25: Mula baru

Fanfiction Completed 47901

Alianna POV

Memang berat hati aku hendak mengikut Fawwaz ke KL. Pulang ke sana ibarat mengimbau kembali kenangan bersama lelaki itu. Aku takut aku tak kuat. Tapi demi Deena, aku turutkan jua.

Perasaan aku? Aku mungkin boleh menipu Fawwaz tentang apa yang aku rasa. Tapi aku tak boleh menipu diri sendiri. Aku masih menyimpan rasa yang sama terhadap Fawwaz. Dia cinta pertama, walaupun dia pernah buat aku terluka...

.

"Sayang.. you okay?" Fawwaz mengenggam tangan Alianna yang agak sejuk.

Alianna tersedar dari lamunan panjang. Panggilan Fawwaz dibiarkan. Lelaki itu sudah terbiasa memanggilnya 'sayang' walaupun dia tidak melayan.

"Kita dah sampai ke?" tanya Alianna. Inilah kali pertama dia akan bersua dengan ibu mertuanya. Gementar namun dia cuba mengawalnya.

"Dah. Jom. Deena jom!" Fawwaz membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

Senyuman di bibir Fawwaz cukup jelas menandakan bahawa dia gembira.

"Lia..come." Fawwaz menghulur tangannya. Alianna tidak menyambut, sebaliknya dia terus sahaja berjalan ke hadapan.

Belum sempat mereka sampai ke pintu rumah banglo besar itu, pemiliknya sudah menapak keluar.

"Lia!!" Rahimah meluru ke arah Alianna.

"Ibu!" Alianna menyambut Rahimah yang sudah memeluknya erat. Perasaan sebak mengiringi pertemuan mereka siang itu.

"Lia..rindunya kat Lia.. Mana Lia pegi?"

"Lia pun rindukan ibu..maaf Lia dah lama tak jenguk ibu."

"Lia.. ini mama Fawwaz." pelukan dileraikan, Rahimah memperkenalkan pula wanita cantik di sisinya.

"Alianna..." wanita itu senyum apabila memandang Alianna.

"Mama.." tangan orang tua itu dicium hormat sebelum mereka berpelukan.

"Alhamdulillah..jumpa juga dengan menantu mama ni."

"Mama..maafkan Lia-"

"Shh...bukan salah Lia. Tak perlu minta maaf." Suzanah menenangkan Alianna.

"Lia sihat? cucu mama mana?"

"Alhamdulillah, ma. Ini dia. Wardeena namanya." Alianna membawa Wardeena ke sisi.

Laju sahaja Suzanah mendukung Wardeena setelah tangannya disalami anak kecil itu.

"Wardeena? cucu mama ye? sihat ke sayang nenek ni hm?" pipi mulus Wardeena dicium.

Alianna senyum simpul. Wardeena kelihatan selesa dengan mama walaupun baru bertemu. Fawwaz disebelahnya direnung. Senyum lelaki itu masih lebar. Seketika anak mata mereka bertaut, tiada lagi perasaan bimbang di hatinya.

.
.

Fawwaz menukar posisi pembaringannya lagi beberapa kali. Hampir setengah jam dia cuba untuk melelapkan mata namun tetap sahaja dia tak bisa lena. Rancangannya perlu dilaksanakan juga malam ini. Kalau tidak, nanti dia melepas lagi.

Setelah berkira-kira, akhirnya Fawwaz bangun dari katil. Waktu ini sahaja sesuai untuk dia berbincang dengan Alianna tetang hasratnya. Harap-harap wanita itu masih belum tidur.

Sampai di hadapan pintu bilik Alianna yang tidur berasingan dengannya, Fawwaz tiba-tiba gugup. "Ya Allah, lembutkanlah hati isteriku!"

Baru sahaja dia ingin mengetuk, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam. Alianna terpacul di muka pintu dan terkejut dengan kehadiran Fawwaz.

"Ya Allah!! awak! terkejut saya!" Alianna mengurut dada yang berkocak hebat. 'Macam mana lelaki ini boleh muncul di waktu begini?'

"Lia..sorry. Saya baru nak ketuk pintu ni tadi." Fawwaz garu kepala yang tidak gatal.

"Awak nak apa?" tanya Alianna kelam kabut. Kalaulah Fawwaz tahu bahawa dia juga tidak dapat tidur kerana fikirkan lelaki itu.

"I need to talk. Pasal kita. Please."

"Ok.. err.. masuklah." Alianna mengizinkan Fawwaz masuk ke bilik.

Alianna terus mendapatkan sofa di bilik itu. Fawwaz mengambil tempat duduk sebelah dengannya. Walaupun gementar, Alianna cuba berlagak biasa.

"Saya ada something nak cakap dengan Lia. Tapi saya harap Lia tak marah."

"Apa dia?"

"Saya nak ajak Lia dan Deena untuk tinggal dengan saya."

"Fawwaz, saya dah cakap-"

"Lia, awak dah janji untuk beri saya peluang kedua. Saya nak cuma nak jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami, seorang ayah. Lagipun saya dah janji dengan Deena. Ibu awak pun dah setuju."

"Kenapa awak tak bincang dulu dengan saya? Deena tu budak kecik tau. Dia tak tahu pape. Kenapa awak pandai-pandai berjanji dengan dia?" suara Alianna meninggi.

"Sorry... Saya cuma nakkan Lia balik. Saya dah tak sanggup kehilangan Lia lagi lepas apa yang saya dah buat." jelas Fawwaz.

Alianna terdiam. Dia juga tidak mahu kehilangan Fawwaz lagi.

"Maaf kalau saya memaksa. Tapi saya buat ni sebab Deena jugak."

"Alianna..." ketika nama penuhnya disebut, Alianna merenung tepat ke dalam mata Fawwaz.

"Kita pindah rumah baru? dengan Deena, dengan ibu awak sekali. I wanna start it all over again." Sebelah tangan sudah mencapai jemari isterinya.

"Rumah baru?" rumah mana pula kali ini.

"Saya kan banyak rumah." gurau Fawwwaz.

"Yelah...kaya kan." sindir Alianna.

"Kaya kalau tak bahagia buat apa. Saya cuma bahagia kalau ada Lia dan Deena."

"Sweet talker sangat." Alianna cuba menyembunyikan wajah yang membahang.

"Betul sayang.. So camne?"

"Saya setuju sebab Deena je tau." senyum Fawwaz melebar mendengar jawapan Alianna.

"Sebab Deena je?"

"Ye lah."

"Ok lah. Asalkan Lia setuju. Tu pun dah cukup."

"Ada apa-apa lagi ke yang awak nak cakap? saya nak tidur."

"Tu je. Sorry ganggu Lia malam-malam. Emm...Lia tak takut ke tidur sorang?" sakat Fawwaz. Teringat pula Alianna akan Wardeena yang beriya mahu tidur dengan mama Fawwaz.

"Kenapa pulak nak takut? Ada ada je lah awak ni." Alianna menolak Fawwaz yang semakin mendekat.

"Manalah tahu. Nak saya teman?" meleret senyuman nakal di bibir Fawwaz.

"Tak payah mengada. Terima kasih." Alianna lekas bangun dari situ sebelum Fawwaz buat perangai.

"Betul ni? Rugi tau!"

"Nope. Dah, go go go!" Alianna menolak Fawwaz ke arah pintu bilik. Fawwaz sudah ketawa besar.

"Good night Lia. Love you." ucap Fawwaz sebelum pergi. Sekuntum senyum dihadiahkan kepada Alianna, membuatkan wanita itu diam tak berkutik.

Terlepas sebuah keluhan kecil dari mulut Alianna. Jantungnya tak duduk diam lagi. Jiwa wanitanya yang dulu mati seperti hidup kembali. 'Apalah yang Fawwaz dah buat kat aku ni!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience