Seawal jam 1 petang, Mukhriz sudah pulang ke rumah. Mukhriz tidak ada mood untuk meneruskan kerja kerana terganggu dengan Mira yang muncul kembali hari ini. Haziah menyedari bunyi loceng lalu membukanya. Dipandang sekilas jam didinding. Baru pukul 1 petang, kenapa awal sangat balik hari ni. Demam ke laki aku ni.
“Awal balik” Haziah segera menyambut beg bimbit milik suaminya. Tangan disalam. Mukhriz tidak menjawab walaupun sepatah, dia terus kebilik tidurnya. Haziah hairan dengan sikap suaminya. Datang bulan ke suami aku hari ni? Omel Haziah dalam hati. Hmm tak kisahlah. Haziah terus ke dapur menyiapkan makanan tengahari. Suaminya ada dirumah, terpaksa masak makanan yang sedap sikit. Kalau dirinya seorang, hanya masak cincai-cincai saja.
Haziah membuka pintu bilik untuk menjenguk suaminya. Sejak pulang, suaminya hanya mengurungkan diri di bilik. Dilihat Mukhriz sedang berbaring di atas katil, tidur. Hmm, penat kut. Niatnya untuk mengajak Mukhriz makan tengahari dibatalkan sahaja melihat suaminya yang kepenatan.
“Iz, kau dah makan? Makanan dah siap.” Ajak Haziah pada suaminya yang lebih banyak berdiam diri semenjak pulang dari kerja. Mukhriz tidak menjawab, tangganya ligat menyemak fail-fail pesakitnya di meja dalam bilik kerjanya.
“aku tanya ni, kau dah makan ke belum? Penat tau aku masak tadi. Membazir je kalau takde orang nak makan” ajak Haziah sekali lagi. Makanan yang dimasak waktu tengahari tadi dipanaskan kembali untuk makan malam. Suaminya hanya terperuk didalam bilik kerja selepas asar petang tadi. Sedikit pun tidak menegur kehadiran isterinya. Bukan macam dahulu, yang suka menyangkat Haziah.
“Takpelah, aku tak lapar” jawab Mukhriz dingin. Haziah yang berdiri dihadapan mejanya tidak dikeling sama sekali.
“Makanlah sikit. Kau dari tadi tak makan tau. Tengahari tak makan, makan malam pun kau tak nak jugak. Kau jugak yang cakap dengan aku dulu, nanti kalau kau sakit, siapa nak rawat pesakit kau.” Pujuk Haziah lagi. Mukhriz tidak melayan. Masih lagi membuat kerjanya.
“Iz, kau kenapa? Ada masalah ea? Kalau kau betul-betul ada masalah, share lah kat aku. Mana tahu aku boleh tolong ke.” Haziah mencuba membuat Mukhriz bercakap dengannya.
“kau boleh keluar tak? Aku cakap tak nak, tak nak lah. dahlah tanya macam-macam. Memekak aje.” Rengus Mukhriz kasar. Hati perempuan Haziah tersentak. Terkejut dengan tingkah laku Mukhriz yang meninggikan suara padanya. Selama ini, Mukhriz tidak pernah bersikap sedemikian. Hatinya halus. Air mata yang menitis dipipi diseka dengan tangan.
“Sory” hanya sepatah yang dijawab oleh Haziah lalu keluar daripada bilik kerja suaminya menuju ke bilik tidur. Mukhriz tersedar daripada sikapnya.
“Astaghafirullah. Apa aku dah buat ni? Dia isteri aku, dia tak bersalah. Ya Allah, ampunkan aku.” Mukhriz menekup mukanya dengan tangan. Rasa bersalah menebal dalam diri. Kesal dengan sikapnya yang tidak pandai menyelesaikan sesuatu masalah. Dirinya stress memikirkan Mira yang muncul di hospital siang tadi. Mira telah mengingtkan dirinya kembali pada kenangan silam yang memeritkan dirinya. Dirinya malu mengenangkan sikap Mira yang meninggalakn dirinya di majlis pertunangan tersebut. Mana nak letak muka orang tuanya. tapi aku tak perlu lepaskan kemarahan ini pada Haziah. Mukhriz bingkas bangun dari kerusi kerjanya lalu bergegas menuju kebilik tidur bagi memujuk Haziah.
Pintu dikuak perlahan. Mukhriz melihat isterinya sedang termenung diluar beranda biliknya sambil melihat suasana malam. Mukhriz menapakkam kakinya perlahan-lahan. Haziah menyedari kehadiran suaminya tetapi dihiraukan sahaja. Mukhriz memegang bahu Haziah daripada belakang.
“Haziah, aku minta maaf. Aku tak sengaje. Aku kalah dengan emosi sendiri tadi. Aku betul-betul minta maaf.” Pujuk Mukhriz dengan ikhlas. Haziah tetap berdiam diri.
“Haziah, please say something. Jangan macam ni. Aku betul-betul minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku minta maaf.” Rayu Mukhriz lagi melihat isterinya masih diam tercegak mengadap kehadapan. Tubuh Haziah dipeluk daripada belakang.
“aku ada masalah. Aku rasa aku tak patut sembunyikan apa-apa daripada kau. Kau pun patut tahu masa silam aku, sebenarnya…..” Mukhriz menceritakan segala peristiwa yang berlaku pada dirinya bermula daripada majlis pertunangan sampai lah kejadian Mira datang kembali ke tempat kerjanya tadi. Pinggang isterinya dirangkul kemas. Haziah masih tidak memberi respon.
Share this novel