“Hantu dah takde dah” ujar Mukhriz selepas melihat isterinya menutup muka dengan bantal. Haziah menjelirkan lidah pada suaminya lalu melihat ke arah skrin tv.
“Arghhhh!” jerit Haziah kuat. Secara tak sengaja, Haziah memeluk tubuh Mukhriz yang berada ditepinya. Mukanya disembang pada dada Mukhriz. Suaminya menipu. Hantu jelas dihadapan skrin apabila dia memandangnya tadi. Muka buruk! Mata merah! Berdekah-dekah Mukhriz ketawakan isterinya. Seronok kenakan isteri sendiri.
“Hantu dah takde dah” ujar Mukhriz pada Haziah yang masih memeluknya dengan takut.
“Tak nak, kau tipu.” Jawab Haziah tidak percaya.
“Aku nak tipu sampai esoklah. Seronok kena peluk lama-lama ni. Hantu, mohon muncul banyak kali.” idea nakal Mukhriz muncul. Haziah menumbuk dada suaminya. Gatal! Semakin galak Mukhriz ketawa melihat isterinya marah. Mukhriz menemani isterinya sehinga rancangan habis.
Sewaktu kebilik, Haziah memeluk lengan kanan Mukhriz kerana takut. Wajah Kuntilanak yang dilihatnya tadi masih terbayang-bayang dalam kepala. Sampai sahaja dibilik, Haziah tetap tidak melepaskan lengan suaminya.
“Kita ada kat dalm bilik dah ni, hantu tu tak kejar kau sampai sini. Dia ada main-main kat ruang tamu je” usik Mukhriz pada isterinya.
“ishhh, janganlah main-main. Aku betul-betul takut ni.” Haziah betul-betul takut. Wajah hantu tersebut tetap muncul di depan mata. Macam-macam khayalan. Lengan Mukhriz dipeluk kemas.
“Iz, hmm malam ni kau tidur atas katil eh dengan aku. Aku takut tidur sorang-sorang” ajak Haziah malu-malu.
“apa? Ulang sekali lagi? Nak pastikan apa yang aku dengar tadi betul-betul” usik Mukhriz. Haziah menjeling tajam lalu mencebik.
“Teman aku tidur atas katil malam ni. Aku takut!” walaupun malu tetapi perasaan takut lebih mandalam. Mukhriz tersenyum nakal. Boleh sangat-sangat! Haziah mengambil dua bantal besar lalu meletakkannya ditengah-tengah. Dia tidur di kiri, Mukhriz dikanan. Tembok besar ada ditengah.
“Apa ni?” Tanya Mukhriz pelik.
“Tembok besar.. pagar. Kau tak boleh melebihi tembok ni. Faham? Jangan nk berangan. Kau lelaki, bukan boleh dipercayai sangat.” Haziah meletakkan syarat.
“Alah, kalau aku nak. Sejak malam pertama aku dah terkam kau.” Jawab Mukhriz selamba. Aku ada hak kn? Tapi takpe Mukhriz, kau perlu sabar. Buat masa sekarang, kau dengan dia masih berkawan. Masih memerlukan masa untuk mengenali antara satu sama lain.
“Dah tidur.” Haziah malas mahu melayan kerenah suaminya lalu berselimut mengiring ke kiri.
“tak takut ke tiba-tiba Kuntilanak tu muncul dari bawah katil tu ke?” Mukhriz mengusik isterinya lagi. Membulat mata Haziah mendengarnya. Segera berpaling memeluk “tembok besar” di tengah-tengah katilnya tadi. Mukhriz ketawa nakal melihat reaksi isterinya. Haziah tidak mengendahkan Mukhriz yang galak ketawakannya. tutup mata cepat. Lupakan hantu tadi. Ujar Haziah dalam hati.
Haziah memeluk erat bantal kerana terlalu sejuk. Suhu pendingin hawa terlalu rendah menyebabkan dirinya terketar-ketar sewaktu tidur. Pelukan semakin dieratkan. Ahhh, sejuk! Malas nak naikkan suhu balik. Mengantuk! Nada dering What Do You Mean berbunyi menandakan jam sudah pukul 6 pagi. Haziah membuka matanya perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya apabila bantal yang dipeluknya tadi bertukar menjadi manusia yang sangat dikenalinya. Mukhriz ! Muka Mukhriz tepat mengadap mukanya. Mukhriz masih lagi dialam mimpi. Alamak! Aku peluk Mukhriz semalam. Ayok! Tapi buat apa aku nak rasa bersalah, dah dia suami aku. Tangan Haziah masih erat memeluk badan Mukhriz. Wajah Mukhriz dipandang lagi. Ini rupanya wajah suami aku. Jodoh yang aku tunggu-tunggu sejak dahulu lagi. Terkenang zaman persekolahan dahulu, selalu sebut tak sabar nak tengok siapa jodoh setiap kawan-kawan yang aku kenal. Sekarang, telah terjawab Mukhriz lah jodohnya. Haziah masih lagi menatap majah Mukhriz.
Share this novel