26: Kembali

Fanfiction Completed 47901

Rumah yang sudah lama tidak menerima tetamu itu, kini riuh semula. Alianna, Suzanah dan Rahimah sedang sibuk di dapur menyediakan makan malam. Fawwaz pula sedang bercakap-cakap dengan Wardeena di ruang utama.

"Imah, Lia. Bukan main seronok Fawwaz dengan Deena. Sejuk hati saya tengok."

"Tu lah. Jarang tengok Fawwaz boleh rapat dengan budak-budak macam tu. Maklumlah, dia anak tunggal. Tapi sejak dah ada anak sendiri ni, makin hilang sikap baran dia tu."

"Lia rasa bersalah pulak sebab pisahkan Deena dari Abang Fawwaz." Alianna meluahkan rasa yang terbuku di hati.

Melihatkan kemesraan Wardeena dan Fawwaz, dia tumpang gembira. Terasa lengkap seisi keluarga. Itulah doanya saban hari, walaupun dia begitu bencikan Fawwaz. Lelaki itu tetap ayah kandung Wardeena. Dan suami yang perlu dia hormati dan taati.

"Bukan salah Lia. Benda dah lepas. Yang penting kita semua boleh berkumpul balik macam ni." pujuk Suzanah. Tiada yang lebih mengembirakannya selain melihat Fawwaz bahagia.

"Lepas ni kena tambah anak lagi la nampaknya, Lia." Usik Rahimah pula. Merona wajah Alianna dengan usikan itu.

"Tak sabar nak ada cucu ramai-ramai kan Mah, biar meriah sikit rumah ni." sambut Suzanah pula.

Makin rancak darah menyerbu ke muka Alianna ketika disakat. Nasib baik Fawwaz tiada di situ. Kalau tidak dia mesti sama naik.

.
.

"Alianna?" Fawwaz menegur Alianna di tempat duduk sebelah yang asyik termenung dari tadi.

"Yes?"

"Jom." Fawwaz membantunya meleraikan seatbelt tanpa disuruh.

Alianna ikut melangkah keluar dari perut kereta. Tersergam indah di hadapannya kini, rumah yang bakal didiami oleh keluarga 'baru' nya. Jelas lebih besar dari rumah Fawwaz yang sebelum ini. Namun itu bukanlah menjadi suatu kehairanan bagi orang berada seperti Fawwaz.

"Lia masuk lah dulu tengok-tengok, biar saya angkatkan barang."

Apabila sudah diberi lampu hijau, kunci rumah disambut dari tangan Fawwaz. Jejak sahaja ke dalam rumah itu, dia sudah mulai sukakannya. Tata rias berkonsepkan vintage amat menarik minatnya.

"Macam mana? you like it?" tanya Fawwaz yang sudah berada di sisinya.

"Cantik." Alianna mengangguk.

"So mulai hari ni, Lia dah jadi mem besar lah dalam rumah ni." Fawwaz memaut bahu Alianna.

"Tapi rumah ni besar sangat."

"Saya tahu Lia tak biasa dengan semua ni. But you deserve it. Lia isteri saya. Saya takkan layan Lia macam orang gaji, atau perempuan simpanan dah. Promise." Fawwaz mengangkat tangan tanda bersumpah.

Alianna senyum nipis. Tangan Fawwaz diturunkan, tanda hatinya sudah memaafkan.

"Saya pegang janji awak tu."

Bilik peraduan yang serba putih itu dipandang kagum. Namun di saat penat begini, matanya lebih tertumpu kepada katil besar yang empuk terletak di tengah-tengah bilik.

"Lia sure nak duduk satu bilik dengan saya? Kalau Lia tak selesa, ada banyak lagi bilik lain." duga Fawwaz. Bertahun-tahun dia berpisah dengan Alianna, dia bimbang jika wanita itu menukar fikiran.

"Awak nak tidur sorang-sorang ke?"

"Eh, tak lah. Ada Lia lena sikit saya tidur." Fawwaz sengih menampakkan giginya yang hampir sempurna itu.

Alianna cuma geleng kepala melihat wajah Fawwaz yang menggatal. Kenapalah Wardeena tidak ikut ke mari? boleh lah dia mengelak dari berdua-duaan dengan lelaki ini.

"So, apa kita nak buat hari ni? Saya nak spend masa dengan Lia je. Whole day, just you and me."

"Apa-apa je. Saya tak kisah."

"Apa kata kalau kita stay rumah je. Borak-borak, layan Netflix?" Fawwaz memberi cadangan.

"Borak-borak?"

"Yup. We start it all again. Saya nak kenal Lia lebih dekat. Rasanya banyak benda saya nak bagitahu Lia." Fawwaz mengenggam kedua belah tangan Alianna.

"Okay. Suka hati awak lah." Alianna mengalah.

"One more!"

"Apa dia?"

"Panggil saya 'abang' ?" Pandangan mereka bertaut seketika.

Alianna tersipu malu. Dia selalu kalah kalau bermain mata dengan Fawwaz. Itulah kelemahannya. Fawwaz mempunyai aura tersendiri yang mampu mencairkan hatinya.

"Yelah abang.."

Fawwaz ketawa kecil. Agak lucu kedengarannya namun dia suka. Melihat wajah Alianna malu-malu, mahu sahaja dia mencium wanita ini. Tapi memikirkan masih ada jarak antara mereka, ditahankan rasa hati. Yang penting dia cukup gembira ketika ini.

.
.

"Sayang..buat apa tu?" tangan Fawwaz menyelinap ke pinggang Alianna yang sedang memasak di dapur. Wanita itu pula hanya membiarkan.

Dia harus mula membiasakan diri dengan tindakan Fawwaz. Ketika membeli barang di pasaraya tadi pun Fawwaz tak lepas dari memegang tangannya. Macam pengantin baru!

"Masak lauk favorite abang la." ujar Alianna.

"Sedapnya bau sayang!" Fawwaz menjenguk ke arah sambal yang sedang ditumis Alianna.

"Aduh! sayang! masuk mata abang! pedih.." Fawwaz menganduh, mengundang cemas Alianna. Tangannya sudah berhenti dari memegang sudip.

"Mana?? abang, sape suruh dekat sangat. Pedih ke? nak Lia tiup?" Tangan Alianna sudah menghalang Fawwaz dari menenyeh matanya.

"Nak.. tiup sayang! pedih ni!"

Alianna memegang kepala Fawwaz dan didekatkan dengannya. Mata Fawwaz yang pedih ditiup perlahan. Tiba-tiba, elok sahaja pipi Fawwaz melekapkan pipinya ke bibir Alianna.

"Abang!!" Alianna memukul dada Fawwaz yang sedang ketawa sakan.

"Saje kan ambik kesempatan?" Alianna mengeluh manja. Kali ini pinggang Fawwaz pula menjadi sasaran cubitannya.

"Ouch. Sayang.. abang saje jelah. Bukan pedih sangat pun mata ni." kata Fawwaz dengan ketawa yang masih tersisa. Geram dia melihat wajah Alianna merah padam.

"Mengada! dah la, pergi tunggu kat luar jangan kacau Lia masak." Alianna menolak Fawwaz untuk keluar dari dapur.

Kalau dilayan, takut tak siap makan malam mereka!

p/s: Saya mungkin tak dapat update untuk beberapa minggu sebab final exam dah dekat huhuhu tapi saya akan cuba update kalau ada kelapangan. Terima kasih untuk pembaca setia, harap sabar menunggu sambungan ok ? jangan lupa komen :)

xx
Dee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience