Tetapi mereka semua redha dengan ketentuan-Nya. Tiada apa yang boleh dipersalahkan lagi, semuanya sudah berlaku. Mereka menerimanya dengan lapang dada. Hanya Mukhriz yang masih belum terima kenyataan tersebut.
Mukhriz berjalan keseorangan ditaman bunga. Dirinya dikelilingi oleh bunga Tulip dan pelbagai lagi jenis bunga yang harum dan segar. Tidak tahu dimana penghabisan kebun bunga itu. Di satu sudut, Mukhriz melihat kelibat seorang perempuan yang memetik bunga dan menghidunya. Hati Mukhriz tersentak. Itu perempuan yang sangat dirindui olehnya. Perempuan tersebut berpaling melihat Mukhriz dan tersenyum dari jauh.
Mukhriz tidak dapat menahan perasaan rindunya lalu berlari kearah perempuan tersebut. tangan cuba menyentuh perempaun tersebut. boleh! Perempuan tersebut boleh dipegang. Mukhriz dapat merasai kehangatan tangan perempuan tersebut.
“ sayang” Mukhriz memegang pipi perempuan tersebut lalu merenung anak matanya sedalam-dalamnya. Perempuan tersebut menganguk.
“Ya, ini Haziah abang.” Jawab perempuan tersebut. Mukhriz tersnyum bahagia lalu memeluk perempuan tersebut kemas.
“Haziah, abang rindu Haziah. Haziah janji tak kan tinggalkan abang lagi ya sayang. Abang sayang Haziah.” Mukhriz mengusap pipi perempuan tersebut.
“Ya Haziah janji, Haziah tak kan tinggalkan abang lagi.” Ujar peremppuan tersebut membalas senyuman Mukhriz. Mereka memandang antara satu sama lain. Hanya mata yang berkata-kata pada waktu itu.
“Iz, bangun nak. Dah pagi ni.” Puan Salmah mengejutkan Mukhriz untuk bangun.
“
Sayang bangun nak. Dah masuk tengahari ni, mari makan sarapan.” Kejut Puan Salmah lagi. Mukhriz tidak menunjukkan tanda-tanda ingin bangun. Puan Salmah memegang tangan Mukhriz, sejuk! Hati Puan Salmah mula berdebar-debar. Seluruh badan Mukhriz sejuk.
“Abang! Abang!” Puan Salmah menjerit memanggil Encik Saiful. Puan Salmah mula menangis.
“Ya ma, kenapa?” Encik Yusoff muncul dari luar.
“Anak kita bang. Anak kita.” Jerit Puan Salmah kuat. Encik Yusoff merasai nadi di lengan lalu beralih arah ke leher dan akhir sekali ke hidung. Dia mengeluh dan menggelengkan kepalanya.
“INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN” ucap Encik Yusoff dengan sebak. Puan Salmah menangis semahu-mahunya. Mukhriz. Kenapa tinggalkan mama sayang. Encik Yusoff memeluk Puan Salmah memujuk isterinya supaya bersabar. Puan Salmah menangis semahu-mahunya bagai orang gila menangisi kematian anaknya secara tiba-tiba.
Mukhriz telah disahkan meninggal dunia secara tiba-tiba dalam tidur.
Share this novel