6: Bersatu

Fanfiction Completed 47901

Alianna berlari ke muka pintu setelah mendengar ketukan bertalu-talu. Pulang juga Fawwaz setelah dua minggu menghilang. Dia tidaklah mengharapkan suaminya itu balik selalu. Namun kehadiran Fawwaz ke rumah itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa sunyi yang dialaminya.

"Pekak ke??! Nak tunggu pintu ni pecah baru nak bukak? Lembab!" Fawwaz memaki hamun sambil masuk ke dalam rumah. Langkah yang tak bermaya diatur ke biliknya.

"Asyik marah je.." Alianna mengumam dalam diam. Menggigil juga dia menahan kesejukan tatkala ini. Hujan di luar masih lebat.

Alianna mengekori Fawwaz dari belakang, dia perasan bahawa baju dipakai Fawwaz basah dengan air hujan. Kalau bertanya, bimbang dia dimarahi pula.

Beberapa langkah lagi hendak sampai ke aras atas, derap kaki Fawwaz makin longlai. Kepalanya mulai berat. Alianna sempat menyambut lengan Fawwaz ketika lelaki itu terhuyung-hayang.

"Awak, badan awak panas sangat ni!" Alianna dapat merasakan bahang di belakang tubuh Fawwaz. Risau dia melihat suaminya lemah teramat.

"Awak masuk bilik dulu." Fawwaz dipapah masuk ke dalam bilik.

Sampai sahaja berdekatan katil, Fawwaz diturunkan di situ memandangkan lelaki itu boleh tahan beratnya. Tubuh Fawwaz yang terhempas ke atas katil mengakhiri penyiksaan yang dialami Alianna. Beratnya ya Allah!

"Pelan-pelan la, aduh!" Fawwaz menyeringai. Matanya pun sudah tak larat dibuka.

"Maaf awak. Maaf. Kejap, saya ambilkan ubat demam." kelam kabut Alianna jadinya.

"Tanggallah baju aku dulu, panas." arah Fawwaz. Seluruh badannya panas tapi dia menggigil.

"Oh, lupa. Kejap." Alianna kembali semula ke katil. Alianna terkebil-kebil hendak bermula di mana.

"Cepatlah!" Fawwaz mendesak.

"Ya, ya kejap." Alianna menahan malu sambil menanggalkan butang baju kemeja yang dipakai Fawwaz cepat-cepat. Matanya mengelak dari memandang wajah pucat milik Fawwaz.

Semangkuk air dan tuala kecil dibawa dan diletakkan di meja kecil sebelah katil Fawwaz. Fawwaz sudah pun berdengkur halus setelah selesai ditukarkan pakaian dan diberi ubat.

Alianna membasahkan tuala dan menuamnya ke atas dahi Fawwaz. Sesekali lelaki itu mengerang sambil menarik selimut. Kasihan pula. Balik-balik sahaja dalam keadaan demam. Kuat benar lelaki ini kerja.

"Lia..Alianna...Lia" Fawwaz meracau-racau dalam tidur.

"Saya kat sini." Alianna menepuk bahu Fawwaz. Tangannya digenggam Fawwaz. Alianna hanya membiarkan.

Fawwaz masih memegang erat tangan Alianna sedangkan matanya terpejam rapat. Dengkuran kembali mengisi kesunyian. Alianna cuba melepaskan, namun dia bimbang Fawwaz terjaga.

Beberapa lama kemudian, Alianna turut terlena di sisi Fawwaz.

.
.

Fawwaz masuk ke dapur. Kelibat Alianna sedang memasak diperhatikan. Bukan main ralit gadis itu sambil bernyanyi kecil.

Fawwaz batuk kecil untuk mencuri perhatian Alianna. Terkejut gadis itu melihat Fawwaz sudah duduk di meja makan.
"Seronok?" perli Fawwaz.

"Kenapa awak turun? saya belum siap lagi." Alianna mengacau bubur yang telah hampir siap sebelum menutup api dapur.

"Kalau tunggu kau siap sampai malam aku kebulur." Fawwaz meregangkan tubuh yang sengal-sengal.

Alianna menyediakan makanan yang sudah dimasak di atas meja. Sebelum berderet dia diceramah oleh Fawwaz, elok dia kenyangkan perut lelaki itu.

"Suapkan." Fawwaz menongkat muka di atas meja.

Alianna tidak membantah. Layankan sahaja perangai si Fawwaz, kalau dia melawan pun nanti dia disalahkan balik. Fawwaz senyum sinis, dia senang memerhatikan wajah Alianna sedekat ini. Dia juga senang mengenakan perempuan itu.

"Kau buat apa kat rumah sepanjang aku takde?"

"Takda buat apa. Kemas rumah-"

"Makan, tidur, goyang kaki...kan?" Fawwaz memotong. Hobinya memang menyakitkan hati Alianna.

"Yelah, habis tu saya nak buat apa?" suapan ke mulut Fawwaz diteruskan walaupun hatinya geram melihat wajah selamba Fawwaz.

"Menjawab." mulut Alianna dicuit. Alianna menganduh kecil.
"Mak kau macam mana?" terkeluar juga topik sensitif itu dari mulut Fawwaz. Dia melihat Alianna mengeluh kecil.

"Tak tahu." Alianna menjawab pendek. Masih terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata dilemparkan Fawwaz tempoh hari. Walaupun dia terasa, ada betulnya jika difikirkan semula.

"Teruk betul kau ni.." Fawwaz menambah rasa bersalah Alianna. Alianna mulai muram.

"Kalau saya nak balik kampung-"

"No!" Fawwaz membantah sebelum Alianna habis bercakap.

"Lagipun saya takda buat apa kat sini."

"Kau ingat aku bodoh? kau nak lari kan? jangan harap." Fawwaz meneguk air masak yang disediakan. Alianna kembali diam. Bercakap panjang dengan Fawwaz memang tiada guna.

"Kau yang nak lari sangat dari kampung. Buat apa nak balik sana? Kau jangan ingat senang-senang je kau nak keluar dari sini."

"Saya bukan nak lari." Alianna menunduk. Dia sedar memang tiada peluangnya untuk lari dari Fawwaz.

"Habis tu? jumpa kekasih gelap?" tebak Fawwaz. Alianna menggeleng perlahan.
"Mesti kekasih kau tengah cari kau kat luar sana kan? Berapa ramai jantan kau ada?"

Kata-kata Fawwaz ditelan walaupun pahit. Seakan dia sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan. Lebih baik dia diam. Sakit di hati biar dia simpan sendiri.

"Dah lah. Kenyang." napkin dilalukan ke mulut sebelum Fawwaz naik ke atas bilik, meninggalkan Alianna seorang diri. Dia mengeluh berat.

.

"Aku nak kau tolong cari maklumat pasal dia."

"Alianna binti Baharuddin."

"Apa-apa bagitahu je. Kalau boleh aku nak tahu rumah dia kat mana."

Ketukan di pintu bilik memaksa Fawwaz segera memutuskan talian.

"Masuk!"

Kepala Alianna terjengul di muka pintu. Dia masuk dengan kopi yang masih panas di tangan. Mahu kopi pula suaminya itu malam-malam begini.

"Nak letak mana?" Alianna bertanyakan Fawwaz yang sedang duduk di katil. Matanya masih tertancap di telefon bimbit di tangan.

"Naiklah."

"Nanti tumpah?"

"Bawak la elok-elok!" suara Fawwaz naik senada. Alianna memuncung. 'Dah elok la tu demam dia!'

Fawwaz menyambut cawan dari Alianna. Dihirup sedikit nescafe kegemarannya itu. Kalau buatan Alianna memang tak dapat dinafikan keenakkannya.

"Dah okay ke demam?" Alianna duduk agak jauh dari Fawwaz.

"Dah. Urutkan belakang aku. Lenguh la." cawan diletakkan di meja kecil sebelah katil sebelum Fawwaz duduk membelakangi Alianna.

Alianna membebel di dalam hati. Macam-macam lah permintaan Fawwaz waktu ini. Waktu-waktu begini sepatutnya dia sudah dapat berehat di bilik. Seharian dia melayan karenah Fawwaz nakkan itu ini.

"Uhh...kuat sikit. Bawah, bawah." Fawwaz kelegaan. Alianna menurut tanpa banyak tanya. Matanya hampir terlelap, cuma tangannya yang bergerak.

Fawwaz tersedar ketika merasa seseuatu di belakangnya. Kepala Alianna yang hampir jatuh ke bahunya membuat dia seram sejuk. 'Janganlah, Alianna..'

"Kau dah kenapa.. nak tidur sini ke?" tanya Fawwaz. Jiwa lelakinya bergetar hebat apabila merasakan nafas Alianna betul-betul di tepi telinganya.

"Hmm.." Tangan Alianna sudah berhenti bekerja. Berat benar matanya.

"Betul nak tidur sini dengan aku?" Fawwaz bertanya lagi, badannya dipusingkan menghadap Alianna seiring memegang bahu gadis itu.

"Hmmm..." Alianna mengumam dalam mamai.

"Alianna." Fawwaz memegang wajah Alianna. Lucu melihat Alianna menahan kantuk.

"Emmm.."

"Bangun. Or aku kiss kau." ugut Fawwaz. Bahu Alianna digoncang lembut.

"Hmm..."

"Hey.." Fawwaz mencari bibir Alianna.

Sentuhan di bibirnya bagai menghantar renjatan elektrik ke seluruh tubuh Alianna. Pantas sahaja matanya dibuka. Dada Fawwaz ditolak. Sejak bila dia di dalam pelukan lelaki itu?

"Awak!"

"Tadi kau cakap nak tidur sini dengan aku." Fawwaz masih mengemaskan pelukannya.

"Tak..tak. Saya tersalah cakap." Alianna mulai gelabah. Sumpah dia tidak sedar akan perbualan yang dimaksudkan Fawwaz.

"Nope, dah terlambat." Bibir kecil Alianna dipagut lagi. Alianna ditarik erat ke dalam rangkulannya biar gadis itu tidak dapat lari.

Alianna puas bergelut namun perbuatannya sia-sia. Saat tubuhnya direbahkan ke atas katil, dia hanya mampu memejam mata. Mengharap supaya malam itu berlalu dengan pantas. Direlakan sahaja apa yang akan dilakukan ke atasnya, oleh insan yang selayaknya. 'Ya Tuhan, aku redha.'

"Layan aku malam ni..." bisik Fawwaz.

.

Alianna bangkit bersama selimut yang menutupi tubuh. Pakaiannya yang sudah bersepah di lantai dikutip payah. Bahagian intimnya bukan main pedih lagi. Cadar yang perlu dicuci juga ditanggalkan dengan berhati-hati walaupun dia tahu suaminya itu sejenis tidur mati.

Alianna duduk di hadapan meja solek sambil menyisir rambut yang mulai panjang. Sisiran terhenti seketika sambil dia menyentuh beberapa tanda merah gelap di sekitar tengkuknya.

Panas wajahnya apabila ingatannya kembali ke peristiwa semalam. Untuk pertama kalinya, Fawwaz melayannya dengan baik dan lemah lembut. Tidak marah-marah seperti selalu. Alianna menelan liur ketika teringatkan bagaimana dia bangun pagi tadi tanpa seurat benang. Dalam pelukan Fawwaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience