BAB 26

Romance Completed 2973

“Sa..kit..” mulut Haziah tidak putus-putus menyebut perkataa sakit. Tidak tertanggung rasa sakit dikepala. Mukhriz menitiskan air mata kerana sebak melihat keadaan isterinya.

“Bertahan sayang. Sayang kuat, abang tahu.” Pujuk Mukhriz lembut menenangkan Haziah.

“Abang, sakit… Haziah dah tak tahan…sakit…” tangis Haziah lagi. Kalau Engkau mahu tarik nyawa aku sekarang, aku redha ya Allah, aku tak tahan.

Mukhriz merenung tepat anak mata Haziah. Air mata bertakung dimata Mukhriz melihat keadaan isterinya. Muka Haziah pucat lesi seperti tiada darah yang mengalir. Bibirnya merekah, tiada lagi bibir merah delima selama ini. Matanya juga turut bengkak dan mempunyai lingkaran hitam dibawah mata. Ya Allah, kau bagilah aku sebagai peganti penyakit ini. Aku tak sanggup melihat keadaan isteri aku macam ni lagi.

“Abang tahu, isteri abang kuat kan? Bertahan ya sayang. Nanti sakit ni akan hilang.” Air mata Haziah diseka dengan jari tetapi tetap juga air mata Haziah keluar dengan banyak menahan kesakitan. Dahi bertemu dahi, kedua-dua belah tangan memegang pipi isterinya memberi kekuatan. Haziah tidak berkata apa-apa selain perkataan SAKIT. Sekarang bukan Haziah sahaja yang menangis, Mukhriz juga turut menangis melihat keadaan isterinya.

“Abang kat sini, tahan ya sayang”

“Abang sayang Haziah. “

“I love you sayang.”

“love you baby”

“Isteri abang kuat”

Mukhriz mencium bibir Haziah lama dengan harapan sedikit kekuatan boleh diberikan kepadanya. Mukhriz dapat merasai air mata Haziah lebat menitis dipipinya sewaktu mencium Haziah.

Berbagai kata-kata semangat di ucapkan untuk memberi kekuatan pada isterinya.

Tiba-tiba Mukhriz merasai diri Haziah semakin lemah, tidak mampu untuk menampung dirinya. Mukhriz melihat mata Haziah tertutup rapat. Apa yang lebih mengejutkan lagi, ada darah yang mengalir di hidung Haziah.

“ya ALLAH, sayang. Kenapa ni. Sayang, bangun sayang. Sayang!” Mukhriz cuba untuk mengejutkan Haziah. Tiada gerakan atau tanda-tanda Haziah mahu menyahut. Haziah sudah terkulai layu dalam separuh sedar. Hati Mukhriz sudah ketakutan. Perkara yang sama seperti pertama kali Haziah pengsan terjadi lagi.

Darah semakin banyak keluar memaluli hidung isterinya. Pipi Haziah ditampar lembut menyuruh Haziah untuk sedar tetapi hanya sia-sia, Haziah tidak menunjukkan sebarang tindakan. Tanpa tunggu lebih lama, tubuh Haziah dicepung dan dibawa ke hospital.

Mukhriz mundar mandir di hadapan pintu bilik kecemasan. Berharap agar isterinya baik-baik sahaja. Selepas satu jam, Fahmi keluar dari bilik kecemasan tersebut. Mukhriz berlari mendapatkannya.

“Fahmi, isteri aku macam mana?” tanya Mukhriz cemas. Fahmi hanya mendiamkan diri.

“Fahmi enapa kau diam. Cepatlah! Isteri aku macam mana!” tengking Mukhriz tidak sabar.

“Aku minta maaf Iz, aku gagal selamatkan Haziah. Allah lebih sayangkan dia.” Dengan berat hati Fahmi memberitahu Mukhriz. Haziah tidak dapat diselamatkan. Sel Kanser semakin aktif dan memakan semua sel-sel yang ada. Otak Haziah tidak bleh berfungsi lagi. Dia telah menghembuskan nafasnya sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Mukhriz terduduk dilantai mendengar pernyataan tersebut. Mukhriz menangis semahu-mahunya. Kepala lututnya dirapatkan dan menyembamkan mukanya. Air mata dirembeskan semuanya. Fahmi melutut menenangkan Mukhriz. Bahunya digosok perlahan.

“Bersabar Iz, ini sudah ditakdirkan dari-Nya”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience