16: Kebenaran

Fanfiction Completed 47901

Alianna kembali semula ke kampungnya. Hanya satu tempat yang ingin dituju. Ketika teksi yang dinaiki berhenti di hadapan sebuah rumah teres, jatungnya bagai nak putus.

"Assalamualaikum." suara seraknya menyapa tuan rumah.

"Assalamualaikum!" makin lama makin tenggelam suaranya.

Beberapa saat kemudian, muncul seorang wanita yang agak berumur membuka pintu rumah.

"Waalaikumusalam.." wanita itu menlihat ke arah gerangan tetamu yang datang. Riaknya berubah.

"Lia..?"

"Ibu..." tangisan Alianna pecah apabila namanya disebut. Dia lekas berlari dan memeluk ibunya.

"Lia..ya Allah. Mana Lia pergi selama ni?" Mak Esah turut menangis sambil memeluk erat tubuh Alianna.

"Ibu..ampunkan Lia ibu. Lia minta maaf sebab tinggalkan ibu. Ampunkan Lia!" Alianna ingin melutut namun dihalang.

"Ibu dah lama maafkan Lia! Lia jangan pergi lagi ye. Jangan buat ibu risau!" Mak Esah turut menitiskan air mata. Terubat kerinduan terhadap anak gadis.

Namun tangisan Alianna yang bagaikan tak mahu berhenti itu menimbulkan seribu satu persoalan. Naluri keibuannya kuat mengatakan bahawa gadis itu sedang dilanda masalah.

.
.

"Bagitahu ibu, mana Lia!" Rahimah bertanya serius. Dia langsung tidak mempercayai gambar-gambar yang dilihat.

"Dia dah keluar dari rumah ni." jawab Fawwaz mendatar.

"Ya Allah, Fawwaz! Kenapa sampai macam tu sekali? kenapa tak siasat dulu?"

"Nak siasat apa lagi ibu? tak jelas lagi ke apa dia dah buat kat kita? dia tipu kita ibu!" Fawwaz bengang apabila sering disalahkan.

"Gambar macam ni boleh edit Fawwaz. Ibu tak percaya Alianna buat semua ni."

"Kenapa semua orang nak bela dia? ibu dah tak percaya kat Fawwaz? lebih percayakan perempuan tu?" Fawwaz naik suara.

"Memang ibu percayakan dia! Kalau ye pun tak payah buang dia macam tu! kalau Fawwaz tak nak cari Lia balik biar ibu je yang cari."

"Jangan, bu."

"Selagi takda bukti kukuh selagi tu ibu tak percaya." Rahimah lekas angkat kaki dari situ.

Fawwaz masih dengan pendiriannya. Kebenaran apa lagi yang dia belum tahu?

.
.

Fawwaz mengheret Pojan dari dalam kelab keluar ke sebuah lorong, diiringi Rasydan.

"Encikk, encik tolong jangan apa-apakan aku cik!!" Pojan merayu. Dia sudah diberi amaran tentang Fawwaz sebelum ini.

"Ni! tengok gambar ni!" Fawwaz membaling gambar yang sama ke arah Pojan.

"Alianna." Pojan meneliti satu-persatu gambar itu dengan riak tak percaya.

"Encik, sumpah aku tak buat macam ni! Last aku jumpa dia masa ni depan farmasi. Aku tak ada buat benda-benda macam ni encik!! sumpah cik, ni gambar palsu ni cik!"

"Jangan tipu aku! kau tahu kan apa aku boleh buat kat kau?!" Fawwaz mencengkam kolar baju Pojan.

"Jangan cikk! sumpah bukan aku, encik. Tolonglah cik, aku cuma nak cari makan kat sini!!" Pojan merayu. Bertumbuk dengan lelaki ini tiada guna sedangkan saiz badan Fawwaz sahaja sudah dua kali ganda darinya.

"Habis tu kenapa kau pegang dia?!" Fawwaz berang. Pojan ditolak ke dinding.

"Maaf, encik. Aku saja je buat macam tu!"

"Saja kau cakap? Tu bini aku la sial!!" Fawwaz melayangkan penumbuknya ke pipi Pojan. Pemuda itu mengerang kesakitan. Darah mula mengalir dari hujung bibir.

"Maaaff..maaf encik! sumpah aku tak tahu! aku cuma perlukan duit, aku jual dia kat tokey sebab terdesak, maafkan aku!!" Pojan mengaku salah.

"Apa kau cakap?! kau jual dia? kau nak jual dia? kau ni memang setan!!" Fawwaz menendang pula perut Pojan. Marahnya tak dapat dibendung.

"Woo, woo Fawwaz! Dah la tu! sabar Waz! Biar aku tanya dia sesuatu." Rasydan menahan Fawwaz dari bertindak luar kawalan.

"Kau kenal perempuan ni?" Rasydan menunjukkan gambar Alicia dari dalam telefon bimbitnya kepada Pojan.

"Kenal! Kenal! dia ni yang tanya aku pasal Alianna!"

.
.

Fawwaz menerjah butik milik Alicia keesokkan harinya bersama Rasydan. Dia tidak peduli dengan apa yang ingin orang lain fikirkan.

"Alicia." Alicia yang sedang menjawab panggilan gembira apabila melihat kedatangan Fawwaz ke situ.

"Fawwaz. What brings you here? selama ni tak pernah pun rajin datang butik i?"

"Tak payah berdalih la Alicia. Just tell the fucking truth." Fawwaz masih mengawal diri.

"What the hell is wrong with you? truth apa ni?" Alicia buat-buat tak tahu.

"Mengaku je lah Alicia, apa yang you dah buat dekat Alianna." kali ini Rasydan pula bersuara. Dia juga tidak sangka Alicia sanggup menabur fitnah ke atas Alianna.

"Pasal perempuan kaki kikis tu ke you guys sampai datang sini cari i?" Alicia memeluk tubuh, sedikit pun tidak pernah terbit rasa kasihan kepada Alianna.

"You have no right to call her that!" Fawwaz mencerlung ke arah Alicia.

"You lagi percaya percayakan perempuan kotor tu dari kawan you sendiri? entah-entah dia dah jampi korang dua ni kot!" Alicia menambahkan lagi kemarahan Fawwaz.

"Shut up! kau mengaku atau tak yang kau dah fitnah dia or aku hantar kau kat polis? jangan cabar aku Alicia."

"Memang! memang i yang buat gambar tu!! padan muka betina tu! i memang dendam dengan dia since malam tu kalau you nak tahu Fawwaz!!! semua salah dia! salah dia i jadi macam ni!" Alicia menjerit bagai dirasuk.

"Kenapa susah sangat you nak faham yang i sukakan you Fawwaz?!! apa istimewa sangat perempuan jahanam tu!!"

"Stop it!! cermin sikit diri kau tu! perangai kau lagi jijik dari dia kau tahu tak?" hambur Fawwaz di hadapan Alicia.

Rasydan hanya jadi pemerhati di tepi. Sejujurnya dia juga kecewa dengan perlakuan Alicia. Fawwaz angkat kaki dengan rasa tak puas hati.

"Blah lah! Tak guna punya jantan!" marah Alicia.

"Can't believe you do this, Alicia." ucap Rasydan kecewa. Dia turut beredar dari situ.

"Pergi mampus la korang dua!!" Marah Alicia bertukar menjadi tangisan pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience