“ lamanya tatap muka aku, hensem sangat ke?” ujar Mukhriz tiba-tiba. Matanya masih lagi tertutup rapat. Hanya mulutnya sahaja tersengeh. Haziah yang tersentak terus menolak badan Mukhriz dengan sekuat tenaga sehingga Mukhriz terjatuh dari katil
Gedebuk!!!
“Woii sakitlah” Mukhriz mengerang kesakitan. Pinggangnya digosok perlahan. Boleh lumpuh aku!
“Padam muka! Siapa suruh kau melepasi tembok ni semalam? Suka hati kau je peluk aku.” Marah Haziah geram. Kepalanya dijengah sedikit kebawah katil melihat Mukhriz yang masih terduduk menggosokkan pinggangnya yang sakit barangkali. Opss! Tak sengaja.
“ siapa peluk siapa sekarang ni? Kau yang peluk aku semalam. Mengigau takutkan hantu. Dah tahu penakut, tengok cerita hantu. Aku jugak yang yang jadi mangsa.” Mukhriz masih terduduk diantas lantai. Haziah mencebik. Perli aku lah tu. Aku memang penakut tapi aku bukan kategori paling penakut. Buktinya aku masih nak tengok cerita hantu. Kalau aku penakut, takde makananya aku boleh tinggal sorang-sorang dalam rumah ni waktu kau pulang lewat pagi. Omel Haziah dalam hati.
Mukhriz ketawa seorang diri. Haziah melihatnya dengan hairan.
“Apa yang lawak?” Tanya Haziah hairan.
“Takde lah. Aku cuma teringat, tak sia-sia aku buat solat sunat Dhuha pagi semalam, murah rezeki aku malam tadi.” Mukhriz menyambung ketawa lagi. Kurang asam punya laki! Bantal ditepinya dilemparkan kepada Mukhriz dilantai. Mukhriz sempat menyambutnya. Mukhriz masih lagi ketawa. Haziah terus turun dari katil lalu masuk kedalam bilik air meninggalkan Mukhriz sendirian. Layan kau sampai esok tak habis.
Haziah sibuk menyediakan sarapan kepada Mukhriz. Runtin harian yang tidak pernah ditinggalkan semenjak digelar seorang isteri. Haziah tahu apa tanggungjawabnya. Pagi tersebut, Haziah hanya menyediakan nasi goreng kepada suaminya.
“wah, wanginya bau. Nasi goreng!” ujar Mukhriz sewaktu keluar dari biliknya selepas bersiap. Beg bimbit diletakkan di atas kerusi. Haziah hanya tersenyum, dia tahu makanan kegemaran Mukhriz ialah nasi goreng. Piring yang berisi nasi goreng diletakkan dihadapan suaminya. Haziah seronok melihat Mukhriz makan masakannya dengan selera sekali.
“ emm, Iz.” Haziah memulakan perbualan lalu melabuhkan punggung berhadapan dengan suaminya.
“Apa?” Mukhriz mengangkat sedikit kepalanya memandang wajah isterinya dihadapan.
“Aku nak cari kerja boleh?” Haziah mencuba nasib. Takkan lah aku nak terperuk aje dalam rumah, aku pun ada cita-cita tersendiri. Mukhriz mengeluh mendengar pertanyaan tersebut.
“kalau aku tak izin?” soalan Haziah dijawab dengan soalan juga. Haziah masih memerhati suaminya yang sedang mengunyah makanan.
“Kenapa?” Tanya Haziah lagi.
“Aku sebenarnya nak isteri aku focus pada urusan hal rumah tangga. Aku tak nak kau susah-susah cari duit. Jaga makan pakai aku dan anak-anak akan datang sudah. Pasal duit kau tak payah risau, aku masih boleh tanggung. Boleh?” Sebenarya Mukhriz juga takut untuk terus terang kerana takut isterinya melenting. Mukhriz tahu isterinya juga seorang yang mempunyai jurusan yang tinggi. Tapi, jujur dia cakap, dia mahu isterinya focus pada urusan keluarga sahaja.
“Aku pun ada cita-cita sendiri” jawab Haziah perlahan. Mukhriz tahu Haziah tidak terima dengan keputusannya.
“Haziah.. aku..” sebelum sempat Mukhriz menghabiskan kata-katanya, Haziah terus menyampuk.
“takpe, aku hormat dengan keputusan kau. Dah, kau jangan risau. it’s okay. Aku terima. Kau suami aku, aku wajib patuh semua keputusan kau. Takpe, kau buat semua ni pun untuk kebaikan aku jugak.” Haziah memberi senyuman yang manis dan ikhlas untuk suaminya.
Share this novel