BAB 16

Romance Completed 2973

“kau boleh tak jangan banyak soal? Pakai ajelah. Aku bagi masa setengah jam untuk kau bersiap.” Mukhriz terus mematikan telefon.

“Helo? Hellooo Iz?” bunyi bip bip ditalian menandakan Mukhriz telah mematikan handphonenya. Dimatikan pulak dah. Mimpi apa lah laki aku ni suruh pakai baju macam ni. Apa aku nak buat ni? Nak pakai ke tak nak? Tapi bila lagi nak cuba baju ala-ala artis macam ni kan? Omel Haziah dalam hati.

Baju yang tergantung didalam almari tersebut dikeluarkan dan disarung pada badannya. Cantik! Muat dengan saiz aku! Dicalitkan sedikit solekan pada wajahnya. Setelah selesai bersiap, satu pesan ringkas dihantar kepada Mukhriz. Mukhriz membalasnya dengan menyuruh Haziah untuk keluar dari bilik.

Pintu bilik dikuak, satu lagi kejutan yang tak dijangka berlaku. Mawar merah bertaburan diatas lantai. Lampu dimatikan, rumahnya hanya diterangi dengan cahaya lilin yang berwarna merah. Lilin tersebut telah tersusun rapi menjadi satu laluan, mungkin untuk menunjukkan kemana arah Haziah harus pergi. Belon yang di isi dengan gas helium turut menghiasi rumahnya. Belon yang terapung diatas siling rumah begitu indah sekali. Wangian segar bunga mawar menusuk ke lubang hidung. Haziah terpana seketika melihat suasana rumahnya. Iz, kejutan apa ni. Haziah terus mengikut laluan sepanjang lilin diatur. Gaunnya diangkat sedikit untuk memudahkan dia berjalan. Nanti tak pasal-pasal, terbakar gaun kena lilin. Huhu

Laluan lilin tersebut berakhir di kolam renang. Sekali lagi Haziah terpukau. Lilin yang terapung diatas air berbentuk I love you. Kelopak bunga mawar turut terapung menghiasi kolam renang tersebut. tiba-tiba dia terdengar bunyi petikan gitar. Dipaling wajahnya ke belakang. Kelihatan Mukhriz yang memakai baju kemeja hitam sedang memetik gitar menuju kerahnya. Haziah menutup mulutnya kerana terharu. Tidak tergambar perasaanya begitu terkejut sekali dengan apa yang dilaluinya sekarang. Mukhriz menyanyi bersama petikan gitar.

“This song is for you my lovely wife” ujar Mukhriz lalu menyanyi dihadapan Haziah bersama gitar. Mukhriz menanyikan lagu I Do daripada colbie Cailate versi acoustic. Haziah menghayati sepenuhnya lirik lagu tersebut. Setelah selesai menyanyikan lagu, Mukhriz meletakkan gitarnya lalu mengeluarkan tiga kuntum bunga mawar merah daripada poket kemejanya. Tubuhnya dekat menghampiri Haziah.

“I… Love…. You” ujar Mukhriz sepetah demi sepatah sambil menghulurkan setiap kuntum bunga mawar mengikut perkataan yang disebutnya.Haziah menyambut huluran tersebut dengan senyuman yang tak dapat digambarkan betapa bahagia dan terharu dirinya sekarang ini. Mukhriz terus melutut dihapanan Haziah lalu mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Sebiji baldu biru yang panjang dikeluarkan.

“Will you be lovely one for the rest of your life?” ujar Mukhriz sambil menghulurkan rantai emas berlokekkan perkataan SI yang bermaksud Haziah dan Mukhriz. Haziah tidak dapat menahan perasaan terharunya, air matanya menitis kerana terharu. Haziah tidak dapat berkata apa-apa. Hanya anggukan yang mengatakan dia bersetuju dan menerimnya. Mukhriz mengambil rantai tersebut lalu menyarungkannya pada tengkuk isterinya.

Mukhriz memerhatikan wajah isterinya. Cantik! Pertama kali dia melihat isterinya begitu cantik sebegini. Kau lah wanita yang paling cantik pernah aku kenal. Desik hati Mukhriz. Rantai yang dipakaikan tadi begitu indah kelihatan di tengkuk Haziah bersama gaun yang diberi olehnya. Mukhriz memandang tepat pada anak mata Haziah sedalam-dalamnya.

“Sayang, bermula detik ini, abang nak kita jadi suami isteri seperti orang lain. No more kawan baik or whatever yang berkaitan. You are my real wife right now. I accept you for who you are. Abang sedar, abang lah suami paling beruntung kat dunia ini kerana memiliki isteri seperti sayang. Abang patutnya sedar sejak dulu lagi. Maafkan abang kerana lambat menyedarinya sayang.” Ucap Mukhriz dengan ikhlas. Tangan Haziah dipegang erat lalu mnegucupnya. Mereka masih berhadapan anatara satu sama lain.

“Haziah pun nak minta maaf sebab selama ni Haziah tak jadi seorang isteri yang sempurna untuk abang. Haziah minta maaf. Ampunkan Haziah.” Air mata Haziah menitis lagi.

“Hey, don’t cry baby. No, you are my perfect wife. Terima kasih sebab sudi menjadi isteri abang dan menerima abang seadanya walaupun kita tidak saling mengenali.” Air mata isterinya diseka dengan tangan.

“I love you” pujuk Mukhriz lagi yang memegang pipi isterinya. Dahi Haziah dikucup lama. Mukhriz memandang wajah isterinya dengan penuh kasih sayang lantas bibir Haziah dikucup perlahan. I love you sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience