11: Kacau

Fanfiction Completed 47901

Dua buah beg kertas yang dibawa balik tadi dihempas ke atas katil. Alianna mengintai ke dalamnya, ada pakaian wanita, make up.

"Aku nak kau pakai dress tu malam ni. Aksesori semua sekali. Pukul 7.30 ikut aku pegi charity event." arah Fawwaz yang hanya bertuala paras pinggang.

Sengaja dia mahu membawa Alianna sekali. Sudah selalu sangat dia pergi ke majlis-majlis keseorangan. Apa salahnya kalau kali ini berteman. Lantaklah apa orang lain nak kata. Lagipun Alianna boleh tahan cantik, cuma gadis itu tidak pandai bergaya.

"Event apa awak? Saya..tak biasa. Lagipun barang-barang ni mahal sangat. Saya tak pandai.."

"Ikut je la. Aku beli pakai duit aku. Suka hati aku la." Fawwaz pantang betul kalau Alianna beralasan.

"Maaf. Ok ok.. Saya ikut.." Alianna cepat-cepat mencapai kesemua beg kertas tadi apabila melihat Fawwaz sudah berjalan ke arahnya.

"Dah tu, tak nak keluar? Nak tengok aku pakai baju ke?" Fawwaz sedang memegang kejap tuala di pinggang.

"Nak keluar la ni."

Alianna menggaru kepala yang tidak gatal. Manalah dia pernah pakai baju mahal begitu. Make up? Dia cuma reti pakai bedak dengan gincu sahaja. Pelik-pelik betul arahan Fawwaz ni.

.
.

Sisi dress dibetulkan lagi beberapa kali. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia memakai baju eksklusif begitu. Cantik, tapi kelihatan pelik dimatanya. Mungkin lebih sesuai digayakan oleh artis-artis.

Fawwaz memandang Alianna atas bawah. Benar tekaannya, Alianna bagaikan seorang bidadari malam itu. Mengapa selama ini dia tidak sedar..

"Nope. Tukar warna lipstick tu." Fawwaz membuat isyarat dengan tangannya.

"Kenapa? ok apa merah?" Alianna memandang bibir di cermin meja solek. Cantik aje gincunya.

"Not too red, seksi." Fawwaz memeluk tubuh sambil memandang serius ke arah Alianna.

"Okay la.." Alianna menggunakan tisu basah untuk menanggalkan warna merah terang di bibir. Gincu dengan warna lebih nude dikenakan.

"Ni okay?" Alianna memungilkan bibirnya ke arah Fawwaz yang sedang lepak di atas tilamnya.

"Okay sayangku intan payung. Dah cepat. Aku bagi masa lima minit je lagi. Lambat, tinggal." Fawwaz sudah bangun dan berjalan keluar.

Alianna lantas mengemaskan diri buat kali terakhir sebelum mencapai clutch. Sumpah dia tak pernah pakai macam ni, kekoknya!

.
.

Fawwaz sedang rancak berborak dengan tuan empunya majlis. Alianna pula hanya memerhatikan orang sekeliling. Hairan apa seronoknya acara sebegini. Sangat membosankan.

Alianna jadi kelam kabut bila dilanggar dari arah tepi oleh seorang gadis tinggi lampai. Gadis yang tadinya dilihat berbual mesra dengan Fawwaz kini berada di hadapannya.

"Excuse me? Ada masalah ke main langgar orang macam ni?" gadis itu bertanya angkuh. Sengaja dia menyalahkan Alianna, dilihatnya gadis itu seperti tidak selesa di acara itu.

"Maaf, cik." Alianna memohon maaf, tak mahu berbicara lanjut. Dia masih ingat akan pesan Fawwaz. Baru sahaja dia mahu menjauhi perempuan itu tetapi dihalang.

"Alicia. You yang datang dengan Fawwaz tadi kan?" gadis bernama Alicia itu memperkenalkan diri,  menghalang Alianna untuk pergi. Sudah lama dia tunggukan saat ini.

"Maaf, cik. Saya minta diri dulu." Alianna mengelak dari bertentang mata dengan Alicia.

Terasa jauh beza dia dengan Alicia yang cantik ini. Dah la body lawa, gayanya pun macam classy. Jujurnya terbit rasa cemburu tatkala melihat Alicia dengan Fawwaz sebentar tadi.

"Relaks la, whats with the rush? Bukan you ada teman pun kat sini kan? Yelah, you look like you're not used to this." Alicia sengaja menyindir. Dari tadi dia perasan Alianna bersendiri. Yakin gadis inilah yang dicari.

Alianna senyum tawar, lebih baik dia cepat-cepat beredar sebelum ditanya lagi.

"Hey, kau ni pekak ke?" Alicia menambah, kali ini dia seakan hilang sabar apabila tegurannya tak diendahkan. Berani punya pompuan!

"Saya dengar. Cik ada apa-apa yang penting ke nak cakap dengan saya?" Alianna cuba bersabar walaupun dia agak geram bila dipanggil pekak.

Bukan dia tidak mahu melayan, tetapi dia sudah berjanji dengan Fawwaz untuk tidak sembarangan bercakap dengan orang di situ.

"Dengar pun. Ingatkan dah pekak. Jangan berlagak sangatlah, perempuan." Alicia makin mencabar.

Dari tadi dia geram ingin tahu siapa Alianna. Maklumlah, selama ini Fawwaz bukan main susah diajak ke majlis begitu walaupun berkali-kali dia paksa. Tetapi malam ini, dia malah muncul dengan gadis entah dari mana itu. Istimewa sangatkah perempuan ni? Makin geram dia waktu melihat adegan berpelukan Fawwaz dengan perempuan itu tempoh hari.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu-"

"Hey pompuan! Kau ni siapa eh? Apa hubungan kau dengan Fawwaz?" Alicia bertanya perlahan, tidak mahu menimbulkan kekecohan di situ walaupun hatinya jelas sedang terbakar.

Alianna hanya diam, tiada jawapan yang mampu dituturkan. Sebolehnya dia mahu pergi dari situ.

"Oh. Aku tahu. Jangan-jangan kau ni perempuan simpanan dia? Mesti mahal dia bayar kau kan?" Alicia tidak mampu bersabar lagi. Puas hati dia melihat muka Alianna yang sudah merah padam.

"Cik jangan sembarangan tuduh saya." Alianna terketar-ketar menahan sabar.

"Jangan nak nafikan lah. Aku lebih kenal Fawwaz tu macam mana. Takkanlah taste dia perempuan macam kau ni. Orang macam kau, layak jadi perempuan-"

"Saya bukan perempuan simpanan Fawwaz." Alianna mengetap bibir. Matanya sudah mulai berair. Sudahlah ada beberapa mata yang memandang di situ. Mahu sahaja dia lenyap dari tempat itu ketika ini.

"Well. Dah tu? One night stand? Teman beromen? Tak malu punya pompuan.." Alicia berkata separuh berbisik. Tepat ke muka Alianna.

'Ppap!'

Satu tamparan hinggap di pipi Alicia. Alianna menahan sebak, tidak tahu mengapa tangannya begitu ringan malam itu. Mungkin kerana terlalu marah.

"Berani kau tampar aku? Perempuan jahanam!!" Alicia meradang, clutch yang dipegang digunakan untuk memukul Alianna. Terasa pijar pipinya oleh tamparan Alianna.

Alianna cuba mempertahankan diri. Beberapa perempuan yang ada disitu bergegas menghampiri mereka. Belum sempat dia melindungi diri, rambutnya pula ditarik Alicia. Gadis itu benar-benar sudah naik minyak.

"Bodoh punya perempuan! Kau cari pasal dengan aku!!" Alicia dan Alianna masing-masing bergelut, ditambah pula dengan orang yang cuba meleraikan mereka.

"Cik yang cabar saya dulu!" Alianna juga mahu mempertahankan diri. Bukan dia yang mulakan.

.
.

"Fawwaz, bini kau." Rasydan berbisik ke telinga Fawwaz yang sedang ralit berbual dengan salah seorang rakan.

"What the-" Terlupa pula dia akan Alianna sehingga diberitahu Rasydan.

Fawwaz bergegas mencari Alianna. Tidak percaya akan kata-kata Rasydan tadi.

Sesampai di tempat kejadian, Fawwaz terus mendapatkan Alianna yang masih sedang bergelut dengan Alicia, beberapa langkah sahaja dari kolam renang yang ada di situ.

"Alicia!! Stop!" Fawwaz menghalang Alicia yang sekali lagi ingin menyerang Alianna. Dia merentap lengan Alianna kasar.

"Fawwaz! This bitch slap me first!!" Alicia membela diri, Rasydan pula sedang menariknya menjauhi Alianna.

"Cik yang hina saya dulu!" Alianna turut bersuara. Air matanya masih laju di pipi. Lemah benar dia jika dihina begini.

"Shut up! Dan." Fawwaz memberi isyarat kepada Rasydan untuk membawa Alicia pergi dari situ.

"Bitch!" Alicia mencerlung ke arah Alianna apabila dia dibawa oleh Rasydan. Merah padam pipinya dek tamparan Alianna.

"Balik." Fawwaz pula menarik Alianna meninggalkan majlis malam itu. Insiden itu hanya diperhatikan oleh orang di situ. Masing-masing sudah saling berbisik namun tiada yang berani masuk campur kalau berkaitan Fawwaz.

Dengusan keras dari Fawwaz menandakan dia sedang marah, menakutkan Alianna.
Alianna ditarik menuju ke arah kereta, pintu dibukakan kasar.
"Masuk!"

Alianna terhinjut-hinjut menahan tangis. Fawwaz pula hanya diam sepanjang perjalanan dari tadi. Namun riak wajahnya terpampang kekecewaan.

"Awak. Saya mintak maaf." Alianna memberanikan diri bersuara ketika mereka sudah sampai ke rumah.

Fawwaz meramas rambut. Emosinya cuba dikawal sebaik mungkin.
"Kau memang tak reti dengar cakap aku kan..."

"Tapi perempuan tadi yang mulakan-"

"Aku tak nak dengar!!" tengkingan Fawwaz membuahkan tangisan Alianna.

"Kenapa susah sangat nak dengar cakap aku? Susah sangat ke arahan aku, Alianna?!!" kedua belah lengan Alianna digenggam erat. Insiden tadi bakal menjadi buah mulut orang. Masak dia!

Alianna menggeleng dalam tangisan. Dia takut Fawwaz yang ini. Fawwaz yang pemarah.

"Fuck!" Fawwaz naik ke bilik tanpa menghiraukan Alianna yang teresak-esak. Sebelum dia tidak mampu membendung barannya ada baik juga dia pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience