BAB 2

Romance Completed 2973

“ohh. Okay mak. Beres saja. Lagipuan petang ni Shaz takde apa-apa rancangan pun nak keluar” jawab Shaz setuju.

Seperti yang dijanjikan, pada waktu petang tersebut, mereka menerima tetamu yang ditunggu. Haziah hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh ibu dan ayahnya. Sebuah kereta Honda Accord masuk ke perkarangan rumahnya. Encik Yusoff dan Puan Sarah segera menyambut kedatangan mereka diluar sana. Jelas terpancar betapa bahagianya wajah ibu bapa merek apabila bertemu kembali kawan baik mereka sejak sekolah dahulu. Hmm, macam mana aku nanti ekk? Tapi aku bukanny ada kawan baik macam mak dan ayah pun. Setakat kawan tu adalah, pangkat “baik” kat belakang belum ada lagi. Ramai yang “fake” zaman sekarang sebab semua menghilang macam tu je lepas SPM. Lupa kawan! Lost contact!

Setelah tetamu masuk, Haziah segera menyalami mereka.

“Ini lah anak aku Haziah.” Puan Sarah memperkenalkan anaknya.

“Haziah, inilah kawan baik mak yang mak ceritakan tadi. Puan Salmah. Panggil aje Aunty Salmah ” arah Puan Sarah.

“Hai Aunty. Apa khabar?” Haziah berbasa-basi untuk mengambil hati.

“Aunty baik-baik saje. Hai, dah besar menantu Aunty sekarang. Semakin cantik. Dulu Aunty sempat tengok Haziah dalam kandungan mak kamu je.” Kata Puan Salmah dengan senyuman tak lepas dibibir. Haziah hanya tersenyum sumbing. Mak cik ni mesti ada anak lelaki. Hehehe ketawa Haziah dengan jahat dalam hati.

“Ha’ah. Ini lah menantu kau Tiha oii.. dah besar panjang dah. Dah boleh kahwin” jawab Puan Sarah pula. Amboi, mak aku. Ikut serta sekali.

“Abang! Sudah-sudah lah sembang kat luar tu. Mari masuk dalam. Minum air dulu” pangil Puan Sarah pada suaminya yang galak berbual dengan suami Puan Salmah merangkap kawan baik ayah juga.

Encik Yusoff masuk bersama suami Puan Salmah kedalam rumah. Kelihatan seorang lelaki muda juga turut mengikuti mereka dibelakang. Anak mereka barangkali.

“Abang. Ini lah menantu kita bang. Cantik dah sekarang. Dulu tak sempat nak tengok masa kecik, sekarang dah besar panjang baru ada kesempatan nak tengok. Haziah, inilah Uncle Saiful” Kata Puan Salmah pada suaminya yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sofa.

“hai Uncle.” Ucap Haziah sambil tersenyum manis. Lelaki bersama mereka tadi juga turut duduk dihadapnnya.

“Hai Haziah. Alah, tak payah panggil Uncle. Kekok aje bunyi tu. Panggil je Papa. Biasakan diri tu” jawab Encik Saiful bersahaja dengan ketawa. Lawak apalah diorang ni. Nak ambik aku jadi anak angkat ke mama papa bagai ni. Adoi!

“Ha’ah. Panggil Aunty ni Mama je” sambung Puan Salmah pula. Puan Sarah dan Encik Yusoff hanya melihat sahaja dengan senyuman.

“Eh lupa pulak nak perkenalkan anak aku ni. Haa Sarah, Yusoff, inilah Mukhriz menantu kau” Puan Salmah memperkenalkan anak mereka pula. Ape lah diorang ni, main menantu pulak. Mak ayah, tak cukup lagi ke kami berdua ni. Leter Haziah dalm hati.

Mukhriz hanya tersnyum hormat pada Puan Sarah dan Encik Yusoff. Mama ni, boleh pulak buat lawak. Menantu bagai. Leter Mukhriz juga dalam hati.

“aku rasa eloklah kita berterus terang sekarang. Semua dah ada ni.” Mula Encik Yusoff.

“Haziah, inilah tunang kamu, Mukhriz. Mukhriz, ini lah tunang kamu Haziah ” sambung Puan Sarah pula.

“What?” Mukhriz dan Haziah bersama-sama menyebutnya kerana terkejut. Dipandang semua wajah orang tua mereka yang dihadapannya supaya terang lebih lanjut.

“macam ni, dulu waktu mama mengandungkan kamu Iz, mama kena ikut papa pindah ke luar Negara, masa tu papa mahu sambung phd di Ireland. Masa tu jugak, Mak Cik Sarah ni mengandungkan Haziah. Kami berjanji, lepas kami bertemu kembali kat Malaysia ni, kitorang akan jodohkan kamu berdua. Kiranya kamu berdua dah kami ikat waktu dalam perut dulu” cerita Puan Salmah panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience