Alarm telefon bimbit Haziah berbunyi menandakan sudah pukul 6 pagi. Haziah terus bangkit dari tidur. Kepalanya berpaling ke kiri, Mukhriz masih lagi lena dibuai mimpi. Haziah bingkas bangun lalu menuju kebilik air untuk mandi. Muka dibasuh terlebih dahulu. Mata tak boleh nak buka, mengantuk! Haziah melihat cermin dihadapannya lantas tersenyum seorang diri memikirkan kehidupannya sekarang yang lebih bahagia berbanding zaman bujang dahulu. Tiba-tiba matanya berpinar. Kepala terasa berat sekali. Sakit! Macam ada sesuatu yang cucuk di atas kulit kepala.
“Ahhh” Haziah terduduk menahan kesakitan. Kenapa dengan kepala aku ni. Terdapat setitik darah menitis di atas lantai. Haziah memegang hidungnya. Darah! Semakin kuat rasa denyutan dikepalanya. Air mata Haziah menitis menahan kesakitan.
“Abaaaaag” Haziah cuba untuk memanggil Mukhriz dari bilik air namun tiada sahutan. Dirinya tidak mampu untuk berdiri. Bilik air semakin kabur, gelap dan akhirnya Haziah pengsan tidak sedarkan diri.
Mukhriz terjaga dari tidur lalu mengeliat kecil. Mukhriz melihat tempat Haziah kosong. Sayang dah bangun ni. Mukhriz bingkas bangun dari katil setelah melihat jam menunjukkan pukul 8 pagi. Alamak! Lambat nak pergi kerja. Haziah, kenapa tak kejutkan abang. Tuala di penyidai diambik lalu bergegas kebilik mandi. Tetapi bilik mandi berkunci.
“Sayang, cepat sikit. Abang nak mandi pulak. Dah lewat” Mukhriz mengetuk pintu bilik air berkali-kali. Mukhriz menyangka Haziah pun terlajak tidur.
“Sayang, lambat lagi ke?” Mukhriz terus mengetuk pintu bilik mandi.
“Sayang, bukak lah. Kita kongsi bilik mandi. Dah lewat ni.” Pintu bilik air terus diketuk namun tiada satu pun sahutan kedengaran dari dalam.
“Sayang, are you there?” tanya Mukhriz hairan. Mukhriz memulas tombol pintu berkali-kali namun tidak terbuka. Kunci dari dalam.
“Sayang, are you okay? Jawab sepatah sayang. Sayang ada kat dalam kan?” sekali lagi Mukhriz bertanya. Ketukan semakin kuat. Perasaan Mukhriz sudah lain. Hatinya berdebar-debar. Mukhriz berlari kearah almari bajunya. Mencari kunci pendua. Semua kunci pendua disimpan didalam almari bajunya. Sepantas kilat Mukhriz berlari menuju kebilik mandi setelah kunci dijumpai. Tangan Mukhriz terketar-ketar ketika hendak membuka pintu. Pintu terus dibuka kasar. Alangkah terkejutnya Mukhriz apabila melihat sekujur tubuh isterinya berbaring diatas simen lantai dalam kedaan tidak sedarkan diri.
“Ya Allah, sayang kenapa ni.” Mukhriz mengangkat kepala Haziah keatas pehanya.
“sayang, bangun. Hey baby, wake up.” Mukhriz menepuk lembut pipi Haziah mengejutkannya. Haziah tidak menunjukkan sebarang respon. Muka Haziah sudah dipenuhi dengan darah disekitar hidung. Hidungnya berdarah. Tanpa berlengah lagi, Mukhriz terus mencempung tubuh isterinya lalu bergegas ke hospital. Sayang, bertahan, abang akan cuba selamatkan sayang. Bersabar ya sayang. Sepantas ribut Mukhriz membawa kereta BMW nya ke hospital. Tak kisah lah kena saman atau apa pun, yang pasti isteri aku selamat!
Haziah dibawa ke bilik kecemasan. Sudah 2 jam Haziah di bilik kecemasan. Mukhriz masih setia menunggu diluar pintu menanti keputusan. Kalau boleh, mahu sahaja dia masuk ke bilik tersebut dan merawati sendiri isterinya tetapi apakan daya, tidak boleh. Bidang ini dibawah doktor yang lain, dirinya hanya bertugas di sakit biasa, bukan pakar di dalam ruang bedah. Mukhriz tidak putus-putus berdoa didalam hati supaya isterinya selamat sahaja. Sesekali ada air matanya menitis kerana takut sesuatu terjadi kepada isterinya.
Pintu bilik kecemasan dibuka. Doktor Fahmi merangkap rakan sekerjanya keluar dari bilik tersebut. Mukhriz bergegas menuju kearah rakannya.
“Fahmi, isteri aku macam mana? “ jelas sekali terpancar muka kerisauan di raut wajah Mukhriz.
“isteri kau okey. Dia dah mula sedar tapi Iz, boleh kita bercakap di bilik aku sekejap? Ada benda aku nak bagitahu.” Fahmi menepuk bahu Mukhriz. Mukhriz hanya menurut. Hatinya sudah tidak keruan, dia tahu, jikalau keadaan sebegini, pastinya ada sesuatu yang buruk berlaku trhadap isterinya. Perkara yang tidak boleh diberitahu begitu sahaja.
Sampai di bilik Dr.Fahmi, Mukhriz masuk dan duduk diatas kerusi mengadap Fahmi. Tangan dikepalkan diatas meja, cuba menenangkan hatinya.
Share this novel