28: Bahagia

Fanfiction Completed 47901

Setelah membalas pesanan Whatsapp dari orang tua di Malaysia, Fawwaz beriringan dengan Alianna meloloskan diri ke dalam limousin mewah yang menunggu mereka. Suhu sejuk di bumi Sydney mencucuk hingga ke tulang hitam.

"Deena okay ke bang?"

"Okay, dia dah nak tidur. Abang dah bagitahu mama kita dah sampai."

"Kesian pulak tinggal dia kat sana. Lia dah rindu dia.." ujar Alianna.

Kali pertama dia berjauhan dengan Wardeena. Itu pun kerana ibu memujuk untuk dia dan Fawwaz meluangkan masa bersama. Pengantin lama baru nak honeymoon katanya!

"She'll be fine. Esok kita video call dia okay?" pujuk Fawwaz sambil merangkul bahu Alianna.

"Sayang sejuk?" Alianna mengangguk kecil, tubuhnya dirapati ke arah Fawwaz, mencari kehangatan di situ.

"I'll warm you up later.." Fawwaz menayang senyuman gatal, tak lama sebelum lengannya ditampar Alianna.

"Gatal!" tiba-tiba pipi Alianna membahang. Kalau bab yang satu itu laju sahaja si Fawwaz ni!

.

.

Pagi-pagi lagi selepas bersarapan mereka berdua meluangkan masa menerokai bandar Sydney. Destinasi utama mereka pagi itu adalah taman tema Luna Park yang terletak di 1 Olympic Drive, memandangkan Alianna teringin untuk menaiki ferris wheel di situ.

Setelah itu, mereka ke Harbour Bridge di mana mereka berpeluang mendaki setinggi 134 meter dari paras laut Sydney Harbour. Dari atas jambatan itu, terserlah kecantikan pemandangan pelabuhan Sydney yang airnya biru berkilauan, dan Blue Mountain yang turut berdiri megah di suatu sudut. Walaupun gayat, Alianna tetap tersenyum riang sepanjang pendakian. Pengalaman indah ini begitu bermakna baginya, lagi-lagi bila Fawwaz setia di sisinya.

Lewat petang itu Fawwaz membawa pula Alianna ke Shelly Beach, yang terletak tidak jauh dari Sydney's Central Business District (CBD) untuk makan malam. Sebelum itu, mereka berkesempatan untuk menikmati suasana romantik sambil menunggu matahari terbenam.

Bibir Alianna tidak lekang dengan senyuman, Fawwaz pula tidak lepas dari bergandingan tangan dengannya. Takut hilang pula isterinya ini.

"Cantiknya, bang." Alianna terpaku melihat permandangan sunset di hadapannya.

"Cantik macam Lia.." Fawwaz mengukir senyum, dahi Alianna dicium.

Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Matahari terbenam, dan isteri tercinta disisi. Lebih dari cukup. Tak pernah dia bayangkan akan kembali bahagia dengan wanita ini.

"Thanks.." Alianna tersipu mendengar pujian dari Fawwaz.

"Thanks sebab terima abang. Walaupun abang ni jahat." Fawwaz mengemaskan pelukannya. Pandangan kasih dihadiahkan ke wajah isterinya.

"Siapa cakap abang jahat? Kalau abang jahat, abang takkan selamatkan Lia dulu. Mesti abang dah tinggalkan Lia tepi jalan sorang-sorang."

"Lia ingat lagi masa tu?"

"Lia akan ingat sampai bila-bila. Kalau tak sebab hari tu, Lia takkan kenal abang."

"So, menyesal tak kenal dengan abang?" duga Fawwaz.

"Dulu mungkin lah. Tapi sekarang dah tak. Lia sayang abang sangat-sangat tau!" Tangannya melekap ke dua-dua belah pipi Fawwaz. Lelaki itu ketawa kecil.

"Abang sayang Lia jugak. Lia ajar abang erti cinta, sayang, dan bahagia. Abang tak pernah sebahagia ni." batang hidung Alianna dicuit.

"Sweet talker!" usik Alianna.

"Thanks sebab bagi abang peluang sekali lagi. I love you so much, Alianna."

"And i always love you too, abang."

.
.

Walaupun masing-masing kepenatan, mereka sempat bersua muka dengan Wardeena melalui video chat. Anak kecil itu kelihatan seronok tinggal bersama neneknya. Perbualan diakhiri dengan permintaan Wardeena untuk diberikan 'adik baru'. Alianna hanya geleng kepala sambil buat muka pasrah.

"Sayang penat?" Fawwaz mengusap belakang Alianna sambil bersandar ke kepala katil.

"Sikit. Abang penat?"

"Kalau dengan sayang, tak penat pun." gurau Fawwaz. Jarinya bermain-main pula dengan rambut panjang Alianna. Cantik isterinya ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

"Mengadanya..." Alianna mencuit hidung mancung Fawwaz. Tawa kecil dari suaminya itu mengundang debaran di dada.

"Abang tak pernah nampak pun Lia pakai nightgown ni?"

"You like it?" Alianna sengaja tanya soalan menggoda. Memang dia tak pernah pakai baju tidur senipis ini. Tapi lantaklah, Fawwaz je pun yang tengok.

"Very much." Fawwaz mengangguk.

Dengan perlahan Fawwaz memaut pinggang kecil Alianna supaya lebih dekat dengannya. Alianna tidak pula membantah. Dia merelakan perlakuan lelaki itu.

Spontan dia memejamkan mata apabila terasa hidung mereka berlaga dan dahinya dikucup. Rasa gugup, tak keruan menguasai diri. Nyata, dia tak terdaya membekukan hati lagi. Lelaki ini sememangnya mempunyai tarikan yang luar biasa, yang mampu mencairkan hatinya yang sedang rawan.

"I miss you so much Alianna." Fawwaz membisikkan kalimah itu tepat di telinga Alianna.

"I've miss you too, Fawwaz.." Tanpa sedar Alianna membalas kata-katanya.

Alianna POV

Dapat dirasakan bibir Fawwaz menyentuh bibirku lama. Dakapannya aku eratkan tanda aku juga perlukan dia. Malam itu menjadi saksi cinta kami bersemi kembali.

Demi Allah aku tak sanggup menipu diriku sendiri lagi. Aku benar-benar rindukan kasih tulus Fawwaz. Tembok ego aku biarkan runtuh, kerana aku yakin untuk mulai segalanya semula dengan lelaki ini.

Biarlah sakit itu pergi..kerana aku ingin bahagia sekali lagi.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience