata-mata untuk keluarga kecil itu.

"Mama." Wardeena melayangkan ciuman ke pipi Alianna yang termenung sambil mendakapnya.

"Ya, sayang. Lama tunggu mama balik?" Rambut halus Wardeena dielus lembut.

"Lama. Deena lapar." Wardeena menjawab. Walaupun baru berusia empat tahun, dia petah bercakap.

"Sorry sayang mama. Jom, mama nak masak. Nanti kita makan sama-sama." terusir segala kebimbangan di hati apabila melihat Wardeena.

"Jom!" Wardeena menyambut ria.

Hati Fawwaz meronta-ronta ingin mendekati rumah yang diperhatikan dari jauh itu. Mujur dia sempat mengekori kereta Alianna. Baru sekarang dia tahu tempat tinggal isterinya.
Paling mengejutkan apabila dia melihat Alianna berpelukkan dengan seorang gadis kecil. Fawwaz tergamam.

"Baby.. Anak aku.." dia yakin budak itulah zuriatnya.

Anak yang tidak berdosa yang telah dia abaikan selama ini. Fawwaz menahan sebak. Ikutkan hati, mahu sahaja dia berlari ke arah dua insan yang dirindui itu. Ingin sahaja dia melutut memohon kemaafan.

Fawwaz mendail nombor Rahimah. Tidak sabar mahu mengabarkan berita gembira itu.

"Hello, assalamualaikum ibu."

"Waalaikumusalam, Fawwaz. Ada apa?"

"Fawwaz dah jumpa Alianna, bu." nada Fawwaz agak mendatar.

"Ya Allah. Fawwaz kat mana? Mana Fawwaz jumpa Lia? Fawwaz bawak dia balik tak?" soal Rahimah bertalu-talu.

Fawwaz terdiam sejenak. Memang dia gembira bertemu kembali dengan Alianna. Namun wanita itu kini telah membencinya. Bagaimana dia mahu memujuk dan membawa Alianna pulang?

"Fawwaz dekat Kuantan. Dia ada dekat sini ibu. Lia dengan anak Fawwaz ada dekat sini." Setitik airmatanya gugur. Syukurnya kepada Allah tak putus-putus.

.
.

"Lia?" tegur Mak Esah. Dari waktu malkan malam tadi dia perasan Alianna asyik termenung.

"Mak.." Alianna menyahut, televisyen yang terpasang dipandang kosong. Fikirannya tak tenang langsung.

"Tak nak tidur lagi?" Mak Esah mengambil tempat di sebelah Alianna.

"Belum lagi mak. Deena dah tidur?"

"Dah. Penat tadi seharian dia main." Alianna senyum pendek.

"Lia kalau ada masalah cerita je dengan mak."

"Tak tahulah mak. Lia tak tahu nak cakap macam mana." Alianna mula memicit dahi. Memikirkan insiden siang tadi dia jadi sedih kembali.

"Kenapa ni Lia? Ada apa?" risau Mak Esah melihat wajah Alianna.

"Lia.. Lia jumpa Fawwaz mak." Mak Esah mengusap belakang Alianna untuk menenangkannya.

"Lia jumpa suami Lia?" ulang Mak Esah.

Alianna mengangguk lemah.

"Lia benci lelaki tu mak. Lia tak nak tengok muka dia." luah Alianna.

"Mak faham. Tak senang Lia nak lupakan apa yang dah jadi. Tapi Lia kena bawak berbincang. Selesai cara baik." Mak Esah bersikap tenang.

"Hati Lia ni masih sakit mak..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience