Kelibat tiga beranak yang sedang meluangkan masa bersama di tepi pantai itu diperhatikan dari jauh. Sudah beberapa hari dia menahan diri dari mengekori mereka, namun perasaan rindu yang membuak-buak tidak dapat dihalang. Fawwaz terpanggil untuk mendekati mereka. Dia sudah tidak tahan bersembunyi begitu.
"Yeay ada ice cream. Mama nak ice cream!" Wardeena bersorak keriangan melihat anak-anak sebaya dengannya mengerumuni penjual ais krim berdekatan tempat mereka.
"Deena tunggu sini mama belikan. Duduk dengan nenek." Alianna mengangkat Wardeena dari ribaannya sebelum pergi membeli ais krim.
"Nenek, Deena nak tengok kat situ." Wardeena menunjuk pula ke arah dua orang budak kecil yang sedang bermain belon buih.
"Pergilah, jangan jauh-jauh sangat." Mak Esah mengizinkan.
Fawwaz keluar dari tempat persembunyian dan menuju ke arah Wardeena yang sedang leka melihat kanak-kanak lain bermain. Melihat wajah comel Wardeena membuatnya tersenyum lebar. Sebiji macam muka Alianna.
"Hai.." Fawwaz menegur. Lama dia menunggu jawapan dari Wardeena.
"Hai." Wardeena menjawab pendek sebelum tumpuannya kembali terarah kepada dua beradik di hadapannya.
"Kenapa tak main sekali?" Fawwaz bertanya lagi. Kalau ikutkan mahu sahaja dia membawa Wardeena ke dalam pelukan.
Wardeena hanya menggeleng. Dia masih memandang ke arah sama dengan penuh minat.
"Awak nak main macam tu? saya belikan. Nak?" Fawwaz cuba memancing minat Wardeena.
Wardeena kemudiannya mengangguk sambil tersenyum. Dia mengikut Fawwaz tanpa banyak soal.
"Mana Deena, bu?" tanya Alianna dengan aiskrim di tangan.
"Tadi dia nak main dekat situ. Haa, tu dia!" Mak Esah menunjuk ke arah Wardeena yang sedang leka bermain dengan seorang lelaki dewasa.
Alianna terpaku melihat mereka berdua.
"Deena!" Alianna memanggil Wardeena, tangan anak kecil itu dicapai menjauhi Fawwaz.
"Mama.. Deena dapat belon." Wardeena yang tidak mengerti apa-apa hanya memandang gelagat Alianna dan Fawwaz yang saling berpandangan.
"Lia.." Fawwaz perasan akan riak terkejut Alianna.
"Apa awak buat kat sini? Awak ikut saya ek?" marah Alianna. Tidak dia sangka Fawwaz muncul lagi di situ.
"Lia, saya cuma nak jumpa anak.. "
"Deena pergi dekat nenek sekarang." Alianna mengarah.
"Deena nak main belon-"
"Mama cakap pergi dekat nenek." bantah Alianna.
Mak Esah hanya memandang dari kejauhan. Risau apabila Wardeena kembali mendapatkannya.
"Apa awak nak?" Alianna bertanya, wajahnya tidak memandang Fawwaz langsung.
"Lia. Tu anak kita kan?" Fawwaz bertanya penuh pengharapan. Dia sudah mula menyayangi Wardeena walaupun baru sahaja bertemu.
"Dia anak saya. Dan tolong jangan ganggu kami." Alianna merenung tajam ke arah Fawwaz. Entah dari mana datangnya kekuatan itu.
"Alianna, saya minta maaf. Please, jangan tipu saya." lengan Alianna disentuh tapi laju sahaja Alianna menepis.
"Minta maaf? sesenang tu? ok, saya maafkan. Jangan ikut saya lagi please la."
"Lia, please.." Fawwaz tahu Alianna belum ikhlas memaafkannya. Dia kenal dengan wajah sedih Alianna. Dia dapat baca isi hati isterinya itu.
"Dah la Fawwaz. Saya tak nak ada kena mengena lagi dengan awak!" Alianna menahan air mata yang bakal jatuh bila-bila masa. Dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan lelaki itu.
"Alianna remember, awak masih isteri saya yang sah!" Fawwaz mengejar Alianna.
Alianna terdiam namun kakinya terus melangkah menjauhi Fawwaz. Dia belum sedia.
"Jom balik, ibu, Deena." arah Alianna.
"Kenapa ni Lia?" Mak Esah bertanya kehairanan. Lelaki yang berbual dengan Fawwaz tadi langsung dia tak kenal.
Alianna tidak menjawab, sebaliknya dia sibuk mengemas barang untuk pulang.
"Deena masuk kereta sekarang."
Kehadiran Fawwaz ke situ lebih menarik perhatian Wardeena berbanding arahan Alianna.
"Uncle!" Wardeena lekas mendapatkan Fawwaz.
"Deena! apa mama cakap tadi?" marah Alianna.
"Deena nak main..." wajah Wardeena sudah berubah saat dimarahi. Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Fawwaz.
"Tak boleh! Pergi masuk kereta sekarang." Alianna mencerlung ke arah Fawwaz.
"Deena, jom." Mak Esah segera datang menyelamatkan keadaan. Sepertinya dia tahu apa yang sedang terjadi.
"Lia, tolong la bagi peluang saya jelaskan." Fawwaz merayu.
"Nak jelaskan apa lagi? saya tak nak dengar! awak jangan pandai-pandai nak hasut Deena eh" Alianna memberi amaran.
"Dia anak kita kan? Lia, kita boleh bincang. Kalau awak nak saya merayu pun saya sanggup. Please..bagi peluang saya tebus kesalahan saya." pujuk Fawwaz.
"Tak payah merayu. Awak dah buang saya Fawwaz, buat apa awak cari saya lagi? saya ni tak ada guna pun dalam hidup awak. Awak boleh lepaskan saya!" berombak dadanya menahan marah. Pedih ketika mendengar Fawwaz mengungkapkan kata maaf.
"Saya silap, saya tahu. Dan saya takkan lepaskan awak, awak masih isteri saya Lia. Saya cuma minta satu peluang. Satu je." bertahun dia kesalkan perbuatannya. Fawwaz tahu bukan mudah Alianna untuk memaafkannya.
"Awak tak pernah anggap saya isteri awak, Fawwaz. Tak pernah." Alianna meninggalkan Fawwaz di situ. Bercucuran air matanya jatuh.
Fawwaz tercegat di situ. Kata-kata Alianna menusuk jauh ke dalam kalbu. Pedih. Benarkah selama ini dia tidak pernah mengiktiraf Alianna sebagai seorang isteri yang sebenar-benarnya?
.
.
Alianna masuk ke bilik Wardeena yang sedang tidur lena. Perlahan dia naik ke katil anak kecil itu. Dahi Wardeena dicium penuh kasih. Melihat wajah anak tunggalnya itu, dia selalu teringatkan Fawwaz. Kasihan Wardeena yang tidak mengerti apa-apa. Dia hanya mangsa keadaan.
Tidak hairanlah Wardeena cepat mesra dengan Fawwaz. Lelaki itu adalah bapa kandungnya sendiri.
"Lia.." panggil Mak Esah yang muncul di muka pintu. Dia tahu orang tua itu memerlukan penjelasan.
Share this novel