Sesampainya di tempat kerja, ada sejambang bunga menanti di atas meja. Dia kenal benar dengan si pemberi. Ini bukanlah kali pertama dia menerima jambangan bunga itu. Alianna mengambil kad yang terselit di sebalik bunga segar itu.
'Selamat pagi sayang abang.'
Isi kad dibaca. Alianna tayang muncung. Sayang konon. Kad diletakkan kembali dan bunga itu diletakkan di atas lantai. Biar padan muka si Fawwaz. Dulu sewaktu dia sayangkan lelaki itu, langsung tiada ungkapan cinta dari Fawwaz. Macam syok sendiri pula dia selama ini.
Sampai hari ini dia masih dingin terhadap Fawwaz walaupun sudah pelbagai cara dilakukan lelaki itu untuk mendekatinya.
"Rajin suami kamu tu. Tiap minggu datang jenguk Deena. Mesti penat ulang alik sini ke KL."
"Biarkan bu. Siapa suruh dia susah-susah. Bukan Lia yang mintak."
Alianna tidak kuasa mahu melayan pujukan Fawwaz. Dia masih tetap dengan egonya. Walaupun setiap minggu Fawwaz akan datang ke rumah, dia masih berdiam diri. Kadang-kadang Fawwaz bagaikan tak wujud di situ.
"Sampai bila Lia nak hukum dia macam tu? Ibu tengok dia betul-betul menyesal. Tak kesian ke dekat dia?"
"Dia tak pernah pun kesiankan Lia sebelum ni. Lia ingat lagi apa yang dia cakap dekat Lia dulu, bu. Macam-macam dia dah hina. Dulu memang Lia diamkan je. Tapi Lia pun ada perasaan. Sakit hati Lia ni bila ingat balik."
Di sudut dinding, Fawwaz hanya mendengar butir bicara dua beranak itu. Tahulah dia bahawa Alianna masih tidak dapat memaafkannya. Hati mana yang tak sakit bila dituduh macam-macam, dan dihalau sehelai sepinggang dalam keadaan hamil. Penyesalan itulah yang menghantui hidup Fawwaz selama bertahun-tahun.
.
.
"Lia.. esok Fawwaz nak bawa Deena jalan-jalan. Katanya nak bawak Deena stay dekat resort." Mak Esah menghampiri Alianna yang sedang membantunya di dapur.
"Kenapa pulak nak kena stay kat resort? Keluar satu hari dah la." Alianna kurang setuju. Jujurnya dia sedikit cemburu melihat Wardeena rapat dengan Fawwaz.
"Biarlah. Lagipun cuti sekolah. Bukan selalu." pujuk Mak Esah.
"Deena tu bukan boleh lama-lama pun dengan orang yang dia tak kenal." Alianna beralasan.
"Tapi tu kan ayah dia jugak. Lia dah lupa?"
Alianna mengeluh halus. Kalau dah ibu dia pun dah mula menerima Fawwaz takkan dia mahu melawan lagi.
.
.
"Esok nak main lagi?" tanya Fawwaz sambil dia menyuap makan ke mulut Wardeena.
"Nak! nak swimming."
"Boleh. Tapi kena duduk sini lama la. Nak?" Rasydan yang turut bersama makan malam juga terhibur dengan telatah Wardeena.
"Nak."
Fawwaz mengusap rambut panjang Wardeena. Seharian meluangkan masa dengan anak gadisnya itu cukup membuatnya bahagia. Wardeena bijak dan pandai mengambil hati.
"Deena. Mama pernah cerita pasal ayah tak dekat Deena?" Fawwaz cuba mengorek rahsia. Dia tahu anak kecil ini pasti akan bercakap benar.
"Mama cakap ayah kerja jauh." jawab Wardeena. Fawwaz dan Rasydan berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa mama tak bawak Deena jumpa ayah?" tanya Rasydan pula.
"Mama cakap ayah busy."
Fawwaz senyum kelat. Andai sahaja Wardeena mengerti akan perkara sebenar, pasti anak ini juga akan membencinya. Dia tersedar dari lamunan setelah dicuit Rasydan.
"Err..Deena. Lepas ni tak payah panggil uncle dah. Panggil daddy. Uncle boleh jadi ayah Deena. Boleh?"
"Boleh! yeay!" Wardeena tayang senyum lebarnya.
.
Alianna terjenguk-jenguk ke arah luar rumah. Masih mengharapkan Wardeena akan pulang waktu ini. Tidak duduk senang sekiranya seharian tidak menatap wajah anak kesayangannya itu.
"Ibu, tahu tak resort mana yang Deena pergi tu?" Alianna akhirnya bersuara.
"Resort Indah Nian kalau tak silap ibu. Kenapa Lia tanya?"
"Lia ingat nak pergi tengok dia lah."
"Laa..dah malam ni. Tunggu esok jela."
"Takpe la, bu. Lia risau kang dia cari kita." Alianna segera bangun dari sofa dan mencapai kunci kereta.
"Ya Allah budak bertuah ni.." Mak Esah hanya mampu menggeleng kepala. Dia yakin Wardeena tidak apa-apa di samping Fawwaz.
"Alianna kan?" tegur Rasydan dari belakang. Dia masih ingat wajah isteri Fawwaz walaupun mereka jarang bertemu.
Alianna yang sedang berdiri di lobi melihat Rasydan kehairanan.
"Saya Rasydan. Kawan Fawwaz. Cari Fawwaz ke?"
"Ye. Saya cari dia. Awak tahu dia bilik berapa?" kebetulan dia bertemu Rasydan, nasibnya baik.
"Dia bilik VIP, nombor 122." kata Rasydan. Kali ini dia ada rancangannya sendiri.
"Okay, thanks." Alianna segera menuju ke bilik yang dimaksudkan.
Hilang sahaja Alianna dari pandangan, Rasydan lekas menghantar pesanan ringkas kepada Fawwaz. 'Aku dah bagi can ni bro!'
Sesampai sahaja di hadapan bilik 122 itu, pintunya diketuk. Tidak sabar dia mahu bertemu dengan Wardeena.
Fawwaz membuka pintu bilik. Senyuman dilemparkan ke arah Alianna walaupun dia tahu wanita itu tidak membalas.
"Mana Deena?"
"Masuklah dulu, Lia." jemput Fawwaz.
Alianna masuk ke dalam bilik yang besar itu, tiada pula kelibat Wardeena kelihatan.
"Mana Deena? saya nak bawak dia balik." Alianna terus bertanya tanpa berbasa basi.
"Deena tak ada kat sini. Dia dengan Rasydan." jawab Fawwaz jujur.
"Apa? Awak bagi anak saya dekat orang lain?!" tanya Alianna serius. Dia memang tidak akan main-main soal Wardeena. Panas pula hatinya mendengar jawapan Fawwaz.
"Look, Alianna. Deena adik perempuan Rasydan yang jaga. I sengaja bagi Deena kat dia. We need some time to talk."
Share this novel