2: Asing

Fanfiction Completed 47901

Alianna setia memandang lantai. Beberapa saat berlalu setelah dia dipanggil bersemuka dengan Rahimah. Dari riak muka wanita itu, dia tahu dia akan dimarahi. Alianna sedia menadah telinga, dia memang layak menerima nasib sebegitu.

"Alianna." Rahimah memanggil perempuan yang baru sahaja bergelar isteri Fawwaz ini. Dari tadi tunduk, tak bosankah dia?

"Ya, p-puan." ada getar di suara Alianna. Kali pertama wanita itu memanggil namanya. Kali pertama mereka duduk berdua begitu.

"Panggil ibu. Boleh ibu tanya sikit?" Rahimah perasan akan riak Alianna yang gugup. Jangan-jangan gadis itu takut kepadanya.

Niatnya hanya mahu tahu tentang asal usul Alianna. Dari mana datang gadis itu, dan apa sebenarnya hubungan Alianna dengan Fawwaz. Dari pandangannya, Alianna bukan sembarangan gadis. Wajahnya cukup polos, bertubuh agak kecil dan berkulit wajah putih. Bagaimana gadis itu boleh ditangkap khalwat dengan anaknya? Dalam keadaan separuh mabuk pula tu. Atau kenaifan Alianna ini dibuat-buat?

"Alianna asal dari mana?" Rahimah memulakan pertanyaan. Sudah lama sebenarnya dia ingin tahu. Tidak mahu dia bersangka buruk pada Alianna.

"Dari Selangor... ibu.." Alianna masih takut-takut.

"Macam mana boleh kenal dengan Fawwaz?"

Alianna terkebil-kebil. Ah sudah! Apa dia mahu jawab? Takkan dia mahu menceritakan perihal di kelab malam tempoh hari? Alianna kegelisahan, tercari-cari alasan. Takkan dia hendak menipu wanita itu. Dia tidak sampai hati.

"Ibu. Buat apa ni?" Fawwaz muncul entah dari mana, menyelamatkan keadaan. Alianna mengucap syukur di dalam hati, walaupun dia tahu dia belum selamat.

"Eh, Fawwaz dah balik?" Rahimah menghulur tangan ke arah Fawwaz untuk disalam.

"Yelah, dari tadi bagi salam. Buat apa ni? Sembang apa?" Fawwaz menjeling sekilas ke arah Alianna sebelum menunggu jawapan dari Rahimah.

"Ibu sembang sesaja dengan Alianna. Tak sedar Fawwaz dah balik."

"Dah la, lain kali boleh sambung. Fawwaz lapar ni." Fawwaz tidak berminat untuk mendengar tentang Alianna. Marah dia belum habis.

"Kalau macam tu, marilah makan. Dah siap agaknya tu, kejap ibu tengok." Rahimah bangun untuk ke dapur.

Alianna ingin turut mengikuti dari belakang namun lengannya terlebih dahulu ditarik Fawwaz. Dia menyeringai kecil.

"Apa kau cakap dengan ibu hah?" Fawwaz memandang tepat ke arah muka Alianna, makin meluat dirasakan.

"S-Saya tak cakap apa-apa." Alianna pantas menggeleng. Takut benar dia dengan wajah Fawwaz.

"Apa ibu tanya kau?" Fawwaz menarik lengan Alianna mendekatinya, bertambah cuak gadis itu.

"Ibu.. Cuma tanya saya asal mana.. Saya takda cakap benda lain selain tu." terang Alianna.

"Pergi." Fawwaz melepaskan pegangan. Agak kasar, namun dia ingin Alianna tahu yang dia sedang marah.

Alianna menggosok lengan sambil langkahnya laju diaturkan ke dapur. Takut kalau Fawwaz naik berang.

Fawwaz membuntutinya ke dapur. Dalam kepalanya ligat menyusun jalan cerita. Semalam dia sudah memberitahu Alianna bahawa mereka bakal berpindah keluar dari rumah itu. Takkan dia mahu serumah dengan ibu dalam keadaan dia sudah berkahwin dengan gadis itu. Tak kuasa dia mahu berlakon baik depan ibu 24 jam.

.
.

"Kenapa tiba-tiba nak pindah?" Rahimah bertanya ketika mereka sedang makan.

"Fawwaz tak nak menyusahkan ibu. Lagipun memang dah rancang lepas kahwin nak duduk rumah tu. Dah lama Fawwaz beli kan." jawab Fawwaz dengan tenang. Lama Rahimah diam sebelum bersuara.

"Kalau Fawwaz dah cakap macam tu, okay la. Elok juga tu, selesa sikit untuk kamu berdua." Rahimah akur. Sudah tiba masanya dia melepaskan anak bujangnya itu. Lagi-lagi bila Fawwaz sudah beristeri.

"Lusa inshaallah, kami akan pindah."

"Cepatnya?"

"Kalau boleh Fawwaz nak settle semua awal-awal. Lagipun kerja banyak kat ofis. Takut tak sempat." Rahimah mengangguk. Tidak sempat dia mahu berkenalan panjang dengan Alianna.

Lega Fawwaz apabila ibunya tidak banyak soal. Banyak urusan yang perlu dia selesaikan dengan 'isteri baru' dia. Tak sedap pula kalau mereka terus di rumah itu.

Alianna pula tidak banyak cakap. Rancangan Fawwaz harus dipatuhi, kalau dia mahu hidup lama. Masih samar-samar akan nasib yang bakal lalui di tempat baru.

.
. .

Pintu rumah batu besar itu dibuka Fawwaz. Keadaan rumah serba lengkap itu membuat Alianna terlopong sebentar. 'Besarnya!' Perabot kayu jati dan perhiasan kaca memenuhi seisi rumah.

"Angkat barang bawak masuk." Fawwaz berkata seraya masuk ke dalam rumah. Dia meneliti sekilas rumahnya yang sudah dikemaskan oleh pembantu yang diupah khas.

Setelah berpuas hati, dia kembali ke ruang utama dan duduk berlunjur di sofa.

Alianna terkocoh-kocoh membawa bagasi dan barangan lain keluar dari kereta. Banyak juga barang milik Fawwaz yang dibawa dari rumah ibu. Selebihnya pula buah tangan kiriman Rahimah. Macam-macam mereka dipesan sebelum keluar.

Lebih-lebih lagi kepada Alianna. Dia dipesan untuk menjaga dan melayan Fawwaz sebaik mungkin. Serba salah Alianna dibuatnya. Pandang mukanya pun Fawwaz tak mahu, ini kan pula dijaga seperti mana Rahimah menjaganya. Fikirkan tentang lelaki itu, Alianna jadi kecut perut. Baik dia cepat sebelum ditengking Fawwaz. Dah la mood suaminya itu sukar dijangka.

"Hoi." tegur Fawwaz sewaktu Alianna masuk ke dalam rumah. Dia terhenti di hadapan pintu.
"Sini."

Alianna meninggalkan beg yang sedang digalas dan cepat-cepat mendekati Fawwaz.
"Ya, saya."

"Mulai hari ni, kau jadi pembantu rumah kat sini. Ikut arahan aku kalau kau nak selamat. Kalau tak, aku hantar kau balik kat anjing kelab malam tu. Kau nak?" Fawwaz memandang Alianna tajam.

"Tak nak, encik." Alianna menggeleng laju. Dia sanggup jadi hamba sekali pun di rumah itu daripada dihantar balik ke kelab malam.

"Bagus. Meh sini." Fawwaz menepuk tempat disebelahnya. Senyum sumbing dia melihat wajah Alianna yang gelisah.

"Ada apa, encik??"

"Mari je la sini!" suara Fawwaz naik sedikit. Hanya itu satu-satunya cara untuk membuat Alianna patuh.

Alianna mendekati Fawwaz, belum sempat dia berkata-kata, lengannya ditarik kuat. Tubuhnya kejung setelah mendarat betul-betul di atas riba Fawwaz. Dia mahu bangun tetapi dihalang.

"Kenapa? Kau takut hm? Bukan kau dah biasa macam ni?" jari jemari Fawwaz bermain-main di lengan Alianna yang masih dilitupi baju, sambil dia mengepung kemas gadis itu di ribanya.

Alianna membisu, hanya gelengan diberi. Sungguh dia takut, dia belum pernah duduk sedekat itu dengan mana-mana lelaki. Ini kali pertama dia rapat begitu dengan Fawwaz.

"Jangan tipu aku.! Kau pelacur kan? Entah berapa ramai lelaki yang dah main dengan kau?" Fawwaz mengasak. Sudah lama dia ingin mendekati Alianna sebegitu. Apa salahnya, Alianna sekarang isteri dia.

Haruman Alianna bagaikan menarik dia. Padahal sebelum ini dia jijik. Namun, dia juga lelaki biasa. Yang punya nafsu.

"B-bukan..cik. Sumpah, saya bukan pelacur." Alianna cuba untuk melepaskan diri, walaupun dia tahu tidak akan berjaya. Bergenang matanya merayu, panggilan 'pelacur' itu benar-benar hina buatnya.

"Aku tak kira. Kerja kau, layan aku bila-bila masa je yang aku nak. Aku boleh bayar kau la. Sebab memang tu tujuan kau kan? Perempuan murah macam kau ni....sanggup buat apa je untuk duit. Termasuklah perangkap orang. Kan?" Fawwaz mencengkam pipi Alianna pula. Geram bila mengingatkan saat mereka ditangkap khalwat. Hairan mengapa gadis berwajah naif seperti ini boleh berada di kelab malam. Sudahnya, dia yang jadi mangsa keadaan.

"Maaf..maafkan sayaa cikk..bukan niat saya.." Alianna menangis ketakutan. Terasa lemah setiap kali diherdik Fawwaz. Lelaki itu tetap menyalahkannya atas semua perkara yang terjadi.

"Bullshit.." Fawwaz berbisik di telinga Alianna sebelum melepaskannya. Dia bangkit dari situ menuju ke arah pintu.

Alianna ditinggalkan sendirian di rumah besar itu. Meratap nasib yang malang. Ini baru permulaan hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience