“Ishhh, perangai! Aku bukan macam tulah.” Mukhriz menapak kearah Haziah yang memegang patung beruangnya lalu memeluk Haziah dari belakang. Haziah terkedu seketika.
“Sebagai buktinya, sekarang aku dah kahwin dengan kau. Dah ada isteri. Nak aku buktikan lagi?” bisik Mukhriz ditepi telinga Haziah. Zappp! Jantung Haziah berdegup kencang. Noooo!
“O…key, aku percaya. Aku pergi kemas baju dulu. Nanti aku masakkan sesuatu untuk makan tengahari.” Jawab Haziah gagap. Haziah terus melepaskan diri daripada pelukan Mukhriz yang tidak begitu erat tadi lalu pergi kearah almari memindahkan baju-bajunya.
“peti sejuk kosong. Takde barang. Nanti lepas kemas baju, pergi bersiap. Kita pergi beli barang dapur.” Jawab Mukhriz yang tersenyum melerek lalu pergi menuju kebilik air untuk mandi. Apa aku buat tadi? Hahahaha lepas kena peluk, terus diam bini aku.
Apa dia buat tadi? Ishh, bahaya betul lelaki ni. Ehh silap, bahaya betul laki aku ni. Fuhh! Haziah melepaskan keluhan lega setelah melihat kelibat suaminya yang hilang dari pandangannya.
Haziah hanya mengenakan baju blouse labuh bersama tudung bawal untuk mengikut Mukhriz ke pasar. Mukhriz pula hanya memakai seluar jeans bersama t-shirt polo dan tidak lupa pada kaca mata hitamnya. Sungguh segak bergaya dengan haruman wangian Dashing. Semerbak! Mukhriz menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduan. Haziah pula hanya diam membisu di temani dengan bunyi lagu di corong radio. Sesekali terbunyi suara Mukhriz yang menyanyi mengikut lirik lagu yang berkumandang. Haziah memandang wajah Mukhriz yang sedang memandu.
“Mukanya bersih, berkulit sawo matang, bibir merah. Hmm, Nampak ni tak merokok. Dikenakan pula kaca mata hitam! Pffttt! Perfect! Suami aku hensem! “ detik Haziah dalam hati memerhati wajah Mukhriz ditepinya. Sengaja memerhati bagaimana sebenarnya wajah Mukhriz yang kini bergelar suaminya sekarang. Yalah, kahwin tiba-tiba, mana sempat nak tilik itu ini.
“Aku tahu muka aku hensem. Tengoklah puas-puas.” Kata Mukhriz tiba-tiba yang menyedari dirinya diperhatikan semenjak tadi. Haziah tersentak malu.
“Mana ada! Aku tengok pemandangan kat luar tu.” Dalih Haziah malu lalu melihat kearah kiri tingkap kereta.
“Cakap jela kau tengok pemandangan kat dalam kereta ni. Kan senang.” Jawab Mukhriz selamba.
“Takde maknaya lah. Baik aku tengok pemandangan hijau kat luar sana, sedap mata memandang.” Jawab Haziah lagi untuk terus berdalih.
“Oww, semua bangunan kat luar sana warna hijau ea sepanjang jalan. Hmmm” perli Mukhriz lagi. Kat luar mana ada hutan atau pemandangan pokok. Biasalah Bandar, dipenuhi dengan bangunan yang tinggi mencakar langit. Disebabkan bangunan ini lah, kejadian pulau haba dan jerebu sering kali berlaku.
“Pandu lah cepat. Jangan banyak soal.” Arah Haziah yang mengalah. Lantak lah!
“Ustaz kata tengok muka suami pun sejuk mata memandang. takpe, kalau kau stress atau nak cari ketenangan ke, tengok muka aku, confirm sejuk mata tu yang pandang.” Mukhriz mengangkat sedikit kaca mata hitamnya lalu berpaling ke kiri dengan mengenyitkan mata kirinya pada Haziah. Haziah mengetap bibirnya geram. Perli aku lah tu! Haziah tidak mengendahkan kata-kata Mukhriz tadi lalu meninggikan volume radio.
Mereka berjalan beriringan memasuki pasar Tesco. Mukhriz mengambil sebuah troli lalu menolaknya. Mukhriz mencapai apa sahaja yang kelihatan apabila melalui di setiap lorong. Manakala, Haziah pula meletakkan kembali semua barang tersebut. Mukhriz mengecilkan matanya melihat tindakan Haziah.
“Kenapa letak balik?” Tanya Mukhriz memandang isterinya.
“Sebab kau ambik barang-barang tak berfaedah. Ambil something yang penting sudahlah, jangan membazir” Jawab Haziah selamba lalu meneliti barang-barang lain.
Mukhriz menuruti sahaja kemana isterinya pergi. Mukhriz setia menolak troli, Haziah pula ralit memilih barang-barang dapur. Mukhriz hanya memandang sahaja.
Share this novel