BAB 5

Romance Completed 2973

Haziah dan Mukhriz beriringan berjalan kebilik mereka setelah semuanya selesai. Jelas terpancar wajah keletihan pada mukanya. Haziah hanya diam membisu kerana terlalu penat. Haziah menapak masuk kedalam bilik mereka, lalu merebahkan badan ke atas katil.

“pfttt, penatnya wehh. Dah tak sanggup nak ulang lagi benda ni lepas ni. Cukup lah sekali seumur hidup” kata Haziah yang masih rebah diatas katilnya.

“Amboi, macam ada hati nampak nak kahwin lagi sekali” balas Mukhriz yang sedang menukarkan pakaian pengantinnya kepada baju t-shirt. Panas!

“ tak lah. Mana tahu, nanti lepas ni Majlis Hari Jadi pun nak sambut macam ni jugak. Macam dalam tv tu.” Perli Haziah pada suaminya.

“hey, perli aku nampak” Mukhriz berpaling mengadap Haziah yang masih rebah di atas katil dengan baju pengantinnya.

“pergi tukar baju cepat, mandi. Busuk bilik ni nanti” arah Mukhriz lagi. Haziah mencebik geram lalu bangun menuju ke bilik air.

Setelah selesai mandi, Haziah melihat suaminya sedang berbaring diatas sofa sambil menonton telivisyen. Lalu, Haziah menapak ke arah beliau.

“Iz!” panggil Haziah.

“Ya, ada apa?” jawab Mukhriz tapi matanya masih tetap mengadap skrin tv. Ish, budak ni.

“so macam mana? Katil tu untuk aku atau kau?” Tanya Haziah ingin tahu.

“Tu katil hotel lah. Bukan milik kau, dan bukan juga milik aku.” Mukhriz jawab sambil lewa.

“eh dia boleh buat lawak pulak masa ni. Aku penat ni, nak tidur. So macam mane? Kau nak tidur atas katil atau sofa?” memang status mereka sekarang suami isteri tapi hati masing-masing menganggap mereka berdua hanya kawan baik. Tak kan nak tidur satu katil kut. Uishh, lelaki ni bukan boleh percaya sangat.

“Aku atas katil. Kau atas sofa” jawab Mukhriz tenang.

“mana boleh! Aku perempuan. Kau atas sofa, aku atas katil. Be gentleman please!” bantah Haziah. Apa punya laki ni suruh bini tidur atas sofa. Eh jap? Laki? Oppssss!

“Mana boleh, tak kan aku nak tidur atas sofa je. Syok lah kau atas katil.” Jawab Mukhriz tidak setuju.

“kau ni kan. Tak gentleman langsung.” Jeling Haziah pada Mukhriz. Mukhriz bangun dari pembaringan lalu duduk mengadap Haziah didepannya.

“okay, aku ade idea. Kita buat macam ni. Hari ni kau tidur atas katil, aku kat sofa. Besok aku atas katil, kau atas sofa. Okay? Fair and square!” Mukhriz memberi cadangan.

“hmm bolehlah. Daripada aku sorang tidur atas sofa.” Haziah bersetuju. Apa susah, sofa pun macam katil jugak empuk. Tak kisahlah. Aku mana-mana pun boleh tidur, dah nama pun hantu tidur.

“syarat ni sampai bila-bila dikuatkuasa. Walaupun nanti, kau pindah rumah aku.” Sambung Mukhriz lagi.

“lah, kenapa pulak? Rumah kau kan besar, bagi lah bilik kat aku satu. Tak payah berebut katil” bantah Haziah pula. Rumah dah la besar, tak kan satu bilik pun kedekut nak bagi kat bini.

“Ingat tak dulu kita buat perjanjian sebelum kahwin. Kita nak jadi kawan dulu supaya dapat kenal antara satu sama lain. Kalau kau duduk bilik lain, sampai bila aku nak kenal kau? Bila nak rapat? Macam mana aku nak tahu kau tidur berdengkur ke tak?” balas Mukhriz memandang muka Haziah dengan mengangkat keningnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience