BAB 6

Romance Completed 2973

“ish, aku tidur ayu jelah. Takde dengkur bagai. Okay, setuju! Dah aku nak tidur. Mengantuk. Selamat malam!” Haziah hanya berseteju dengan syarat yang di tetapkan oleh Mukhriz tanpa banyak fikir lagi. Betul apa yang katanya, mereka bukannya kahwin paksa dan tak nak antara satu sama lain. Mereka redha dan terima inilah jodoh mereka tetapi buat masa sekarang, mereka ingin berkawan dahulu untuk mengenali dan memahami antara satu sama lain. Bila dah masak semua perangai, mereka akan cuba menjadi suami isteri yang baik seperti orang lain.

“macam tu je? Tak nak salam aku dulu ke?” perli Mukhriz pada isterinya. Haziah mencebik bibir. Deep betul kau bagi ayat Mukhriz oi.

“yelah.” Haziah menapak kearah Mukhriz lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Haziah mencium tangan suaminya tanda hormat. Mukhriz bangun dari sofa lalu mengucup dahi Haziah. Haziah tersentap dengan tindakan drastik Mukhriz.

“Selamat malam. Assalamualaikum!” ucap Mukhriz sewaktu mencium dahinya lalu kembali duduk mengadap tv. Haziah terus melangkah kearah katil tanpa berkata apa-apa. Tarik balik kata-kata aku tadi yang dia tak gentleman! gentle sangat-sangat. Okay. Sedikit demi sedikit dia dah buat aku cair. Haziah tidur dalam senyuman malam tersebut. Mukhriz hanya tersengih memikirkan perbuatannya tadi. Malu!

“welcome to my home!” ucap Mukhriz mendepakan tanggannya menyambut kedatangan Haziah ke rumah barunya. Encik Saiful menghadiahkan sebuah rumah banglo untuk mereka berdua.

“waaahhh! Cantiknya decoration rumah ni.” Haziah kagum apabila melihat keadaan perabot-perabot tersusun rapi dengan kemasnya menampakkan rumah tersebut lagi cantik.

“well, tengok orang lah” bangga Mukhriz.

“ceh, mula lah tu nak angkat ekor. Blaah lah. Iz, bilik kita mana?” Haziah mencebik dengan lagak suaminya yang suka bangga diri.

“belah sini. Jom masuk” Mukhriz membuka pintu master room. Kelihatan cantik dan kemas sekali. Secara jujurnya bilik dia lebih kemas daripada bilik aku. Hahahaha wangi! Mukhriz meletakkan beg pakaian Haziah di hadapan almari besar miliknya.

“Ini lah bilik kita. Segala kenangan terindah akan tersemai dan terjadi dalam bilik yang serba indah ini” kata Mukhriz nakal pada isterinya. Haziah mebulatkan matanya. What? Belum apa-apa dah gatal! Mukhriz tergelak melihat reaksi Haziah yang gelabah.

“Aku gurau jelah. Ni almari kau. Pintu sebelah tu aku punya, ni kau punya. Alat solek dan segala barang-barang muka kau letak kat meja solek tepi tu. Senang-senang buat macam bilik sendiri jela. Takde sempadan. Don’t worry.” Balas Mukhriz mengenyitkan mata.

“Okay. Terima kasih. Eh, jap” Haziah Nampak sesuatu diatas katil Mukhriz. Haziah menapak kearah katil tersebut. Mukhriz menggarukan belakang kepalanya yang tidak gatal. Alamak! Lupa nak simpan! Matilah aku!

“Kau peluk benda ni malam-malam?” Haziah mengangkat anak patung beruang berwarna coklat sederhana besar. Boleh tahan besar, separuh katil tinggi anak patung beruang tersebut.

“Errr…” jawab Mukhriz gagap. Haziah terus ketawa berdekah-dekah. Sakit perutnya ketawakan Mukhriz. Mukhriz hanya mencebik bibir geram campur malu. Anak patung tu memang milik dia. Walaupun lagak dia macho tapi Mukhriz suka pada sesuatu yang berbulu sebagai contoh patung beruang dan kucing.

“ dah lah ketawakan aku, cukup-cukup lah.” Marah Mukhriz geram. Bukan lawak sangat pun.

“jadi betul lah ini kau punya?” Tanya Haziah yang sudah dapat menahan sedikit ketawanya daripada tadi. Sakit perut!

“Apa? Salah ke lelaki suka anak patung beruang? Beruang tu lelaki jugak. Aku beli yang jantan, bukan betina.” Mukhriz cuba mempertahankan dirinya.

“Disebabkan beruang tu jantan lah aku pelik tu.” Gurau Haziah lagi. Sengaje mahu mengusik suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience